PART 2

Romance Completed 8268

Alyana menanda buku latihan anak muridnya. Sesekali dia menggaru kepala tidak faham jalan kerja yang ditulis oleh mereka.

“Alya, kau tak nak balik ke?” soal Tania, rakan sepejabat Alyana.

Alyana mengangkat wajah memandang Tania yang berdiri di hadapannya. Belum boleh lagi, Nia. Banyak lagi buku yang nak ditanda.”

Tania menggeleng kecil. Kawannya seorang itu sememangnya kuat bekerja. Kerjanya jarang sekali dibawa pulang. “Bawak baliklah buku-buku tu. Bukannya kau tak boleh buat kat rumah. Lagipun sekarang dah masuk waktu Maghrib dah.”

Alyana mengerling jam tangannya yang berwarna merah jambu. Jam menunjukkan pukul 7.31 malam. Betul lah, dah masuk waktu. “Tapi aku tak nak bawak kerja aku kat pejabat balik rumah. Kau tahukan, prinsip aku. Hal kerja selesaikan di pejabat. Hal keluarga pula selesaikan kat rumah.”

Tania menghela nafas. “Dah tu, takkan kau nak tinggal kat sini sorang-sorang. Mak kau tak marah ke kau balik lambat?”

Alyana mengetap bibir. Ya tak ya juga! Umi memang akan membebel kalau aku dan adik-beradik aku yang lambat balik rumah. Huh! Tak boleh jadilah! “Okey, fine! Aku balik sekarang. Tapi sebelum tu, aku nak pergi solat dulu. Kau nak balik dulu, baliklah. Aku boleh kunci pintu nanti.”

Tania tersenyum lega. “Tak apa ke aku balik dulu?”

Alyana mengemas buku-buku latihan yang ingin dibawa pulang. “Pergilah balik. Kau mesti penat. Jangan risau, aku boleh jaga diri.”

“Okeylah. Aku balik dulu. Assalamualaikum.” Tania meminta diri untuk pulang.

Alyana sekadar mengangguk. Salam yang diberi dijawab di dalam hati. Usai mengemas, dia berjalan ke surau untuk bersembahyang.

Selesai sahaja menunaikan kewajipannya sebagai seorang Muslim, Alyana mengambil beg tangan dan buku-buku yang hendak dibawa pulang. Dia berjalan keluar dari pusat tuisyen itu setelah mengunci pintu.

Alyana melangkah menghampiri kereta Polo Sedannya. Dia membuka pintu penumpang belakang lalu meletakkan buku-buku tadi. Setelah menutup pintu itu, dia masuk ke dalam kereta dan duduk di kerusi pemandu.

Alyana menghidupkan enjin kereta. Dia menghembus nafas perlahan. Aduhai, teringinkan KitKat Chunky lah pulak!

Jari-jemarinya mengetuk stereng kereta. Dia masih belum mula memandu lagi. Dia sedang berkira-kira mahu membeli coklat kegemarannya ataupun tidak.

“Haisy, tak boleh jadilah kalau macam ni!”

SEMENTARA itu, Haikal memandu keluar dari perkarangan syarikat bapanya. Dia ingin pulang ke kediamannya. Sebelum sampai ke rumah, Haikal memberhentikan keretanya di hadapan sebuah kedai runcit. Dia ingin membeli coklat kegemarannya.

Haikal meronda kedai itu. Habis satu kedai dia meronda. Hampa terasa hati kerana coklatnya tidak dijumpai. Dia melangkah ke kaunter pembayaran. “Uncle, coklat KitKat Chunky perisa Hazelnut sudah habis ke?” soalnya pada tauke kedai itu.

Tauke kedai yang sedang mengira duit menjawab tanpa menoleh, “Ada, di ruangan coklat. You yang tak cari betul-betul. Itu coklat banyak laku hari ini. Jadi, tak banyak yang tinggal.”

Haikal mengangguk faham. Dia pantas mengorak langkah menuju ke ruangan coklat. Di situ, dia terjumpa seorang gadis sedang mencari sesuatu. Haikal malas mahu mempedulikan gadis itu. Dia terus mencari coklat yang diinginkannya.

Tak lama kemudian, matanya tertancap pada satu kotak. Di dalam kotak itu terdapat satu KitKat Chunky berperisa Hazelnut. Hanya tinggal satu sahaja. Dia pantas mencapai coklat itu namun pergerakannya terbantut tatkala melihat satu lagi tangan ingin mencapai coklat itu.

“Ehh, KitKat ni saya punya! Awak nak, pergilah kedai lain,” ujar Haikal.

Alyana mencerlung tajam. Dia sememangnya tidak kenal siapa lelaki di hadapannya itu. Tapi, apa yang penting sekarang ni, dia mahukan KitKat kegemarannya itu. “Tak nak! Awaklah sepatutnya pergi kedai lain. Kitkat yang last ni, saya punya!” ujarnya tidak mahu mengalah.

Haikal yang juga tidak mahu mengalah membalas, “No way! Saya baru balik dari kerja penat-penat datang ke sini untuk beli KitKat. Awak jangan nak rosakkan hari saya pulak.”

Alyana menjungkitkan kening sebelah. “Saya rosakkan hari awak? Please lahh... Awakkan lelaki. Awak patutnya mengalah and pergi kedai lain.”

Haikal meraup wajah. “Fine. Macam nilah! Awak dan saya undur lima langkah. Dalam kiraan tiga, siapa awal sampai sini. Dia yang dapat KitKat ‘limited edition’ ni. Setuju?” ditekankan perkataan ‘limited edition’ itu.

Alyana berfikir sejenak. Maknanya kena joging ataupun larilah untuk dapatkan KitKat ni? Aku dahlah pakai high heels lagi nak lari. Tapi... takpe demi KitKat, lautan api sanggup ke redahi. Ceh, minum air panas pun nak kena tiup! Piraahh.. “Okey, saya setuju.”

Haikal dan Alyana mengundur lima langkah.

“Satu...”

“Dua...”

“Ti...ga!”

Laju Haikal dan Alyana melangkah menghampiri rak yang menempatkan KitKat Chunky. Alyana berusaha berjalan sepantas yang boleh. Sudahlah dia memakai kasut tumit tinggit, berbaju kurung. Harapnya tumit kasutnya tidak patah dan kainnya tidak terkoyak.

“Yes, saya menang!” Sorak Haikal kegembiraan. Tanpa berlengah lagi, dia terus pergi ke kaunter pembayaran.

Alyana mengeluh hampa. Dia pulang ke rumah tanpa coklat kegemarannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience