Chapter 16

Romance Completed 11348

Bab 16

"Baju awak tu err.. ada.. saya basuh. Sebab dah lama kan dalam almari tu?"

Aku memberikan alasan. Malu la nak cakap aku ambil untuk lepaskan rindu. Apa jenis rindu, tak payah la tau.

"Oh, okay. Nanti awak hantarlah balik."
"Okay. Peluk cium Amin untuk saya."
"Okay."

Talian dimatikan. Muka aku merah padam menahan malu. Sambil aku meletakkan muka di atas meja makan rumah mama, aku mengetuk-ngetuk meja dengan buku lima aku, perlahan.

"Malu beb. Sumpah." bisik aku perlahan sambil ketawa sendirian.

*****

"Ada mana?"√√
Atan my bro WhatsApp. Selalunya kalau dia tanya macam ni, mesti ada scene makan-makan.

"Rumah bro."√√
"Jom. Ada kerja sikit."√√
"Kerja apa?"√√
"Aku nak mintak tolong kau sikit ni. Jumpa nanti kita sembang panjang."√√

Aku menggaru kepala yang tidak gatal. Apa pulak si Atan nak hari ni?

*****

"Lahh, tu je ke?" soal aku sambil menghela nafas lega.

"Haa, ni je la. Tolong la eh. Kau nak makan apa? Order je."
"Haduiiii.. aku ingat apa la tadi.."
"Takleh cakap dalam WhatsApp bro. Takut kena hack, orang baca. Susah!"
"Dasar kaki DVD."

Perlahan aku capai sebatang pen, dan sehelai kertas yang dihulur Atan. Aku tatap dalam-dalam sehelai kertas kosong itu, dan aku mula mengarang sepucuk surat cinta untuk Atan.

*****

"Pergh, syahdu beb. Syahdu. Gila lah. Lu memang hero gadis-gadis la. Apa benda ni? 'Jika James Brooke menilai Temasek lebih berharga dari segunung emas, maka awak pula lebih dari selautan emas.' Hahahahaha. Cun la. Makan-makan, gua payung."

Atan bersorak selepas membaca surat cinta yang aku tulis. Entah apa-apa je aku tibai. Temasek la, JDT la. Itu pun dia cakap sedap. Tapi takpelah, lain orang, lain penilaiannya. Aku tulis baik-baik juga sebenarnya. Tolong member. Mana la tau lekat lama.

Harap cepat jumpa jodoh, Atan.

*****

Kereta aku tiba di rumah lama. Aku sekadar menekan hon 2, 3 kali. Kelihatan ex aku keluar, dengan Amin. Aku dah janji, nak bawak Amin keluar hari ni. Dia dah merajuk sebab aku tak bawa jalan-jalan lagi. Aku cuma serik, sejak dia kena langgar masa main motor bateri tu. Itu je sayang, ayah serik.

"Ni baju awak." kata aku sambil menghulurkan beg berisi pakaiannya yang siap aku cuci. Cuma beberapa helai t-shirt dan kemeja sahaja. Aku suka kemeja tu, aku ingat lagi, kemeja ni dia suka pakai buat pergi kerja. Dan, aku memang suka tengok dia pakai kemeja. Lagi-lagi bila malam. Dia pakai kemeja aku. Labuh sampai ke lutut. Oh shit..

"Thanks. Amin jangan nakal tau. Ikut cakap ayah. Awak pulak, hati-hati, jangan pisang berbuah dua kali." balas ex aku. Sambil mencium pipi Amin berulang kali. Aku hanya mengangguk tanda faham.

"Ibu, salam." Tangan kecil Amin dihulur di tingkap, mulut kecilnya mencium tangan ibunya. Baik anak ini. Aku lembut hati lihat sikap Amin.

"Bye."

Ak menutup tingkap kereta. Ex aku menjawab sambil tangan melambai ke arah kami. Kelihatan juga pakcik sebelah rumah menjengah, sambil mengangkat ibu jari. Kedua ibu jari.

"Kipidap!"
Aku dapat baca gerak bibirnya.

Aku hanya mampu tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience