PART 18

Romance Completed 8268

Haikal memandu ke kedai Seven Eleven. Mujur lah kedai ini dibuka 24 jam. Dia melangkah masuk. Coklat KitKat segera dicari. Habis semua jenis KitKat dicapai. Hazelnut, Chunky biasa, Green tea, Cookies n cream. Semua lah!

Kemudian, dibawanya ke kaunter. Juruwang itu pelik melihat berbagai jenis KitKat dibeli Haikal. Namun, dibiarkan sahaja. Setelah membayar, Haikal terus pulang ke rumah.

Misi seterusnya, memujuk isterinya yang sedang merajuk.

“SAYANG...”

Alyana masih tidak berkutik. Dia bukan tidur pun, tapi sengaja ingin mendera suaminya itu. Siapa suruh tak nak belikan aku KitKat? Ini lah padahnya! Kata sayang aku, nak buat aku happy, tapi aku mintak KitKat pun dia tak nak belikan!

Masalahnya, kau mintak tak kena waktu, Nur Alyana oiii!

“Sayang, jangan lah merajuk. Saya minta maaf hal tadi. Bukan saya tak nak beli, tapi sekarang pukul 3.45 pagi kot. Ada ke kedai bukak?” soal Haikal. Padahalnya dia sudah beli pun KitKat yang diminta.

Alyana mencebik. Takde kedai bukak konon... Tu berlambak kedai bukak 24 hours! Dia je yang malas nak beli. Tuduh hati Alyana.

Haikal menggaru kepala. Aduh, pujuk pun tak jalan! Macam mana ni? Haikal terdiam seketika. Tiba-tiba di atas kepalanya seakan ada mentol bercahaya menandakan dia sudah ada idea.

Alyana masih dengan posisi yang sama. Tiba-tiba dia dengar pintu bilik dikatup. Dia menoleh. Kelibat suaminya langsung tidak kelihatan di dalam bilik itu. “Eh, mana laki aku pergi?”

SEDANG Alyana cuba melelapkan mata, tiba-tiba ada tangan menunjukkan bungkusan coklat KitKat di hadapannya. Matanya bercahaya. Dia menoleh ke belakang.

Haikal senyum. “Sayang nak tak?”

Bagaikan kanak-kanak bawah umur, dia bersorak, “Nak!!” baru sahaja tangannya ingin mencapai KitKat itu, pantas saja, Haikal membawa KitKat itu jauh.

Alyana memasamkan muka.

Haikal tersengih. Dia menunjukkan pipinya.

Wajah Alyana tiba-tiba merona merah. Tau sangat apa yang diminta suaminya itu.

“Nak KitKat ke tak nak? Kalau tak nak, saya makan,” ujar Haikal berbaur ugutan.

Alyana cuba menghilangkan rasa malunya. Dia mengucup pipi suaminya. Haikal membalas kucupan di dahi isterinya. Bungkusan KitKat dibuka.

“Awak ni, saya boleh buka sendiri lah!” marah Alyana.

Haikal buat tak endah. “Nah!” KitKat itu dihulurkan pada Alyana.

Alyana menyambut. Dia makan seperti budak lima tahun. Haikal hanya tergeleng kecil melihat isterinya itu. Tangannya merangkul bahu isterinya.

BEBERAPA hari kemudian, Haikal pulang dari tempat kerja. Waktu itu pukul 1 petang. Dia baru sahaja habis dari mesyuarat. Punggung dilabuhkan di atas sofa. Stokin ditanggalkan lalu diletak tepi. Tali leher dilonggar. Namun dia pelik. Kiri dan kanan dipandang.

“Mana Alyana ni? Selalunya dia sambut aku balik?” soal Haikal sendirian. Ini bukan kali pertama dia pulang waktu lunch. Memang setiap hari dia balik ke rumah pada waktu makan tengah hari.

Haikal bangun. Dia melangkah ke dapur mencari isterinya. “Alyana...”
Di dapur tiada, di bilik air tiada, di halaman tiada. Kakinya melangkah ke tingkat atas. Dia masuk ke dalam biliknya yang dikongsi bersama Alyana.

Mata Haikal terbeliak. “Ya Allah, sayang!” kelihatan Alyana rebah di atas lantai. Haikal pantas mendapatkan isterinya.

“Sayang?” panggil Haikal. Pipi isterinya ditepuk perlahan. Dia mengangkat tubuh isterinya ke atas katil. Telefon di dalam poket seluar dikeluarkan. Dia menghubungi seseorang. Sesekali wajah isterinya dipandang. Ya Allah, semoga isteri aku baik-baik saja.

DOKTOR Amani memeriksa kesihatan Alyana. Haikal menunggu di muka pintu. Di dalam hatinya, tak henti-henti mendoakan kesihatan isterinya. Usai Doktor Amani memeriksa Alyana, Haikal segera bertanya, “Macam mana keadaan isteri aku, Amani?”

Doktor Amani senyum. Haikal merupakan sepupu terdekatnya. Dia gembira melihay sepupunya yang amat menyayangi Alyana. “Isteri kau okay. Dia tak sakit apa-apa pun.”

Haikal menghela nafas lega. Dia berasa lega apabila mendapati isterinya tidak sakit.

“Haikal...” panggil Alyana. Dia baru saja sedar. Dia memegang kepalanya yang sakit.

Haikal segera merapati isterinya. “Ya sayang?” tangan isterinya dicapai. Dia memandang Doktor Amani. “Habis tu, kalau bukan sebab sakit, kenapa Alyana pengsan?”

Doktor Amani senyum lagi. “Congratulations, kau orang berdua akan bergelar ibu dan ayah. Your wife pregnant almost five weeks.”

Alyana dan Haikal berpandangan. “Serious?” soal mereka serentak.

Doktor Amani mengangguk.

“Alhamdulillah. Patutlah sayang nak asyik nak makan KitKat je...” hidung Alyana dicuit Haikal.

Alyana hanya tersengih. Usai kerja Doktor Amani selesai, dia terus pulang.

Haikal mengucup tangan Alyana. “Saya gembira sangat, sayang.”

Alyana senyum. Dia menyandarkan kepalanya pada dada suaminya. “Saya pun gembira.”

Tiba-tiba Alyana teringat sesuatu. “Eh, awak bukan kerja ke?”

Haikal tergelak. “Saya kerja half day lah hari ni. Sayang tau tak, risau abang bila nampak sayang pengsan tadi?”

Alyana mengerutkan kening. Dia memandang wajah suaminya. “Abang?”

Haikal senyum. Pinggang isterinya dipeluk erat. “From now on, you must call me abang.”

Alyana memuncungkan mulut. “Clichelah awak. Asyik-asyik abang. Dekat dalam novel pun sama,” rungut Alyana.

Haikal tergelak. “Suka hati sayang lah. Kalau sayang tak nak takpe.”

Alyana senyum. “Abang, ingat tak abang pernah kena tidur luar?”

“Laa... Kata tadi, tak nak panggil abang?”

Alyana sengih. “Saya gurau je tadi. Saya tak kesah pun nak panggil awak abang.”

Haikal senyum. Ubun-ubun isterinya dikucup sayang. Tak sangka kan, pertemuan ringkas disebabkan KitKat, mereka sampai berkahwin? Itulah dia rahsia Allah. Apa-apa pun tak mustahil terjadi di dalam dunia ni. Itu semua atas kuasa dan kehendak-Nya.

Sekian...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience