Chapter 2

Romance Completed 11348

Bab 2

Aku menerima sebuah kotak sebesar kotak TV. Isinya 100 naskah buku yang aku tulis. Aku menolak kedua-dua kotak dan mengangkat masuk ke kereta. 50 aku nak jual, 50 lagi aku sign exclusive utk member dan sahabat dengan harga jauh lebih rendah. Cuma bila dapat yang ada sign, aku mohon, tolong jangan jatuh cinta. Okay?

"Buku kau ke ni bang?"
"Ye abah. Berminat?"
"Tulis pasal apa ni?"
"Pasal dongeng je abah."

Abah membelek buku tersebut sambil membaca sekali lalu. Kemudian beliau berkata,

"Nah, jangan tipu. Ini kan pasal ex kamu."
"Hehehe. Shh.. diam-diam. Nanti orang tau."
"Ex kamu yang mana satu ni?"

Aku menjeling abah. Abah terkekek ketawa. Puas barangkali kenakan aku.

"Sukati la bang kau mahu jadi apa. Mahu jadi hantu mahu jadi buaya. Asal jangan hisap dadah sudah."

Abah start moto aku. Pergi jumpa kawan katanya. Aku sibuk memunggah masukkan kotak dalam rumah dan kereta. Kemudian aku salam mama, cium pipi, cium dahi. Anak lelaki memang anak mak. Kemudian aku hidupkan enjin Saga FLX kaler hitam milik mama, dan meluncur ke bandar Kuantan.

"Der, mana buku lu?"
"Ada dalam kereta tu. RM15 la member. Orang lain aku jual RM20."
"Sign sekali. Tulis, 'Semoga Ain tabah mengharungi dugaan dan cabaran.' "
"Untuk siapa buku ni?"
"Anak buah aku. Dia kanser. Tapi dia minat cerita lu. Gua nak kasi present je. So kalau umur dia tak panjang, gua nak lu tau, dia simpan buku lu."

Aku terkulat terkujat mendengar penjelasan itu. Sedih, sebak. Tak sangka pembaca aku ada dari kalangan yang tidak sihat macam kita semua. Aku masuk ke dalam kereta, ambil buku dan pen. Lepas sign, aku hulur ke member aku.

"Nah." dua keping not merah dihulur.
"Tak payah lah. Aku bagi hadiah utk anak buah kau. Tak elok pulak aku lebihkan duit dari benda macam ni."
"Jangan macam ni. Lu menulis, ini buku lu. Hasil lu. Jangan buat benda free."
"Bukan sekarang der. Ambil je. Kirim salam anak buah kau."
"Aku belanja kau makan la. Okay?"
"Okay."

Masa aku tengah makan, aku perasan ex aku. Sorang. Aku biarkan je la. Tak lama, dia terus naik kereta then blah. Member tegur,

"Gua tau la lu tengok sape."
"Hah? Sape?"
"Lu nampak ex lu kan?"
"Alah, aku tengok je la. Dah dia lalu sini."
"Lu bila nak kawin? Ex lu pun dah kawin."
"Bila iman dengan akal selaras dengan fikiran la der."

Aku balik lepas perbualan dengan member tak rancak. Buku aku biarkan dalam kereta since dalam rumah ada sekotak lagi. Sampai aku terfikir, 400 buku aku tulis pasal benda yang orang belum tentu nak tau tu boleh terjual ke?

Henset aku berbunyi. Private number. Aku angkat.

"Hello?"
"Awak.."

Ex aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience