Chapter 19

Romance Completed 11348

Bab 19

"Terima kasih untuk makanan tadi. Sedap." Aku berbahasa selepas makan tengah hari di rumahnya. Amin hanya tersenyum-senyum melihat aku.

"Ayah dengan ibu bercinta! Hee!" suara kecilnya mengusik hati aku. Kelakar. Aku hanya mencubit pipi kecilnya. Amin tersengih-sengih. Muka yang ceria, tiba-tiba bertukar sugul bila aku mengenakan semula kasut.

"Ayah tak tidur dekat rumah lagi?" Ex aku memandang aku. Aku tak menjawab. Suara Amin menenggelamkan derai tawa sebelum itu.

"Ayah kerja. Pergi salam ayah. Cium pipi. Mintak maaf sebab Amin tak faham ayah." Ex aku mencium pipi Amin sambil menyuruh dia salam tangan aku dan lakukan seperti yang disuruh.

"Ayah jangan selalu kerja tau. Amin mintak maaf ayah.. Amin nakal." Tangan kecil itu bertaut dengan tangan kasar aku.

Aku hanya mengusap rambutnya dan berlalu pergi menuju ke kereta. Pakcik sebelah rumah hanya memandang dengan wajah tersenyum. Aku membalas senyumannya dengan satu senyuman ringkas.

Apakah bakal terbit cinta lama kembali berputik?

*****

Mama hanya tersenyum. Segala luahan hati aku disampaikan pada mama. Mama terkejut. Tak sangka dengan keputusan aku. Aku pula hanya mendiamkan diri. Sambil aku membalas tweet sahabat dalam Twitter, aku tersenyum sendiri.

"Parah, aku jatuh cinta dengan janda sendiri."

*****

"Kau biar betul?" Atan seakan tak percaya apabila hasrat hati aku untuk menikah semula dengan janda sendiri. Wajahnya terkejut dengan keputusan aku.

"Kau tak faham bro. Kau belum kahwin. Kau tak rasa apa aku rasa."
"Tapi kan, dia janda kau.. Aku bukan apa, kita ni Melayu bro. Orang yang kenal kau dengan dia, mesti mengata punya. Kau faham tak apa aku cuba sampaikan?"
"Aku faham Atan.. Tapi, aku nak menikah dengan dia semula bukan kerana cinta je. Kerana Amin. Kerana dia tu antara wanita yang teraniaya bro. Aku nak jelaskan pun aku tak reti. Aku bukan nak mintak simpati. Aku cuma nak kongsi cerita. Aku tahu, kau mesti tak setuju."

Terang aku panjang lebar. Atan hanya menyedut dalam-dalam vapor perisa cerinya itu.

"Aku bukan tak setuju. Ok lah, aku 50/50. Memang tak salah. Cuma, kau fikirlah baik-baik. Niat yang baik, Inshaallah datang hasil yang baik."
"Kenapa 50/50?"
"Kalau janda orang lain, takde masalah sangat. Ini janda kau. Kau kenapa ni? Cuba cerita dekat aku.."
"Semua sebab Amin. Betul cakap Kina, aku tak boleh menolak. Aku sayang Amin."
"Sayang kau pada janda kau?"
"Hmm, ada la secebis."
"Tengok, sekarang kau faham tak? Kau nak menikah dengan dia sebab Amin je. Kalau tak menikah, kau boleh je jumpa dia setiap hari. Jangan tipu aku, kita kawan dari kecik, kau masih sayang dia kan?"
"Ye.."

Tiada jawapan balas dari Atan. Cuma senyuman yang aku kira green light restu dari seorang kawan. Dan aku cuma diam, sampai aku rasa penat untuk diam, aku bersuara,

"Kau tolong aku boleh?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience