BAB 8

Romance Completed 3358

‘Hati orang lelaki ni bukan boleh percaya sangat. Kenapalah kau bodoh sangat, Maya. Kau sendiri dah nampak dengan jelas siapa Karl sebenarnya. Untuk apa dipertahankan cinta ini jika kau yang akan merana kemudian hari nanti.’ Bisikan itu tidak mampu aku buang. Ia tetap hadir mengocak ketenanganku.

Akhirnya aku kembali bersuara setelah yakin dengan kata hati.

“Siapa Zaira dalam hidup Karl ?” lontarku tanpa getar.

“Zaira ? Apa Maya cakapkan ni. Karl tak faham.” Karl menggeleng, seperti tidak mengerti apa yang aku cuba maksudkan.

“Zaira tu kekasih hati Karl, kan. Karl ingat Maya tak tahu. Kenapa Karl sanggup tipu Maya ? Kenapa, Karl ?” nada suaraku sudah merintih pilu.

Sebak rasanya dada ini apabila berhadapan dengan perkara sensitif sebegini.

“Nanti dulu. Karl rasa, Maya dah salah sangka ni. Memang Karl akui, Zaira tu kawan Karl semasa menuntut di UTM dulu. Kami hanya berkawan sahaja. Tak lebih dari itu.” Karl beria-ia benar mempertahankan dirinya. Sudah jelas dia berlaku curang di belakang aku. Kenapa perlu berselindung lagi?

“Oh, kawan. Maya pelik sangat. Takkanlah berkawan boleh berpeluk-peluk macam pasangan kekasih. Macam tu pun Karl kata berkawan, hah?” Nada suaraku kian meninggi. Aku betul-betul emosi dengan perangai Karl sekarang. Sudah jelas dan nyata dia curang sehingga sanggup menduakan cinta aku.

Aku terus keluar dari kereta tanpa banyak bicara lagi. Karl cuba memanggil aku berulang kali, namun tidak aku hiraukan. Apa sahaja alasan yang dia ingin katakan, aku sudah tidak percaya. Memang dasar buaya, lidah bercabang-cabang. Aku meluat tengok muka kau,Karl. Berambus kau dari hidup aku.

Lamunanku terhenti seketika apabila memandang kelibat seorang gadis bersama kekasihnya. Aku meliarkan pandangan ke arah mereka, seakan-akan mencari jawapan. Bukankah mereka yang aku nampak tadi. Aku baru perasan sekarang. Gadis itu seperti pernah aku nampak sebelum ini. Tetapi aku terlupa di mana aku bertemu dengannya. Tidak mungkin pelanduk dua serupa.

‘Zaira !’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience