BAB 7

Romance Completed 3358

“Kenapa Maya muram saja ni. Tak suka ke keluar dengan Karl ?” ucapnya lembut sebaik kami berdua tiba di perkarangan rumah. Dia memandang lama wajahku. Aku rimas apabila ditenung begitu rupa.

Apalah ertinya di sebalik semua itu jika hatinya milik orang lain. Aku hanya dijadikan alat permainannya.

“Maya tak berapa sihatlah, Karl. Maaflah!”

Aku terpaksa berbohong kali ini untuk menutup keresahan yang mulai bertandang. Hati aku benar-benar tawar untuk berbual dengannya. Seleraku mati tiba-tiba.

“Kenapa tak cakap Maya tak sihat tadi. Kalau tak, boleh Karl belikan panadol. Sakit lagi ke?” Prihatin sungguh dia jika mengetahui aku sakit. Sifatnya masih sama seperti dahulu.

Namun, kejujurannya itu kadang kala mempengaruhi aku juga tatkala hati ini mengingati pertemuan dengan Zaira petang tadi. Aku cuba mencari kepalsuan di sebalik wajahnya, namun aku gagal menemui jawapan. Wajahnya terlalu tulus untuk berlaku curang di belakangku.

Benarkah dia curang padaku? Niat hatiku pada awalnya ingin bertanyakan perihal Zaira. Aku mahu tahu sejauh mana perhubungan mereka berdua. Aku perlu mendengar pengakuan dari kedua-dua belah pihak. Manalah tahu jika Zaira sengaja mereka-reka cerita untuk memutuskan perhubungan kami berdua. Hati orang bukan boleh dapat dijangka. Aku harus mengetahuinya sebelum terlambat.

“Karl, kalau Maya tanya sikit Karl jangan marah, ya,” ucapku perlahan. Aku menundukkan pandangan dari melihat wajahnya untuk mengusir keresahan di hati.

“Ada apa sebenarnya ni, Maya. Susah sangat nak bertanya ni kenapa. Macam ada emas pula dalam mulut tu. Nak tanya, tanya sajalah.” Karl memusatkan pandangan ke arahku. Tekun dia menanti pertanyaan aku.

Aku berperang dengan perasaan sendiri saat ini. Perlukah aku bertanyakan hal Zaira kepadanya? Hasutan syaitan bergema lagi di telinga, seolah-olah menyokong tindakan aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience