BAB 13

Romance Completed 3358

‘Oh, kejamnya aku, Karl ! Cinta suci kau telah aku salahertikan. Aku minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki seandainya aku melukakan hatimu. Aku bersalah, sayang.’

“Kenapa awak tak bagitahu saya, Hishyam. Awak kejam!” Aku menangis semahunya, melepaskan rasa sedih yang kutanggung saat ini.

Hishyam hanya membisu sebelum bersuara. “Maafkan saya, Maya. Pada awalnya memang saya nak bagitahu awak, tapi Karl tak bagi. Dia tak nak awak tahu pasal penyakitnya. Kalau boleh, sampai dia mati pun dia tak nak awak tahu. Dia betul-betul sayangkan awak. Dia tak mahu awak bersedih memikirkan dirinya. Kalau awak tak datang hari ni, mungkin awak akan menyesal, Maya.”

“Menyesal? Maksud awak?...” Kata-kataku mati begitu sahaja apabila melihat tangan Karl bergerak-gerak. Aku meraih tangannya, seolah-olah memberikan semangat untuknya bangkit dari penyakitnya.

“Karl, bangunlah! Maya ada kat sini, sayang. Maya akan temankan Karl tiap-tiap hari. Maya rindu sangat nak berbual dengan Karl. Please, Karl ! Wake up!”

Aku meletakkan harapan setinggi gunung agar Karl sedar dari koma. Sudah hampir dua minggu dia koma tidak sedarkan diri. Akhirnya dengan kuasa Allah, tiba-tiba kelopak mata Karl terbuka perlahan-lahan. Aku memanjatkan kesyukuran kepada Allah kerana memperkenankan doaku.

“Karl dah sedar,” ucapku gembira sambil menatap suci wajahnya.

Karl belum sedar sepenuhnya. Dia seperti meracau-racau menyebut nama seseorang.

“Maya...Maya di mana, sayang? Karl rindukan Maya.” Karl menyebut namaku berulang-ulang kali. Aku terharu mendengarnya. Sampai saat ini pun, dia masih ingatkan aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience