PART 3

Romance Completed 8268

Alyana pulang ke rumah dengan wajah penuh mencuka. Bengang masih terasa kerana tidak dapat apa yang dingini. Dia menghempas punggungnya di atas sofa tanpa menanggalkan tudung.

Puan Nurin pelik melihat anak perempuannya yang seorang itu. Alyana satu-satunya anak perempuan Puan Nurin dan Encik Fauzi. Alyana mempunyai empat orang adik beradik, seorang abang dan dua orang adik lelaki. Itulah sebabnya dia rapat dengan semua pelajar perempuan di pusat tuisyennya.

“Angah, kenapa masam je ni?” soal Puan Nurin prihatin.

Muhd Azwan, abang sulung Alyana yang leka menonton televisyen menjawab dengan niat mengusik, “Tu mesti sebab tak dapat KitKat dia tu!”

Alyana memncungkan bibirnya. Dia mencapai bantal kusyen di sebelahnya lalu dilemparkan tepat pada wajah abangnya.

Pap!

“Oii! Nak baling pun janganlah sampai kena muka along yang hensem lagi macho ni!” marah Azwan. Dalam marahnya ada juga gurauan. Hmm... Gurauan. Gurauan perasan!

Alyana menjulingkan matanya ke atas tanda menyampah. “Banyaklah along punya hensem? Muka macam tongkang pecah je!” ejeknya sebelum pantas berlari naik ke bilik.

Wajah Azwan sudah merah. “Nur Alyana!!!!”

Jeritan Azwan bergema di rumah itu. Puan Nurin menggeleng kecil melihat telatah anak-anaknya. Macam-macam kerenah!

SEMENTARA itu, Haikal mengigit KitKat Chunky di tangannya. Dia melangkah masuk ke dalam rumah. Kelihatan mamanya, Puan Sri Azira dan adiknya, Hannah menonton drama Hello Mr Perfect. Haikal sendiri tidak tahu apa yang menariknya cerita itu.

Haikal melabuhkan punggung di sebelah mamanya. Puan Sri Azira mengerling anaknya sekilas. “Amboi, balik-balik terus makan KitKat? Kenyang ke makan itu je?”

Haikal tersengih. “Takdelah ma. Teringin. Ha, adik! Nanti adik pergi bercuti dengan kawan-kawan adik tu, belikan abang KitKat banyak-banyak eh?”

Hannah memandang abangnya dari atas ke bawah. Dari bawah ke atas. Berulang kali dia memandang sebegitu kemudian bersuara, “Tak mahu! Abang yang beli banyak-banyak KitKat tu, tak pernah nak kongsi dengan adik punn. Sekarang ada hati pulak nak suruh orang belikan. Pergi beli sendirilah!”

Haikal mencebik sedih. “Alaaa... Adik ni kedekutlah! Macam Haji Bakhil dalam cerita P.Ramlee tu.”

Hannah membuntangkan matanya. “Haji Bakhil? Abang yang Haji Bakhil. Haikal Bakhil. Hah, sesuai apa?”

Giliran Haikal pula membulatkan matanya. Haikal bakhil? Aisy, budak kecik ni, memang nak kena dengan aku ni!

Baru sahaja Haikal mahu membuka mulut, Puan Sri Azira menyampuk, “Eh, dah-dahlah tu gaduh! Mama nak tengok Fattah Amin berlakon ni. Jangan kacau!”

Kedua beradik itu berpandangan. Sejak bila mama suka Fattah Amin ni? “Hah, mama curang dengan papa eh? Tapi best jugak dapat bapak tiri Fattah Amin yang hensem giler tu!” ujar Hannah menyokong ibunya.

Haikal mengerutkan kening. “Apa yang hensemnya Fattah Amin tu? Abang lagi hensem tau? Tengoklah papanya siapa!” kembang kempis hidungnya memuji diri sendiri.

Hannah menjeling abangnya tajam. “Fattah Amin lagi hensemlah!” Dia menjelir lidah.

Haikal membesarkan biji matanya. “Hah, jelir lidah! Jelir lidah! Potong karang baru tahu!”

Hannah pantas menekup mulutnya.

Puan Sri Azira berdecit. “Aisy, kamu berdua ni! Mama tengok Fattah Amin pun tak boleh! Haikal, pergi naik atas mandi! Hannah, pergi hidangkan makanan yang mama dah masak tu.”

Haikal dan Hannah menurut arahan mama mereka. Jikalau tidak pasti mereka disebat dengan rotan. Walaupun kesalahan mereka hanya menganggu Puan Sri Azira menonton televisyen.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience