PART 14

Romance Completed 8268

Dua minggu sudah pun berlalu, tinggal lagi dua minggu lagi untuk Alyana bersiap sedia bergelar isteri kepada Asyraf. Segala persiapan perkahwinan disiapkan oleh umi dan bakal ibu mertuanya. Alyana sendiri tidak kenal walaupun seorang ahli keluarga Asyraf. Sudahlah tidak bertunang, terus saja berkahwin. Kata Puan Nurin, pihak lelaki yang tidak mahu bertunang.

Alyana menulis sesuatu di dalam buku catatan. Di dalam buku itu adalah ringkasan untuk dia mengajar anak-anak muridnya. Dia memang suka buat peta minda agar senang difahami dan diingati.

“Alya...”

Alyana mendongak. Widya dan Tania berdiri di hadapan mejanya. Dia menjungkitkan kening sebelah seolah-olah bertanya, ‘nak apa?’

Widya dan Tania berpandangan. Kelihatan mereka menyiku antara satu sama lain. “Kau lah cakap,” ujar Widya dengan nada perlahan namun dapat didengari Alyana.

Tania geleng. “Kau lah cakap!” Marahnya.

Dan adegan itu berlaku berulang kali. Alyana pula yang runsing melihat mereka berdua. “Hei, dah lah tu! Apa yang kauorang nak cakap?”

Tania dan Widya menunduk. Mereka berdua masih menyiku walaupun mulut tidak dibuka.

Alyana merengus. “Sudah! Tania?”

Tania menjeling Widya. “Kita orang dengar kau dah nak kahwin tak lama lagi...”

Alyana membulatkan matanya. Dia pantas memotong, “Shh... Jangan lah cakap kuat-kuat!” Dia menoleh kiri dan kanan ingin memastikan sama ada atau tidak rakan sekerja yang mendengar perbualan mereka. Setelah memastikan tiada yang mendengar, Alyana menyoal, “Mana kauorang tahu ni? Setahu aku tak bagitahu sesiapapun kecuali Puan Nadra.”

Puan Nadra adalah pemilik pusat tuisyen. Kiranya macam bos kepada Alyana dan rakan sekerjanya lah. “Maaf. Sebenarnya aku terdengar yang kau mintak cuti... tu... untuk seminggu dekat Puan Nadra. Waktu tu, aku ada hal dengan Puan Nadra,” terang Widya.

Alyana merenung tajam Widya. Curi dengar rupanya minah ni! “Aku tak boleh cakap sekarang. Nanti time lunch baru aku boleh cerita. Sekarang, pergi sambung kerja.”

Widya dan Tania merungut tak puas hati. “Aku ingatkan dia nak beritahu, last-last kita pulak yang dihalau!”

Tania mengangguk tanda bersetuju.

Alyana hanya menggeleng kecil. Apa-apa je lah!

“SO, itu lah ceritanya?” Soal Widya. Dia mengangguk perlahan setelah Alyana habis bercerita.

Tania mengerutkan kening. “Jadi kau tak kenal langsung siapa bakal suami kau?”

Alyana geleng. “Umi aku kata aku kenal dia satu family. Tapi macam mana aku nak tahu aku kenal ke tidak, kalau aku sendiri tak pernah jumpa?”

Widya dan Tania mengangguk tanda setuju. “Eh, tapi takkan pihak lelaki tak bagi gambar kot?”

Alyana berfikir sebentar. “Ada sebenarnya. Tapi aku malas lah nak tengok.”

Widya dan Tania berpandangan. “Apa?!” Soal mereka serentak.

Alyana pula yang terkejut. “Kenapa? Apa yang salahnya?”

“Salah, sebab kau tak tengok gambarnya. Buatnya bakal suami kau tu muka maam orang gila. Bibir herot macam ni!” Widya mengherotkan bibirnya.

Tania hanya mengangguk. “Jongang ke?”

Alyana mengeluh. “Tak baik lah kau cakap macam itu. Doakan lah yan baik-baik untuk aku. Kejam lah korang ni! Tak sayang kawan betul.” Mulut Alyana memuncung.

“Alaaa... jangan macam ni, Alya! Kita orang cuma risau. Itu aje,” pujuk Tania.

“Tapi kan, kau dah nak kahwin dengan si Asyraf tu. Kau tak boleh dah keluar sesuka hati dengan lelaki yang selalu ajak kau lunch tu?” Soal Widya dengan wajah innocentnya.

Alyana tergelak kecil. "”idya, lelaki selalu keluar lunch dengan aku tu, namanya Haikal. Ish, kau ni suka sangat panggil dia macam itu.”

Widya tersengih. “Mana la aku nak ingat nama dia.”

Alyana menghela nafas. Dalam hatinya, hanya Allah yang tahu betapa rindunya dia pada Haikal. Sudah dua minggu Haikal tidak keluar lunch bersamanya. Mungkin juga lelaki itu sibuk. Maklum lah, bakal CEO kan?

Hmm... Haikal si KitKat Lover, ingat lagi ke awak pada saya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience