BAB 16

Romance Completed 3358

Suara tangisan yang mendayu-dayu berhampiran bilik kecemasan mengejutkan aku dari lamunan yang panjang. Aku segera bangkit menghampiri ke arah datangnya suara itu. Dari jauh, aku melihat Fatin bersama ibunya, Puan Mahani sedang teresak-esak menangis.

Terdapat beberapa orang lain lagi di situ. Barangkali kaum kerabatnya.

“Fatin, kenapa menangis ni?” Aku menghampiri ke arah Fatin sebelum gadis itu memeluk erat tubuh aku. Aku agak terkejut dengan tindakannya itu. Mulut Fatin seperti ingin mengatakan sesuatu tetapi aku tidak dapat menangkap butir bicaranya.

“Abang, kak. Abang...,”ucapnya tersedu-sedu. Puan Mahani pula sudah menepuk-nepuk bahuku sebaik sahaja aku mengetahui berita pemergian Karl dari mulut Fatin.

Pandangan aku seakan kabur saat ini. Aku berpaut lemah pada Puan Mahani dan Fatin. Tidak kuat rasanya untuk aku berdiri teguh apabila menerima berita duka ini. Seakan tidak menyangka, Karl akan pergi secepat ini. Terlalu awal rasanya dia meninggalkan aku sendirian tanpa sempat aku meraih cintanya buat kali kedua.

‘Ya Allah, aku tidak kuat menghadapi dugaan-Mu ini. Kau tabahkanlah hati aku untuk menerima ini semua.?

Puan Mahani dan Fatin cuba menenangkanku. “Sabar, Maya. Bawa beristighfar banyak-banyak. Allah lebih sayangkan dia. Biarkan dia pergi ya, nak.”

Terasa luluh hatiku mendengar nasihat Puan Mahani yang sudah aku anggap seperti ibu kandungku sendiri. Dari raut wajahnya, aku tahu dia sedang berduka sekarang. Ibu mana yang tidak sayangkan anak. Namun, dia tetap tenang memujuk hatiku.

“Akak, sebelum abang pergi, abang ada tulis sepucuk surat untuk akak. Dia cakap, kalau dia dah tak ada dalam dunia ni, dia amanahkan Fatin untuk beri surat ni kat akak. Fatin rasa akak perlu terima surat ni. Ini suratnya!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience