BAB 18

Romance Completed 3358

Setahun kemudian...

Aku mengesat air mata yang masih berbaki di pipi. Lembaran surat yang masih berada dalam simpanan aku letak di atas meja. Sudah hampir setahun arwah Karl pergi menghadap Ilahi.

Cepat benar masa berlalu meninggalkan kenangan aku bersamanya. Walaupun dia sudah tiada, namun aku tetap menyayanginya sampai ke saat ini. Cintanya terus mekar di hati ini sampai bila-bila.

“Sayang, abang dah balik ni!” Tiba-tiba aku dikejutkan dengan suara garau sesorang.

Pantas aku menoleh ke arah suara itu. Senyumanku melebar takala memandang wajahnya.

“Bila abang balik?

Terperanjat Maya tahu tak.” Aku bangkit menuju ke arahnya lalu mencium tangannya. Kemudian, dia mencium dahiku. Setiap hari, begitulah aktiviti wajibyang aku lakukan semenjak Hishyam sah menjadi suamiku.

“Abang dah lama balik. Maya tu aje yang tak perasan. Asyik berangan saja kerja dia. Ingatkan siapalah agaknya.” Hishyam melabuhkan punggung di sisiku lalu mencuit nakal hidungku. Aku cuba mengelak tetapi dia semakin galak mengusikku.

“Abang, janganlah ganas sangat. Maya kan tengah mengandung ni. Nanti merajuk baby dalam perut ni baru tahu.” Aku memegang lembut perutku yang sudah sarat sembilan bulan.

Hanya menunggu masa sahaja untuk melahirkan. Mengikut tarikh yang diberikan oleh doktor, tinggal seminggu saja lagi.

Hishyam hanya tersenyum mendengar ucapanku. Kemudian dia merapatkan telinganya ke perutku sambil berkata. “Bila anak papa nak keluar ni. Papa dah tak sabar timang dia. Cepatlah keluar, ya!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience