BAB 19

Romance Completed 3358

“Abang ni macam-macamlah. Sabarlah sikit. Lagi seminggu aje, kan. Buatnya dia keluar sekarang, apa abang nak buat?” Aku cuba menakutkan Hishyam dengan memberi andaian yang bukan-bukan.

“Alah, apa yang nak disusahkan. Kalau baby keluar, abang sambutlah sendiri. Tak pasal-pasal dapat title bidan terjun. Hehee...” Hishyam tergelak-gelak menahan tawa.

“Abang ni suka buat main-main perkara serius macam ni. Cubalah serius sikit. Ini tak,asyik nak gelakkan orang saja.” Aku memuncungkan bibir, tanda protes dengan sikapnya.

“Janganlah marah, sayang. Abang gurau aje tadi. Bukan betul pun.”

Aku tidak mengendahkan kata-kata suamiku itu. Dia memang pandai bergurau. Suka sangat mengusik aku. Sifatnya itu saling tak tumpah macam arwah Karl. Perangai mereka hampir sama cuma arwah Karl lebih kacak sedikit berbanding Hishyam. Tidak menyangka, kami berdua akan mendirikan rumahtangga selepas tiga bulan Karl pergi. Pada mulanya aku keberatan untuk memenuhi permintaan Hishyam.

Namun aku terpaksa berbuat begitu kerana menurut Hishyam itu adalah amanah terakhir dari arwah untuk menyatukan kami berdua sehingga ke jinjang pelamin. Dia berpesan kepada Hishyam supaya menjaga aku baik-baik selepas dia menghembuskan nafas terakhir.

Amanah itu terpaksa aku penuhi demi cintaku kepadanya. Aku bahagia sekarang di sisi Hishyam. Walaupun hati ini masih sayang pada ‘dia’, namun lama kelamaan aku dapat membiasakan diri.

Cinta aku pada Hishyam kian berputik setelah melihat sendiri kejujuran yang dipamerkan olehnya. Dia benar-benar ikhlas ingin menyuntingku sebagai suri hidupnya. Aku merelakan hati ini untuk dicintai. Dia berhak mencintai aku kerana dia adalah suamiku. Aku bersyukur kerana dipertemukan dengan seorang insan yang memiliki hati luhur seperti Hishyam.

“Abang...abang! Perut Maya sakit sangat ni. Abang!” Aku menjerit memanggil Hishyam apabila perutku tiba-tiba sahaja sakit. Aku cuba menghitung waktu. Kalau tidak salah, rasanya tinggal dua hari lagi aku bersalin. Takkan cepat sangat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience