BAB 20

Romance Completed 3358

Hishyam bergegas masuk ke dalam bilik sebaik mendengar jeritanku. Bimbang benar mukanya saat itu. “Kenapa ni, sayang? Nak bersalin ke?” soalnya lagi. Aku tidak mampu berkata apa-apa kerana perutku terlalu sakit seperti mahu bersalin. Aku hanya memegang perut sebagai isyarat ringkas untuk menjelaskan keadaan aku sekarang.

Hishyam kelihatan panik melihat aku. Tidak senang duduk dibuatnya. Dia pantas menghubungi ambulans kerana keadaan aku bertambah sarat saat ini. Dalam tempoh beberapa minit kemudian, ambulans sampai sebelum membawa aku ke hospital.

“Alhamdulillah, sayang. Sayang dah selamat sekarang. Kita dapat anak lelaki.”

Suara Hishyam menampan telingaku, berbisik halus di pendengaran. Aku terjaga saat nama aku dipanggil.

Aku membuka mata perlahan-lahan. Wajah Hishyam mengaburi mataku. Ketika itu, Hishyam sedang leka menatap bayi comel yang ditempatkan di sebuah tempat khas di sebelah aku. Aku menangis kegembiraan melihat permata hatiku itu. Terasa hilang jerih perih ketika melahirkannya sebaik menatap bayiku.

“Anak, mama,” ucapku gembira. Aku memandang Hishyam sambil tersenyum. Hishyam lantas mencium kedua-dua pipiku.

“Terima kasih sayang kerana melahirkan zuriat abang. Abang sayang Maya.” Aku menangis semahunya kerana terlalu gembira. Bahagia sungguh hidup aku selepas mendapat cahaya mata. Hishyam amat berterima kasih kepadaku kerana inilah bukti kasih sayang kami berdua. Kasih kami terus erat dengan kelahiran si comel.

Aku terdiam sejenak, memuji kebesaran yang Maha Esa. Moga-moga kebahagiaan kami akan berkekalan sampai ke akhir hayat. Dalam keriangan ini, aku tidak lupa pada si dia. Aku sedekahkan Al-Fatihah buatnya di sana.

‘Dia’ adalah masa laluku. Aku harus melupakan dia perlahan-lahan kerana aku tidak mahu berkongsi cinta dengan Hishyam, suamiku.

Sesungguhnya, kenangan bersama-sama arwah Karl merupakan detik-detik terindah bagiku. Biarlah ‘dia’ tenang di sana kerana aku tahu bayangan semalam akan terus mekar di hati ini sampai bila-bila.

Selamat tinggal, Karl !

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience