Bab 18
"Patutlah.." Kina melepaskan nafas yang berat. Aku hanya memandang kosong.
"Patutlah apa?" soal aku untuk jawapan. Aku masih tidak mengerti. Atau aku pura-pura tidak mengerti
"Sekarang dia dah janda semula. Awak kena jaga jarak. Bukan dgn saya je, dengan dia sekali. Amin, awak boleh kalau nak jumpa. Tapi janganlah kerana Amin, awak dengan dia tak boleh la..."
"Tak boleh apa Kina? Kalau saya dengan dia nak getback semula pun, apa yang jadi masalah?" Aku terus bangun dari kerusi batu itu. Aku jadi marah. Tapi aku kawal semula.
"Bukan awak.. bukan itu niat saya.. Duduk la semula.. Maafkan saya. Saya cuma taknak, nanti awak dengan dia jadi apa-apa. Tangkap basah ke. Saya taknak semua tu. Kalau awak perlukan bantuan saya, awak boleh panggil saya. Saya anggap Amin dah macam anak saya dah." Kina cuba meredakan keadaan. Aku nampak wajah dia menyesal.
"Awak balik la Kina. Balik lah. Sebelum saya jadi lagi baran, baik awak balik."
"Awak.."
"Balik Kina. Kalau macam ni cara awak nak menangkan hati saya, maaflah, saya tak jatuh cinta pun."
Kina mengangkat beg tangannya. Langkah perlahan dia buka, dan berjalan ke arah Amin sambil mencium pipinya. Amin hanya mengangguk-ngangguk kepala kecilnya. Dan Kina memalingkan muka ke arah aku, dengan gerak bibir, "I am sorry, I love you."
*****
Setahun berlalu.. Aku masih macam dulu. Amin pula dah mula bersekolah. Tadika. Happy betul dia dapat jumpa kawan baru. Setiap hari ada je lagu baru dia nyanyikan untuk aku. Ex aku, aku tempatkan dia kerja dekat tempat kawan aku. Kebetulan dia perlukan kerani, aku rekomen bekas isteri aku.
"Jarang beb aku tengok bekas suami ni bertanggungjawab dengan janda dia." Lebih kurang begitulah ayat Epi, kawan aku. Aku hanya senyum.
Kina? Entahlah, sejak kes hari tu, aku dah kurang jumpa dia. Sesekali aku offer juga jumpa Amin. Dia macam biasa. Senyuman masih manis. Dan makin manis. Aku suka dia. Dari segi fizikal. Dari segi hati, aku tak pernah sesekali jatuh cinta dengan dia. Sekalipun tak pernah..
"Amin! Thanks awak sebab ambil dia balik tadika." Ex aku mendukung Amin. Amin sibuk bercerita pasal tadika. Biasalah budak-budak. Leceh juga sebenarnya masa nak daftarkan dia. Dia adopted. Masa tu, ex aku sibuk. Aku daftarkan. Habis segala sijil cerai semua aku tunjuk. Kalau tidak, susah nak daftarkan dia. Alhamdulillah, dapat juga dia bersekolah.
"Welcome. Saya balik dulu la. Bye Amin." Aku meminta diri untuk pulang.
"Taknak masuk makan dulu ke abang?" Kata ex aku. Abang? Betul ke aku dengar ni?
"Awak. Maksud saya, awak." sambungnya lagi. Aku hanya tersenyum. Kalau la kau tahu betapa rindunya aku dengan panggilan tu, mesti kau menangis, bila kau tahu betapa lama aku pendam rindu itu.
"Ayah tak pernah tidur rumah. Makan pun tak. Ayah dgn ibu gaduh ke? Kawan Amin cakap, mak abah dia cerai. Cerai tu apa ibu?" Suara Amin mengejutkan aku dan ex aku. Hampir gugur jantung aku dengan soalan itu. Mata aku tepat memandang mata ex aku. Seolah-olah cuba memberi jawapan yang terbaik pada Amin.
"Ayah kerja, ibu pun kerja. Kan ayah hari-hari ambil Amin dari tadika." Aku cuba memujuk. Sambil mencuit dagunya.
"Ayah lapar tak? Ibu masak ni." Ex aku memainkan peranan sebagai isteri dan ibu.
Amin tersenyum lebar. Aku tersenyum lega. Ex aku pula tersenyum tawar.
Tak bahagia ke kalau kita kembali bersama?
Share this novel