BAB 2

Romance Completed 3358

Tiga bulan yang lalu...

Aku leka membelek wajah di cermin. Mataku tidak lepas memandang jarum jam yang ligat berputar, menghampiri jam 10 pagi. Aku perlu cepat bersiap kerana takut Karl menunggu terlalu lama.

Selepas bersiap ala kadar, aku terus keluar dari rumah. Sebaik tiba di muka pintu, aku lihat Karl sudah tercegat berdiri di sebelah keretanya sambil mengukirkan senyuman apabila menyedari kehadiranku.

“Maaflah, Karl sebab menunggu terlalu lama. Maya betul-betul tak sedar tadi. Terlajak tidur sampai pukul 9.” Aku meminta maaf atas kesilapan aku yang tidak disengajakan itu.

“Ala, Karl tak kisah pun. Kalau bab menunggu buah hati kesayangan ni, sampai esok pun tak apa,” usik Karl, cuba menyedapkan hati aku.

Biasanya, begitulah sikap Karl yang aku senangi setiap kali bertemu dengannya. Tidak pernah dia merungut, jauh sekali berkecil hati atas apa yang aku lalukan padanya.

“Kita nak pergi ke mana pagi ni? Maya tak ada perancangan lagilah. Karl ada plan ke?”soalku ketika kereta yang dipandu oleh Karl bergerak perlahan meninggalkan perkarangan rumah.

“Erm...apa kata kalau kita pergi ke Tanjung Balau? Lama juga kita tak ke sana kan, sayang.”

Karl memberikan cadangan spontan. Matanya tetap fokus di hadapan.

“Elok juga tu. Bolehlah Maya tenangkan sikit fikiran ni dari bebaban kerja. Selalunya, asyik kerja memanjang sampai tak ada masa nak berehat.”

“Baguslah kalau Maya suka. Senang sikit hati Karl mendengarnya. Kalau Maya keberatan, Karl boleh bawa kat tempat lain. Maya cakap saja ke mana Maya nak pergi, Karl boleh bawa.”

“Betul ni?” tanyaku lagi ingin mengusiknya.

“Betul, sayang,” jawabnya lembut.

“Kalau Maya nak Karl bawa Maya ke bulan dan bintang, Karl sanggup ke?” Pertanyaan aku itu nampaknya mengundang tawa Karl. Dia ketawa kecil mendengar kata-kataku. Entah perkara apa yang lucu sangat sampai dia ketawa begitu.

“Ish...Maya, Maya. Boleh sampai ke situ pula dia. Kalau ke bulan dan bintang tu, nak kena tunggu Karl jadi angkasawan dululah baru boleh pergi. Itu pun kalau Maya sanggup tunggu...” Karl menggantungkan kata pada ayat terakhirnya. Entah serius ucapannya itu entah tidak, aku tidak dapat mengagaknya.

Untuk beberapa ketika, tiada kata yang terluah antara kami berdua. Aku asyik melayan perasaan sendiri memikirkan arah perhubungan kami berdua di masa hadapan. Moga-moga, ada satu ikatan suci yang terjalin di kemudian hari. Satu ikatan yang mendekatkan lagi cinta kami berdua sebagai petanda awal sebelum berlayar ke alam perkahwinan.

“Maya, Karl nak tanya sikit boleh?” Tiba-tiba Karl bertanya, memecah keheningan antara kami berdua.

“Nak tanya apa, Karl ? Maya sudi mendengarnya,” jawabku ikhlas. Aku menanti dengan sabar pertanyaan dari mulut Karl.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience