BAB 4

Romance Completed 3358

Dalam debar hatiku, aku tidak sedar kami berdua sudah tiba di Tanjung Balau tepat jam sebelas pagi. Aku dan Karl segera melangkah keluar dari perut kereta sebelum menuju ke tempat menjual makanan.

Ramai juga orang yang bertandang ke Tanjung Balau pagi ini. Lebih-lebih lagi pada waktu hujung minggu seperti ini. Kebanyakkannya datang bersama keluarga tersayang. Ada juga yang datang berdua sahaja dengan pasangan masing-masing.

Permai sungguh suasana di sini. Tenang sahaja udaranya. Aku tekun melihat panorama indah disekeliling sehingga tidak sedar kehadiran Karl di sisi.

“Ish, orang kat sebelah kita ni asyik mengelamun saja sejak tadi. Siapalah agaknya yang dia ingat sampai tak sedar Karl sampai ni,” perli Karl sambil tersengih-sengih. Dia mengambil tempat di sebelahku.

“Eleh, siapa lagi yang Maya nak ingat kalau bukan Karl, cik abang tersayang Maya ni. Dah tahu pun saja-saja nak tanya.” Aku mencebikkan bibir, cuba menyakatnya. Hidung Karl kembang kuncup apabila dipuji begitu. Memang sah dia ini makan dengan pujian orang.

“Erm, yelah tu. Karl ingat, Maya dah tak sayangkan Karl. Hehee...”

“Kalau tak sayang, tak ada maknanya Maya nak keluar dengan Karl tau. Lebih baik Maya jalan dengan orang lain. Buang masa saja keluar dengan orang perasan hensem ni.”

Aku malas melayan kerenah Karl. Dia memang begitu. Semakin dilayan semakin jadi rentaknya.

Apabila duduk berdua-duan begitu, kadang kala mengundang rasa kurang enak dalam diri. Naluri aku sebagai seorang wanita cepat sahaja terusik. Apatah lagi tika aroma minyak wangi yang dipakai oleh Karl membangkit rasa. Aku menjarakkan sedikit tubuh dari Karl untuk menolak jauh perasaan ini.

Sememangnya aku bertuah kerana memiliki cinta Karl. Dialah satu-satunya lelaki yang berjaya mengetuk pintu hati aku untuk bercinta. Selama ini aku takut bermain dengan api cinta. Namun sejak kehadirannya dalam hidup aku, aku dapat merasakan dirinya benar-benar ikhlas menyayangi diri ini. Kasih sayangnya tiada dua. Kesetiaan yang dipamerkan, menjadi kayu pengukur sifatnya yang sebenar. Aku tidak ragu lagi akan cintanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience