PART 5

Romance Completed 8268

Haikal mengecilkan matanya memandang Alyana, “Hei, saya yang menangkan. Yang awak mengungkit tak puas hati tu kenapa? Perkara dah lepas kan?”

Alyana baru sahaja mahu membidas kata-kata jejaka itu, tiba-tiba matanya tertancap pada seseorang yang amat dikenalinya.

ALYANA berasa kemarahannya sudah pun memuncak. Dia melangkah menghampiri seseorang itu yang sedang bermesra dengan seorang wanita. Bukan bermesra ehem... ehem.. itu tapi makan aiskrim sampai bersuap-suap. Pikir sweetlah?

Haikal yang tercengang melihat Alyana menghampiri pasangan itu mengekorinya dari belakang.

“Alahai, sweetnya awak berdua! Siap bersuap-suap lagi. Macam takde tangan je nak suap sendiri, kan? Apa tangan awak tu patah ke? Ataupun lenguh sampai nak makan bersuap?” sindir Alyana.

Lelaki itu terkejut melihat Alyana yang berdiri di hadapannya. “A... Alya, sa... saya boleh explain.”

Alyana tersenyum sinis kemudian tangannya laju melempang lelaki itu. “Explain? Nak explain apa lagi cik abang oii?! Dah terang lagi bersuluh, aku nampak dengan mata kepala aku sendiri. Kau tak payah terhegeh-hegeh nak explain kat aku. I don't need your explanation!”

Wanita yang bersama lelaki itu tadi terkejut melihat Alyana yang melempang kekasihnya. Dia bersuara bagi mempertahankan kekasih hatinya. “Eh, you ni siapa? You tahu tak, you dah lempang boyfriend I? Apa masalah you sampai nak tampar orang ni?”

Alyana buat-buat terkejut. Dia menekup mulutnya. “Hah? I dah lempang boyfriend you ke? Sorry I tersengajalah!” Dia membuat suara gedik.

Haikal yang mendengar nada suara gedik Alyana menjulingkan matanya ke atas. Menyampah aku!

“Lagipun, for your information, boyfriend you ni, buah hati pengarang jantung you ni, my fiancé. You nak kata apa pun katalah! I dah tak kisah,” sambung Alyana.

Wanita itu terkejut. Her fiancée? Dia memandang wajah teman lelakinya, “You day bertunang? You cakap yang you single, what is wrong with you? Elok-elok dapat tunang cantik macam dia, tapi you cari perempuan lain. I'm very dissapointed! I bukan perempuan yang merampas hak orang. And you know what? We're over!”

Pandangannya berkalih pada Alyana dengan wajah yang penuh bersalah, “Miss, I'm really sorry, I don't know that he's your fiancé. I'm so sorry.”

Haikal menjungkitkan kening sebelah. Baik jugak perempuan tu!

Alyana sekadar mengangguk tanda memaafkan. Pandangannya berkalih pada lelaki yang dilempangnya sebentar tadi. “And you, Muhamad Zakri Irshad, kita putus pertunangan. Awak jangan cuba nak cari saya atau hubungi saya lagi.” katanya lalu menanggalkan cincin pertunangan lalu diletakkan di atas bangku. Dia terus berjalan meninggalkan tempat itu.

Haikal senyum sinis. “Padan muka kau! Kena reject dengan dua orang perempuan in one day! You deserve it. Dasar buaya!”

Zakri hanya memandang tajam Haikal yang mengekori langkah bekas tunangnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience