Bab 6
Aku tiba di hadapan rumah. Sebuah rumah sederhana besar. Menyimpan pelbagai cerita suka duka aku dan dia. Hati kena sado. Kena kuat walau aku bukan seorang tentera. Aku matikan enjin dan melangkah keluar dari kereta.
"Huiii anak bujang semula, lama tak nampak?" tegur jiran sebelah rumah. Mulut memang jarang ada insurans tapi as long dia selalu ada bila aku lagha, aku okay je.
"Duk rumah mama, cik. Saje. Sekarang dah sunyi. Datang nak tidur semalam dua, lepas tu balik sana semula."
"Anak muda, kahwinlah yang baru. Kamu tu perlukan perempuan utk jaga makan minum kamu."
Ada betulnya juga kata-kata pakcik tu. Dia lagi awal makan garam sebelum aku. Takkan aku nak lawan? Cuma aku selesa begini. Lone rider. Lone ranger.
"Ni acik nak bagitau, janda kamu ada datang ke mari 2 hari lepas. Check surat katanya. Acik biarkan je la."
"Tau, dia ada cakap. Biarkan je la dia acik. Kalau dia dtg masa sy takde, biarkan je. Ni kan rumah dia jugak. Sebahagian harta kitorang jugak dulu. Dia nak masuk, nak tidur pun acik biarkan je. Bila saya takde la. Kalau saya ada, tak boleh la tidur sama ye dak? Hahaha."
"Haih, tabah betul hati kamu nak.. Acik masuk dulu la. Kamu setel la apa yang patut."
Terasa hambar lawak aku bila pakcik tadi tak ketawa sekali. Aku terus buka mangga di grill pintu dan masuk ke dalam rumah. Aku pandang sekeliling, segenap inci rumah itu, aku rindu kelibat bekas isteriku berlegar ketika kami mula membeli rumah itu.
"Ah, dah takde jodoh, kenapa nak difikirkan lagi? Bodoh!"
Getus hati aku sambil melemparkan beg pakaian. Cadangan aku nak duduk di sini utk beberapa hari. Aku pasti, di sini, aku lebih tenang. Rugi juga, Astro, Unifi semua bulanan bayar, tapi rumah berpuaka takde orang.
"Perlu ke aku kawin lagi?"
*****
"Hai?" √√
"Yes Kina?" √√
"Lama tak dinner." √√
"Saya sibuk la cik Barbie." √√
"Takkan makan pun tak sempat?" √√
Aku letak telefon. Malas betul nak reply WhatsApp Kina ni. Tak reti nak give up ke? Aku letih la nak cakap banyak kali. Tapi dia cuma ajak pergi dinner. Ke aku je yang perasan aku sedang diusha?
"Hai?" √√
"Ye, ye. Busy ni." √√
"So dinner?" √√
"Pukul berapa?" √√
"8?"√√
"Alright Barbie." √√
"Alright Mr Perfect 10." √√
"Tokmu Perfect 10." jerit hati rebel aku.
*****
"Mama tau la abang tipu."
"Abang takleh la nak hadap muka dia, ma."
"Tapi kan dia anak mama jugak.."
"Yelah, abang tak kata pun dia bukan anak mama jugak kan.."
"Kamu tu pun.."
"Ma, ma tak rasa bercerai macam mana."
"Ye mama tau, tapi kamu tu kata steady la, kental la, sekali terpacak depan mata, terus kemas baju."
"Ma, I need my own space tau. I need to do all the things alone after we were divorced. Mama rasa?"
"Yelah.. Kamu balik nanti. Abah kamu tu batuk-batuk je sejak 2, 3 hari ni."
"Ye ma."
"Assalamualaikum."
"Waalaikumsalam mama."
Aku tekan butang merah. Butang merah atau icon merah, aku pun tak pasti apa term sebenarnya. Aku nak balik, nak siap, nak pergi dinner dengan Kina.
Tapi, kenapa aku tak sabar pulak?
Share this novel