Chapter 13

Romance Completed 11348

Bab 13

"Hai."

Kina menyapa riang. Senyuman manis dilemparkan, namun tidak dibalas aku. Aku tak berapa berminat nak berbual. Aku biarkan Kina membebel sorang diri. Apa dia cakap, aku langsung tak ambil peduli.

"Awak?"
"Ya saya?"
"Dengar tak ni?"
"Dengar. Cakap je la."
"Saya cakap pasal apa tadi?"
"Err.. pasal apa?"
"Kenapa ni?"

Tangan Kina menyentuh kulit tangan aku. Laju aku menarik tangan aku. Entah kenapa, aku jadi alergik dengan perempuan. Aku jadi fobia. Aku rasa aku selalu kecewakan perempuan. Dan aku pilih untuk berjarak dengan perempuan.

"Sorry. Saya tak sengaja." Kina terasa dengan tindakan aku. Bukan aku tak sudi, first, aku bekas suami seseorang. Second, aku bukan mahram. Aku masih takut. Aku masih trauma. Ex aku, aku boleh terima. Dia, aku tak boleh. Aku takut, kesudahan dia sama macam ex aku.

"Nevermind, saya just tak suka. Jangan buat lagi." Aku segera mengalihkan pandangan aku ke luar kedai. Aku nampak bermacam jenis manusia. Ada putih, ada hitam, hitam putih kehidupan. Ada yang berjalan megah, ada yang kusut. Pelbagai cerita dalam satu masa.

"Saya ada something nak bagi." Kina meletakkan beg baju Kiko di atas meja. Aku berkerut dahi. Kiko? Pakaian kanak-kanak?

"Untuk siapa?"
"Amin."
"Aarrrgghhhhh, saya taknak jumpa dia la!"

Suara aku sedikit kuat. Beberapa pasang mata menoleh. Aku hanya mampu mengangkat tangan, tanda maaf. Aku tak sengaja. Kina terkejut dengan tindakan aku. Aku lost control. Aku rasa menyesal. Aku rasa marah.

"Sorry. Saya baru je jumpa Amin."
"Kenapa tak ajak saya? Saya nak tengok budak comel tu."
"No, dia nak main mainan tu, saya bagi la main. Then dia luka sebab kena langgar. His mom, blaming me. Accused me bukan-bukan. Celaka betullah."
"Awak, janganlah marah sangat.. Awak tak sengaja kan.."
"Habis perlu ke dia cakap macam tu?"
"Cakap apa? Dia cakap apa?"
"Tak perlu tau la."
"Kalau boleh story, awak story la. Saya boleh dengar.."
"Nothing.."

Beg berisi baju diserahkan kepada aku since aku larang dia jumpa Amin tanpa aku. Dan aku pun tak berniat sama sekali nak jumpa Amin dengan dia. Dia bukan sesiapa. Maaf, Kina.

"Ambil la baju ni, awak bagi dia. Bagi ex awak. Buktikan awak tak sengaja. Minta maaf banyak kali. Sampai dia muntah pun takpe."

Beg itu bertukar tangan. Aku masih mendiamkan diri. Kina bangun dan terus pergi.

Aku hanya mampu mengeluh, sambil mengenang nasib diri ini.

*****

Motosikal aku berhenti di taman permainan, seberang rumah ex aku. Beg berisi pakaian lengkap untuk Amin, aku tenung dalam-dalam. Aku masih takut untuk berdepan dengan ex aku. Aku risau. Tapi aku perlu cuba. Atas dasar untuk meminta maaf, aku pulas pendikit minyak perlahan-lahan. Baru je aku sampai di simpang berhampiran rumahnya, segera aku menekan brek motosikal apabila aku sendiri lihat, satu babak yang aku tak pernah buat pada ex aku. Aku hanya melihat, sebuah kereta berlalu pergi dari rumah sewanya itu. Ex aku masih terduduk di depan pagar rumahnya, menangis.

Dia ditampar, ditarik rambutnya, dan aku kira, lelaki tadi, adalah suami barunya.

Apa yang patut aku buat? Dua tiga kali aku keluarkan telefon. Call polis? Or call sesiapa je? Jiran-jirannya ada beberapa menjenguk keluar, dan kemudian masuk semula ke rumah. Taknak masuk campur barangkali. Aku simpati. Dia pernah jadi isteri aku. Segera aku keluarkan telefon, dan aku menghubungi seseorang.

Aku call Kina.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience