Chapter 22

Romance Completed 11348

Bab 22

Aku jalan-jalan di sekitar expo raya bersama Atan dan Shahir. Apa yang aku nak beli, aku pun tak tahu. Aku cuma meneman rakan aku membeli belah baju raya. Enjoylah, lagipun, mereka belum punya sesiapa. Lain macam aku, terbawa-bawa sifat jimat cermat bekas isteri aku, aku takde feel nak beli apa-apa. Cuma baju melayu sahaja yang aku ada untuk pagi raya, itupun mama yang buatkan, sebab nak sedondon satu keluarga.

"Bro, barang dah ngam semua, cun tak kalau kita cau? Jem lagi, ikut mana kalau tak jumpa jem?" Atan bersuara sementara menunggu Shahir mencari sehelai seluar jeans.

"Ada jalan, kita ikut pintasan Bukit Sekilau." Balas aku berbasa basi. Dari tadi lagi sebenarnya aku macam tak berapa nak ada mood. Atan pulak macam serba salah nak excited lebih. Sebab aku tak excited, dia pun malas nak beria.

"Kau ada masalah ke? Aku tengok macam dah takde semangat nak hidup dah." Atan cuba mengorek rahsia. Aku malas nak berahsia, aku terus terang je lah dengan dia.

"Amin tu, dah ada baju raya ke belum agaknya.." suara aku tenggelam timbul dengan kebingitan suara di expo. Kelibat Shahir masih tidak muncul, aku pun berlalu duduk di tepian laluan expo tersebut sambil menyedut rokok tak berjenama tanpa cukai.

"Call la, tanya."
"Malas lah, nanti nampak macam aku ni beria. Kan tu anak dia."
"Kau ni, macam ni rupa kau nak kahwin balik? Eh jangan mimpilah."
"Kalau aku call, aku nak cakap apa?"
"Tanya je lah, apa yang kau nak tanya. Apa yang susah?"

Aku capai telefon bimbit, berkali-kali aku tatap nama ex aku. Aku padamkan skrin, dan kembali simpan telefon tersebut.

Entahlah, aku tak berani.

*****

Esok pagi aku bangun agak lewat. Balik lambat punya pasal, sahur pun aku tak bangun. Raya tinggal beberapa hari lagi. Aku langsung tak excited. Tak pernah terfikir pun nak menunggu ketibaan Syawal dengan penuh ceria. Aku sendiri pun tak tahu apa yang aku kusutkan. Aku bangkit dari katil, dan menelefon office. Aku suruh budak-budak semua cuti awal. Aku suruh balik lepas pukul 1. Aku kerja biasa-biasa. Aku uruskan logistik company abah. Sejak aku bercerai, memang jaranglah nampak muka aku kat office tu. Kalau orang kata, "Kau ingat ni office bapak kau?", aku boleh sangat nak jawab. Abah pulak sejak dua menjak ni asyik tak sihat je. Aku sekadar ambil tahu. Tak patut betul. Mama penat nak cakap benda sama, dan akhirnya tiada siapa nak bebel benda yang sama.

Aku bangkit, aku mandi, aku start enjin kereta. Aku fikir nak jumpa Amin. Dah lama jugak aku tak dengar suara dia. Rindu. Dulu, aku sampai tanam niat nak benci segala jenis yang ada kaitan dengan ex aku.

Ternyata sekarang, aku lemas dalam airliur aku sendiri.

*****

KRINGGG..!

Nama ex aku terpampang di skrin telefon. Aku baru je keluar dari Taman Tas ketika itu. Tergopoh gapah aku gapai telefon untuk mengangkat.

"Hello ayah!" suara Amin di hujung talian. Fuh, right on time sayang! Ayah rindu Amin!

"Hey sayang ayah.. Amin sihat?" aku masa tu punya happy, Tuhan je tau. What do you expect? Aku memang nak pergi jumpa dia, then dia call. Happy gila!

"Hehehehe. Ibu taktau Amin call. Amin nampak ibu main henpon lepastu nampak ibu stop dekat nama "Abang". Amin ingat Amin ada abang. Lepas tu ibu letak telefon. Amin tekan hijau. Ada muka ayah." Panjang lebar penjelasan Amin pada aku. Aku terharu. Dia masih simpan nama aku sebagai "Abang". Waktu tu, airmata aku laju je mengalir. Sedangkan aku, aku cuma tulis namanya sahaja. Memang lepas bercerai, aku tukar nama dia yang aku simpan "Sayang" sebelum ini.

"Amin dah beli baju raya sayang?"
"Dah!"
"Ibu beli warna apa?"
"Bukan ibu beli la ayah.."
"Siapa yang belikan?"

Senyap. Dan akhirnya Amin bersuara.

"Mama Kina."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience