BAB 17

Romance Completed 3358

Fatin pantas menyerahkan sepucuk surat berwarna ungu kepadaku. Dengan berat hati,aku mengambil surat itu. Terasa menggeletar tangan aku semasa membaca isikandungan yang tertera dalam surat tersebut. Bait-baitnya sungguh menyentuh hati nuraniku. Manik-manik jernih semakin deras mengalir di pipiku.

Buat Maya yang Karl rindui dan cintai dengan sepenuh hati. Karl doakan Maya berada dalam keadaan sihat sekarang. Ketika Maya membaca lembaran surat ini, barangkali Karl sudah tiada lagi dalam dunia ini. Janganlah Maya bersedih atas pemergian Karl. Anggaplah Karl sebagai kenangan masa lalu Maya sahaja. Maafkan Karl kerana tidak mengkhabarkan penyakit Karl kepada Maya. Karl tidak mahu Maya bersusah hati memikirkan keadaan Karl.

Sebenarnya, Karl sengaja memutuskan perhubungan kita berdua. Tiada niat di hati untuk menghancurkan hati Maya namun Karl terpaksa berbuat begitu untuk kebaikan Maya juga. Bukankah Karl sudah ingatkan Maya, suatu masa nanti Maya akan tahu sendiri mengapa Karl mengambil keputusan untuk berpisah dengan Maya. Segala-galanya telah terjawab sekarang.

Karl harap Maya tabah menerima ketentuan ini. Karl tidak salahkan Maya sekiranya Maya menaruh syak pada Zaira dahulu. Memang benar kata Maya. Zaira adalah kekasih Karl, tetapi itu kisah di zaman universiti. Zaira adalah masa lalu Karl. Hubungan kami memang rapat sehinggalah kami berpisah selepas Karl tamat pengajian di Universiti. Zaira membawa haluan sendiri dan Karl membawa hati yang lara sebelum bertemu dengan Maya. Ketika itu, hati Karl benar-benar kosong tanpa teman di sisi. Karl terhutang budi pada Maya kerana Maya hadir saat yang tepat, ketika Karl benar-benar memerlukan insan istimewa untuk berada di samping Karl.

Moga-moga dengan penjelasan ini, Maya menemui sebuah jawapan yang terselindung selama ini. Maafkan dosa Karl, halalkan makan minum Karl sepanjang kita berkenalan. Karl mahu Maya tahu, dalam hati ini hanya ada Maya seorang. Tiada wanita lain selain Maya. I Love you, sayang. Simpan surat ini baik-baik sebagai kenangan terindah kita berdua.

Salam sayang,

Karl.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience