BAB 5

Romance Completed 3358

Beberapa minit berbual, Karl akhirnya bangkit dari tempat duduk sebelum tercegat berdiri memandangku. Dia meminta izin untuk pergi ke tandas terlebih dahulu kerana perutnya tiba-tiba sahaja meragam. Aku geli hati melihat tingkahnya yang tidak sabar mencari tandas sambil memegang perut. Kelakar betul perangainya. Macam budak kecil.

Sedang asyik melayan perasaan, tiba-tiba bahuku dicuit oleh seseorang. Aku pantas menoleh ke belakang. Cuba mencari gerangan orang yang mencuitku sebentar tadi. Kelihatan, seorang gadis cantik sedang berdiri di hadapan dengan wajah masam mencuka.

‘Siapa pula perempuan ni? Tiba-tiba sahaja muncul di hadapan aku.' Hati kecilku berkata-kata.

“Kau ni, Maya ke?” soal gadis itu sombong. Wajahnya kelat seperti peria.

“Ya, betul. Saya, Maya. Saudari ni, siapa?”

Aku menghulurkan tangan sebagai salam perkenalan. Namun, gadis di hadapanku ini tidak menyambut huluran salamku sebaliknya menolak tubuh kecilku sehingga terdorong ke belakang. Aku jadi malu saat itu apabila banyak mata yang memandang ke arah kami berdua.

“Aku Zaira, kekasih Karl. Untuk pengetahuan kau, kami berdua akan bertunang tidak lama lagi. Aku nak kau tinggalkan dia. Malulah sikit muka tu. Tunang orang pun kau ada hati nak rampas.”

Berdesing telingaku sebaik mendengar berita buruk itu. Benarkah apa yang dikatakan oleh gadis itu? Tidak mungkin dia berbohong. Kenapa Karl tidak pernah menceritakan perkara ini kepadaku? Kenapa?

“Saya betul-betul tak tahu, Cik Zaira. Saya dah lama kenal dengan Karl. Kami dah berjanji nak bertunang pada bulan depan. Saya rasa awak dah tersilap orang ni.” Aku cuba menafikan kata-kata gadis itu. Tidak mungkin Karl tega mempermainkan perasaan aku. Aku amat percaya akan kejujurannya selama ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience