PART 17

Romance Completed 8268

Alyana duduk memeluk lutut di atas rumput. Dia melihat kanak-kanak yang bermain di taman permainan. Dia bersyukur ke hadrat Ilahi kerana menjodohkannya dengan lelaki baik seperti Haikal.

Tiba-tiba ada tangan yang menghulur aiskrim kon KitKat. Alyana terkejut. Dia mendongak. Bibirnya terus senyum apabila mendapati tangan itu milik suaminya, Haikal Asyraf. Aiskrim kon itu diambil.

Haikal duduk bersila di sebelah Alyana. “Sayang termenungkan apa tu?”

Alyana menggeleng. Dia mengerutkan kening. “Satu je ke? Awak punya?”

Haikal senyum. “Kita kongsi je lah. Meh sini, saya bukakkan.” Aiskrim kon yang masih tidak dibuka balutannya diambil dari tangan Alyana.

Alyana menghalang, “Eh, sa.. Saya boleh bukak sendiri lah!” Namun belum habis ayatnya, aiskrim kon telah pun berada dalam genggaman suaminya.

Haikal membuka balutan aiskrim. Usai membuka, dia menyuakan kon itu pada Alyana. Alyana ingin mengambil kon itu namun tangan Haikal laju melarikan kon. Dia memandang Haikal. Haikal menggeleng tanda tak benarkan dia memegang kon itu.

Alyana memuncungkan mulutnya. Dia tau apa yang dimaksudkan Haikal. Dia memandang sekeliling. Setelah memastikan tiada orang yang melihat, dia pun makan sedikit aiskrim itu tanpa memegangnya.

Haikal tersenyum. Dia suka melihat isterinya yang masih malu dengannya itu. “Sayang ni makan comot lah. Macam budak-budak.” Haikal mengesat sedikit aiskrim yang terkena di tepi bibir Alyana dengan ibu jarinya.

Alyana menunduk malu. Dalam hatinya penuh dengan bunga. Dia akui, dia suka dimanjakan oleh suaminya sebegitu.

SUATU malam, Alyana terbangun dari tidur. Jam di dinding dipandang. Tepat pukul 3 pagi.

Dia mengalihkan tangan Haikal yang memeluk pinggangnya. Perlahan-lahan dia bangun dari katil. Dia tidak mahu mengejutkan suaminya yang nyenyak tidur. Alyana keluar dari bilik lalu turun ke dapur. Peti sejuk dibuka. Dia mencari sesuatu di dalam peti sejuk. “Ish, mana nya? Rasanya kita orang tak pernah terlepas beli stok benda tu!” rungut Alyana.

Puas dia selongkar. Di tempat telur, ubat-ubatan, tempat ais temasuklah tempat sayur-sayuran disimpan. Manalah tau kot tersesat kat situ ke...

“Sayang cari apa tu?”

Alyana terkejut mendengar suara itu. Dia menoleh. Kelihatan suaminya berdiri di sebelah meja makan. Rambutnya serabut. Mata pula macam nak tak nak je buka.

“Tak... Takde apa. Nak minum.”

Haikal mengerutkan kening. Nak minum? Takkan sampai perlu selongkar peti ais kot? “Oh! Tapi kenapa sayang macam cari something je?”

Gulp! Alahaii... Tembelang kau pecah lah, Alya! Alyana mengeluh. “Saya... Saya cari... Kit... KitKat,” terangnya teragak-agak. Bimbang sekiranya lelaki itu mentertawakannya.

Haikal menjungkitkan kening sebelah. “KitKat? Nak buat apa dengan KitKat pagi-pagi buta macam ni?”

Entah mengapa Alyana terlebih emosi. Dia memuncungkan mulut. “Nak makan lah! Takkan nak jadikan bola untuk main,” jawabnya dengan marah.

Haikal menghela nafas perlahan. Kenapa dengan isteri aku ni? Tiba-tiba je hangin. Bukan kali pertama Haikal melihat isterinya terlebih emosi. Malah sejak akhir-akhir ni isterinya itu berkelakuan pelik. “Mana ada KitKat dah. Haritu kan, sayang dah makan habis. Saya tak sempat beli pun.”

Alyana berasa kecewa. Entah mengapa, perutnya tiba-tiba mahu KitKat pada pukul 3 pagi itu. “Awak pergilah beli. Saya teringin,” pujuknya. Dia benar-benar inginkan coklat kegemarannya dan suaminya itu.

Haikal menggaru belakang kepala. Beli KitKat? Pukul 3 pagi ni? “Sayang janganlah macam ni. Esok saya belilah. Saya beli sepuluh paket, okay?”

Alyana menggeleng. “Tak nak! Nak sekarang jugak!” dia memeluk tubuh membelakangi Haikal. Tandanya dia merajuk dengan suaminya itu.

Haikal mengeluh. “Sayang, jangan lah merajuk. Esok saya beli lah. Sekarang dah lewat sangat,” pujuknya. Dia cuba mencapai lengan Alyana namun isterinya itu semakin menjauhkan diri.

“Sayang...” panggil Haikal dengan suara lembut.

Alyana tidak mengendahkan panggilan suaminya itu. Dia terus berjalan naik ke bilik. Dia memang ingin merajuk.

Haikal mengetap bibir. Matanya tak lepas memandang wanita yang dicintainya itu. Apa perlu aku buat?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience