BAB 11

Romance Completed 3358

“Maafkan aku, Karl. Kejujuran kau pada aku tidak berubah walaupun sedikit. Tetapi, kenapa kau sanggup putuskan perhubungan kita? Siapa yang merampas cinta kau dari aku?”

Aku segera mendail nombor telefon Karl untuk bertanya khabar. Sihatkah dia? Aku benar-benar rindu untuk bertemu dengannya. Biarlah apa sahaja yang Karl mahu cakap selepas ini. Aku tidak peduli semua itu. Aku perlu meminta maaf darinya.

Hampir tiga kali aku menghubunginya namun tidak berjawab. Mana pula dia pergi ni? Sibuk sangat ke? Aku tidak sabar-sabar mendengar suaranya. Suara itulah yang aku tunggu sejak dua bulan kebelakangan ini.

Beberapa kali mencuba, akhirnya aku menyerah. Ternyata, Karl tidak mahu bercakap denganku lagi. Mungkin dia benci melihat wajahku. Kalau dulu, aku dapat menerimanya gara-gara wujud orang ketiga. Tetapi kali ini buat pertama kalinya aku tidak dapat menerima kenyataan andai Karl tega membuang diri ini dari hidupnya. Aku perlukan sebuah jawapan yang relevan atas tindakannya itu.

Fikiran aku sungguh buntu saat ini. Bagaimanakah caranya untuk aku menghubungi Karl ? Ingin saja aku pergi ke rumahnya saat ini, namun hati ini cepat-cepat menghalang. Sebenarnya aku segan bertandang ke rumahnya kerana Hishyam ada bersama.

Terasa canggung pula berhadapan dengan sahabat baik Karl itu. Aku berfikir dua tiga kali sebelum mengambil keputusan untuk mencari Karl di rumahnya sendiri. Apa sahaja yang bakal berlaku, aku sanggup menghadapinya.

Suasana di sekeliling rumah Karl agak sunyi ketika aku tiba di hadapan pintu pagar rumahnya. Aku tersenyum sebentar apabila melihat keretanya terparkir di situ. Dalam hati, aku bersyukur kerana Karl ada di rumah. Aku keluar dari perut kereta lalu menekan loceng beberapa kali. Setelah agak lama menanti, tiba-tiba pintu pagar terbuka. Tidak berapa lama selepas itu, Hishyam keluar sebelum menghampiri aku.

“Kenapa Maya datang ni? Cari Karl ke?” soalnya ramah.

Aku hanya mengangguk sambil tersenyum tawar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience