PART 8

Romance Completed 8268

Alyana berjalan keluar dari kedai buku MPH. Dia baru sahaja membeli alat tulis dan novel. Tiba-tiba Zakri muncul di hadapannya. Alyana terkejut.

“Alya, jangan tinggalkan saya please... saya sayangkan awak. Saya tahu saya salah, but please forgive me,” ucap Zakri.

Alyana hanya menunduk tidak mahu melihat wajah bekas tunangnya itu. “Tak perlulah awak nak minta maaf dengan saya, saya dah maafkan pun. Tapi saya tak boleh terus bersama dengan awak. Saya tak sanggup dilukai lagi.” Dia berlalu meninggalkan Zakri. Namun belum sempat dia melangkah setapak, Zakri cekap menangkap pergelangan tangannya.

“Kau jangan berani nak tinggalkan aku. Not this time. Aku akan pastikan kau milik aku.”

Alyana cuba melepaskan tangannya dari genggaman Zakri. Cengkaman di pergelangan tangannya semakin kuat. “Eh, apa ni?! Lepaslah! Kau dah ada perempuan tu, pergilah kejar dia. Kita dah takde apa-apalah.”

Zakri semakin kuat mencengkam tangan Alyana. “Perempuan tu dah tinggalkan aku, sebab kau! Aku dengan dia dah putus haritu. Kau lupa ke apa?”

Alyana mengerutkan dahi cuba mengingat kembali peristiwa. tak lama kemudian matanya bercahaya. “Oh, ya, betullah! Alahai, pelupa betullah aku ni. Orang lupa macam aku ni tak patut kahwin terutamanya dengan kau. Yalah, nanti semua keperluan kau aku lupa, mana boleh isteri buat macam tu. Kau pun mesti tak suka kan?” ujarnya.

Zakri pula mengerutkan dahi. Minah ni dah kenapa gila ke berlakon gila? “Dah! Aku tak kira, kau milik aku. Aku akan kahwin dengan kau walau apa pun yang terjadi. Kau jangan nak berlakon jadi gila. Kau ingat aku tak tahu taktik kau?!”

Alyana melopongkan mulutnya, membuat muka terkejut. “Kau tahu aku berlakon? Alahai, aku ni memanglah tak reti coverlah. Nampak sangat ke wei? Ish, kena banyak berlatih. Baru boleh jadi artis!”

Zakri membuntangkan matanya. “Oi, dah-dahla tu, aku heret kau jumpa tok kadi nanti!”

Dahi Alyana makin berkerut tatkala cengkaman di tangan semakin kuat. “Eh, lepaskanlah aku! Sakitlah, woi! Kau nak bagi urat aku putus ke apa?!”

Tiba-tiba Haikal datang menghampiri mereka. “Eh, bro! Nak bincang, bincang elok-elok. Tak payah sampai pegang-pegang.”

Zakri memandang Haikal tajam. “Kau jangan masuk campur. Ini tunang aku, suka hati akulah nak buat apapun.”

Haikal menanggalkan cermin mata hitam yang melindungi matanya. Dia menjungkitkan kening sebelah. Bibirnya tersenyum sinis. “Tunang?” Dia menghamburkan tawa kecil. Lebih kepada mengejek. “Setahu akulah kan? Selagi seseorang lelaki itu tidak melafazkan akadnya, dia dilarang sama sekali memegang wanita bukan muhrimya. Aku rasa kau pun tahukan pasal ni? Waktu sekolah ustazah dah ajarkan?”

Zakri terkedu. Tangannya masih tidak melepaskan pergelangan tangan Alyana. Haikal memandang tangan Zakri yang masih memegang tangan Alyana. Kemudian, wajah Zakri. Bergilir-gilir dia memandang.

Lama-kelamaan, cengkaman di tangan Alyana semakin longgar dan akhirnya terlepas. Zakri masih tidak puas hati dan menganggap Haikal mencabar kelakiannya. “Kau siapa ha?”

Haikal masih lagi tersenyum sinis. “Aku? Suami dia. Kenapa?”

Mata Alyana terbeliak. Dia terkejut mendengar pengakuan berani mati si Haikal. Namun, dia tidak berdaya untuk berkata-kata.

Zakri turut sama terkejut. Dia memandang Alyana inginkan kepastian. Dia merengus. “Kau jahanam, Alya!” Dia terus berlalu meninggalkan mereka berdua.

“Awak okey?” soal Haikal pada Alyana.

Alyana mengangguk. Dia menggosok-gosok pergelangan tangan yang dicengkam itu. “Terima kasih tolong saya. Saya tak tahu macam mana nak balas pertolongan awak.”

Haikal senyum. “It's okay. Dah memang tanggungjawab kita, tolong orang yang memerlukan.”

Alyana mengetap bibir. “Apa kata, saya belanja awak makan?” tawarnya.

Haikal berfikir sejenak. “Hmm... boleh jugak. Saya pun belum makan lagi ni.”

Alyana dan Haikal berjalan beriringan menuju ke sebuah restoran.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience