BAB 6

Romance Completed 3358

“Kau ni memang tak reti bahasa ke atau sengaja buat-buat tak faham. Baiklah!Aku boleh tunjukkan bukti. Kau tunggu kejap.”

Zaira berjeda seketika sambil membuka tas tangan miliknya. Dia segera mengeluarkan beberapa keping gambar sebelum menyerahkan kepadaku. “Nah, ambil gambar ni. Simpan baik-baik. Kau tengoklah puas-puas gambar kekasih hati kau tu. Kalau tak jelas lagi, tak tahulah aku.”

Aku termakan juga dengan hasutan Zaira. Gambar yang masih berada dalam genggaman tangan aku perhatikan baik-baik. Kelihatan, Zaira sedang berpelukan mesra dengan seorang lelaki. Minda ini mula berfikir yang bukan-bukan. Aku tidak sanggup melihat rupa lelaki itu. Moga-moga, itu pelanduk dua serupa. Barangkali, wajah lelaki itu mirip dengan Karl. Tidak mungkin dia.

Dari gerak geri pemuda itu, aku tahu memang itu gambar Karl. Aku cukup kenal wajahnya. Mesra sungguh mereka berdua bergambar di tepi pantai sambil memadu asmara.

‘Oh, tidak!’ Aku menjerit dalam hati. Hatiku tersayat-sayat dengan perbuatannya. ‘Kenapa Karl sanggup buat Maya macam ni. Maya betul-betul sayangkan Karl.’

Aku tidak dapat menahan tangis. Kesedihan itu terlalu pedih aku rasakan. Zaira terus berlalu pergi meninggalkan aku di situ. Aku cuba mengawal emosi sebaik mungkin. Aku tidak mahu Karl tahu aku sedang bersedih saat ini. Biarlah derita ini aku seorang sahaja yang tanggung. Kalau benar hatinya untuk orang lain, aku tidak boleh berkata apa-apa. Jika itu kemahuannya, aku terpaksa relakan walaupun pedih untuk diterima.

Selepas waktu Maghrib, kami berdua berangkat pulang ke rumah. Hatiku tidak seriang tadi. Jiwaku memberontak. Karl pula asyik tersenyum memandang wajahku. Riaknya agak tenang, seperti tidak ada apa yang berlaku. Hakikatnya, aku benci melihat wajahnya.

Kejujurannya selama ini ternyata palsu dan dusta. Terasa kerdil diri ini apabila insan yang aku sayangi mempermainkan perasaaan aku dalam diam. Tega sungguh dia menghancurkan hati aku secara senyap tanpa rasa bersalah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience