BAB 12

Romance Completed 3358

“Karl ada kat rumah tak? Maya nak jumpa dia ni. Rindu sangat nak tengok muka dia. Boleh Maya masuk?” Tanpa rasa malu, aku bertanya. Aku betul-betul rindukan dia. Air muka Hishyam tiba-tiba berubah apabila aku berkata begitu.

“Kenapa ni, Hishyam. Ada apa-apa masalah ke?” Hati aku tiba-tiba menjadi tidak sedap saat ini.

“Sebenarnya...”

“Apa yang dah berlaku ni, Hishyam. Awak kena beritahu saya.” Belum sempat Hishyam berkata, aku sudah memotong bicaranya.

“Awak kena banyakkan bersabar, Maya. Sebenarnya Karl berada di hospital sekarang. Dia terlantar sakit sejak sebulan yang lalu akibat menghidap barah otak.”

Seakan menggeletar seluruh tubuhku sebaik Hishyam selesai berbicara. Dunia ini aku rasakan seakan sempit dan sesak. Aku tidak dapat menerima berita buruk itu dalam masa terdekat ini. Belum sempat aku bertemu Karl, aku sudah dikejutkan dengan berita malang ini.

‘Ya Allah, Kau selamatkanlah nyawa Karl. Aku amat menyayanginya seperti nyawaku sendiri. Kau perkenankanlah doaku ni, Ya Allah!’ Aku berdoa dalam hati. Tiada kata lagi yang mampu aku luahkan selain memohon doa dari-Nya.

Kami tiba di hospital kira-kira jam sebelas pagi. Aku bergegas masuk ke dalam setelah mengetahui di mana Karl ditempatkan. Aku difahamkan oleh jururawat yang bertugas bahawa Karl sudah dua minggu koma. Sepanjang tempoh itu dia bergelut dengan penyakit yang ditanggungnya.

Aku segera menghampiri katilnya dengan perasaan sedih. Terasa lemah seluruh tubuhku apabila melihat keadaan Karl sekarang. Wajahnya kelihatan cengkung. Tubuhnya juga nampak susut, tidak seperti biasa.

Aku pegang erat jemarinya. Terasa sejuk tangannya. Air mataku tiba-tiba mengalir deras membasahi pipi. Selama ini, tidak pernah dia berahsia denganku. Rupa-rupanya, inilah rahsia besar yang disimpan kukuh dari pengetahuan aku. Alasan kerja serta tindakannya memutuskan perhubungan kami berdua ternyata ada sebab yang aku sendiri tidak jangka. Saat dia menanggung kesakitan, aku tidak berada di sisi untuk memberikan kata-kata semangat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience