BAB 10

Romance Completed 3358

Zaira turun dari kereta diikuti oleh pasangannya. Di luar rumah, kelihatan seorang perempuan separuh umur sedang berdiri menanti kehadiran mereka. Sebelum masuk, Zaira menyalami tangan ibu tua itu terlebih dahulu sebagai tanda hormat.

Aku bersembunyi di sebalik tembok batu untuk mencuri dengar perbualan mereka. Janganlah mereka nampak kehadiran aku di sini.

“Lan minta maaf banyak-banyak kat mak. Lan yang salah. Kami belakangkan mak masa nak kahwin dulu sampai sanggup nikah kat sempadan Thailand. Ampunkan dosa Lan, mak!” ucap lelaki itu separuh merayu.

“Dahlah, mak dah lama maafkan Lan. Mak tak simpan dalam hati.”

“Terima kasih, mak!” Lelaki itu terus memeluk ibunya sambil menangis teresak-esak. Zaira di sebelahnya pula turut menangis. Entah apa yang dikesalkan agaknya.

Perbualan ringkas itu sedikit sebanyak sudah mengubah persepsi aku kepada Karl. Jika benarlah Zaira dan lelaki itu sudah berkahwin, bagaimanakah pula dengan pertunangan mereka dulu? Apakah Zaira sudah mereka-reka cerita? Tapi, untuk apa semua itu?

Dalam minda aku sekarang, sudah wujud berbagai-bagai pertanyaan, sekaligus meletakkan mereka berdua dalam satu posisi. Kemesraan yang dipamerkan oleh mereka seperti pasangan suami isteri sahaja. Andaian aku itu benar-benar menganggu hati ini. Ingatan aku segera melayang teringatkan Karl.

Di manakah dia berada sekarang? Aku amat rindu menatap wajahnya. Sudah lama aku tidak bertemu dengannya. Hampir dua bulan kami tidak bertemu selepas insiden itu. Secara jujur, cinta aku padanya masih utuh bertakhta di hati biar beribu halangan yang datang. Cinta aku tetap mekar untuknya sampai bila-bila.

Aku meneruskan perjalanan selepas mengetahui cerita yang sebenarnya. Ternyata aku cepat benar menuduh tanpa sebarang usul periksa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience