BAB 9

Romance Completed 3358

Tiba-tiba tanpa sedar, nama itu meniti di bibir aku. Patutlah macam pernah nampak saja. Rupa-rupanya dia. Siapa sebenarnya lelaki itu, ya? Kekasih dia ke? Aku mula membuat andaian sendiri. Barangkali kekasih Zaira. Tapi, bukankah dia sudah bertunang dengan Karl. Aku garu kepala beberapa kali. Bingung aku jadinya. Apakah makna semua ini?

Hati aku berdebar kencang, seperti ada satu rahsia yang aku tidak ketahui tentang perhubungan mereka berdua. Aku masih ingat lagi kata-kata Karl ketika kami bertemu dua bulan yang lalu. Saat itu dia berkeras untuk memutuskan perhubungan kami berdua. Walau berkali aku merayu padanya, dia tetap dengan keputusan muktamadnya. Tiada siapa dapat membantah.

“Maya kena terima kenyataan. Karl ditakdirkan bukan untuk Maya. Anggap saja Karl tak pernah wujud dalam hidup Karl.” Terasa luluh jantung aku sebaik mendengar kata dua dari mulut Karl sendiri. Seakan tidak percaya dengan keputusan Karl yang mendadak itu.

Karl terus berlalu meninggalkan aku terkapai-kapai seorang diri. Aku lemas akhirnya dalam lautan cinta kami yang tidak kesampaian. Sejak itu, aku mengandaikan perhubungan kami berdua retak gara-gara wujud orang ketiga. Orangnya tidak lain tidak bukan sudah pasti Zaira. Gadis itulah yang telah meretakkan perhubungan aku dengan Karl. Kalau bukan kerana dia, sudah tentu sekarang ini aku bahagia di sisi Karl.

Aku harus mencari jawapan tentang permasalahan ini. Barangkali masih ada perkara yang sengaja dirahsiakan oleh Karl dari pengetahuanku. Aku perlu bertindak cepat sebelum terlambat.

Aku mengekori kereta yang dinaiki oleh Zaira dan kekasihnya dari belakang. Jarakku dengan kereta mereka agak jauh sedikit supaya tidak terlihat yang aku sedang mengekori mereka.

Aku ingin tahu sejauh mana perhubungan mereka berdua. Sebaik tiba di satu selekoh, kereta yang dinaiki oleh mereka tiba-tiba membelok ke sebelah kanan. Aku cepat-cepat mengikuti mereka kerana bimbang kehilangan jejak.

Mereka melalui sebuah taman perumahan sebelum berhenti di sebuah banglo mewah yang terletak berhampiran dengan kedai makan. Aku memerhatikan dari jauh gerak-geri mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience