BAB 14

Romance Completed 3358

“Maya ada di sini, sayang. Karl kena banyakkan rehat, ya.” Saat itu Karl baru sedar sepenuhnya. Dia seakan-akan tidak percaya apabila melihat aku ada di sisinya. Dia cuba bangkit, namun kudratnya tidak memaksa dia berbuat begitu.

“Maya...macam mana sayang...” kata-katanya tergantung di situ sahaja. Dia tidak dapat meneruskan kata dan hanya membiarkan pertanyaan itu ditafsir sendiri olehku.

“Karl tak boleh banyak bergerak. Doktor pesan suruh rehat banyak-banyak. Kalau nak sembuh cepat, kena ikut cakap Maya, ya.” Aku memujuk Karl perlahan-lahan. Mungkin dia terperanjat kerana aku mengetahui penyakitnya. Riak wajahnya mempamerkan rasa kurang senang, seperti tidak menyenangi kehadiranku di situ.

“Hishyam...” Tiba-tiba Karl memanggil Hishyam.

Aku beralih sedikit ke belakang untuk memberikan ruang kepada Hishyam berbual dengan Karl. Aku berundur seketika agar mereka selesa berbual.

Seperti ada perkara penting yang ingin disampaikan oleh Karl kepada Hishyam. Aku tidak dapat menangkap butir bicara mereka kerana suara Karl terlalu perlahan sehingga memaksa Hishyam mendekatkan telinga ke mulut Karl.

Tidak berapa lama selepas itu, Hishyam menghampiri aku sebelum mengajak aku keluar dari situ. Tanpa banyak soal, aku terpaksa menuruti arahan Hishyam dan meninggalkan Karl seorang diri di situ. Aku cuba melemparkan senyuman kepadanya, namun tidak berbalas.

Ruang hati Karl seakan kosong untuk menerima kembali cintaku. Tiada lagi tawa riang yang menghiasi bibirnya seperi selalu.

Aku benar-benar rindukan Karl yang dulu. Aku tidak salahkan Karl dalam hal ini. Mungkin dia memerlukan masa untuk menerima aku semula dalam hidupnya. Tambahan pula dia baru sedar dari koma. Aku tidak mahu mengusutkan fikirannya dengan masalah remeh begini. Biarlah dia berehat sepuas-puasnya. Aku percaya, lambat laun hati Karl akan lembut jua tidak lama lagi.

Keesokan pagi selepas selesai waktu kerja, aku singgah sebentar ke hospital untuk melawat Karl. Kali ini aku datang sendiri tanpa ditemani oleh Hishyam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience