BAB 15

Romance Completed 3358

Sebolehnya aku mahu bertemu dua mata sahaja dengan Karl tanpa ada sebarang gangguan.

Jika boleh, aku ingin menemani dia saban hari di sini. Aku mahu penyakitnya cepat sembuh di samping mengembalikan semangatnya yang telah hilang.

Suasana ketika itu agak tenang ketika aku melangkahkan kaki ke ruang dalam. Aku menapak perlahan-lahan sebelum menuju ke tempat Karl. Tidak sabar rasanya berbual dengannya. Semalam, perbualanku tersekat gara-gara Karl berubah sikap. Aku harap, sikapnya hari ini tidaklah seteruk semalam. Moga-moga, dia dapat menerima kehadiran aku dalam hidupnya semula.

Sewaktu melintasi bilik kecemasan, tiba-tiba aku dikejutkan dengan suara bising dari jururawat bertugas yang kelihatan terburu-buru membawa pesakit. Aku berundur ke belakang untuk memberi laluan kepada pesakit itu. Hati aku saat itu tiba-tiba sahaja menjadi tidak sedap. Aku pantas mempercepat langkah menuju ke wad Karl. Aku mencari kelibatnya di situ, namun aku tidak menemuinya di tempat biasa dia berada.

“Cik, boleh saya tumpang tanya? Ke mana pesakit ini pergi? Semalam saya datang lawat dia, tempatnya di sini,” soalku merujuk kepada katil yang menjadi tempat Karl berada semalam.

“Oh, pesakit tu sudah ditukarkan ke wad kecemasan. Keadaannya agak kritikal pagi tadi. Sekarang ni, dia berada di dalam bilik kecemasan. Kalau cik nak lawat dia, kena tunggu dulu di luar,” terang jururawat itu lembut.

“Saya nak jumpa dia sekarang juga, nurse. Tolonglah saya. Saya merayu.”

Aku hilang akal setelah mendapat tahu keadaan Karl. Dalam minda aku sekarang, berbagai-bagai andaian buruk menerjah ruang fikiran.

“Maafkan saya, cik! Saya tak boleh benarkan cik masuk tanpa izin doktor yang merawatnya. Apa pun, cik kena bersabar. Sebarang maklumat terbaru berkaitan pesakit, pihak kami akan beritahu cik.”

“Terima kasih nurse,” ucapku sebagai tanda berterima kasih atas kerjasama yang dihulurkan. Aku terus berlalu menuju ke tempat yang dimaksudkan. Langkah kaki aku terasa lemah serta tidak bermaya. Namun aku cuba kuatkan semangat. Demi cinta kita, aku sanggup menunggumu, Karl. Cepatlah sembuh. Maya tunggu Karl di sini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience