PART 10

Romance Completed 8268

Tan Sri Hazqiel membelek beberapa keping gambar yang ditangkap oleh pembantu peribadinya, Shukri. Shukri hanya memerhati kelakuan bosnya.

“Siapa perempuan ni? Berapa kali dia berjumpa dengan Haikal?” soal lelaki tua itu.

“Saya tak pasti, tan sri. Yang saya pasti, sebelum ni Encik Haikal tak pernah berjumpa dengan mana-mana perempuan selepas Zulaikha lari dari hari pernikahan mereka,” terang Shukri.

Tan Sri mengangguk. Matanya memandang gambar Haikal yang sedang berbual dengan seorang wanita muda. Siapa pulak wanita ni? Kawan Haikal ke?

“Tan sri, err... sebenarnya saya pernah lihat perempuan tu keluar bersama Cik Hannah. Mereka kelihatan rapat seperti adik-beradik.”

Pandangan Tan Sri Hazqiel berkalih pada wajah Shukri. “Iya?”

Shukri angguk.

Tan Sri Hazqiel menghela nafas. Dia menyandarkan tubuhnya ke belakang. “Takpe lah Shukri. Saya nak awak cari maklumat tentang perempuan ni. Pastikan siap habis sahaja lunch hour esok, faham?”

Shukri mengangguk, “Faham, tan sri.”

“Baiklah, awak boleh balik sekarang.” Gambar-gambar yang diberi Shukri tadi diserahkan kembali pada lelaki itu.

Shukri meminta diri lalu meninggalkan Tan Sri Hazqiel. Tak lama kemudian, Hannah, anak bongsu Tan Sri Hazqiel datang menghampirinya. “Papa!” sapa Hannah lalu duduk di kerusi sebelah Tan Sri Hazqiel.

Tan Sri Hazqiel hanya senyum. “Hah, seorang je? Abang mana?” matanya mencari-cari kelibat anak sulungnya.

Hannah menjungkitkan bahu. “Entah. Dia keluar lepas breakfast tadi. Katanya nak jumpa kawan tapi tak tahulah siapa. Dia tak balik lagi kot, tak nampak pun dia dari tadi.”

Tan Sri Hazqiel mengerutkan dahi. “Takkan tak balik lagi kot? Adik takkan tak Nampak dia langsung?”

Hannah menggeleng. “Adik ni dari pagi terperap dalam bilik, siapkan assignment. Ni baru je keluar dari bilik.”

Tan Sri Hazqiel hanya diam. Mana lah anak aku yang sorang tu pergi?

Puan Sri Azira muncul dengan dulang yang terisi seteko air teh o, tiga biji cawan dan semangkuk cucur udang. Dulang itu diletakkan di atas meja.

“Wah, cucur udang! Adik dah lama tak makan cucur yang mama masak. Asyik-asyik abang je yang habiskan...” Hannah membantu mamanya menuang air ke dalam cawan.

Puan Sri Azira hanya tersenyum. Anak-anaknya sememangnya sukakan cucur udang masakannya. Setiap kali kalau dia masak cucur itu, pasti dua beradik itu berebut-rebut. Kebiasaannya Haikal lah yang dapat banyak. Anak lelakinya itu memang penuh helah.

Sebut pasal Haikal, kening Puan Sri Azira berkerut. “Eh, Haikal mana? Tak balik lagi?”

Tan Sri Hazqiel dan Hannah menjawab serentak, “Entah!”

Tiba-tiba kedengaran suara orang memberi salam, “Assalamualaikum!”

“Waalaikumussalam,” jawab tiga beranak itu. Serentak mereka menoleh.

Kelihatan Mukhriz, kawan baik Haikal datang menghampiri mereka. “Uncle, aunty, sihat?” soalnya seraya menyalam tangan Tan Sri Hazqiel.

“Alhamdulillah sihat. Ada apa Mukhriz datang ke rumah kami ni?” soal Puan Sri Azira.

Mukhriz menghadiahkan senyuman pada kedua-dua orang tua itu. “Saya ingat nak jumpa dengan Haikal. Haikal ada?”

“Abang Haikal takde. Dia keluar dari pagi tadi lagi,” jawab Hannah.

Mukhriz mengerutkan kening. “Eh, keluar? Tadi saya call dia, dia kata kat rumah.”

Hannah, Puan Sri Azira dan Tan Sri Hazqiel berpandangan.

Tiba-tiba, “Assalamualaikum!” kedengaran suara seseorang baru masuk ke dalam rumah.

Mereka berempat menjawab salam.

“Eh, kat sini rupanya, mama, papa dengan adik. Eh, Riz, awalnya kau sampai! Kata tadi kat rumah lagi?” soal Haikal yang baru tiba di rumah.

Mukhriz tersengih. “Taklah... Aku on the way tadi sebenarnya.”

Haikal angguk perlahan. “Ma, pa, Haikal pergi keluar dengan Riz sekejap eh?”

“Kejap aje... Jangan lambat sangat balik. Papa ada benda nak cakap dengan Haikal,” pesan Tan Sri Hazqiel dengan wajah penuh serius. Dia bangun dari kerusi lalu masuk ke dalam rumah.

Semua orang di situ pelik melihat mood Tan Sri Hazqiel yang bertukar tiba-tiba itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience