PART 12

Romance Completed 8268

Haikal berdiri di balkoni rumahnya. Kepalanya didongak memandang bulan dan bintang di langit. Sungguh indah ciptaan Allah.

“Haikal...” satu suara memanggilnya dari arah belakang.

Haikal menoleh. Dia tersenyum tatkala mendapati ibunya, Puan Sri Azira.

“Haikal buat apa sorang-sorang kat sini? Tak nak tidur ke?” soal Puan Sri Azira prihatin.

“Haikal tengok bintang. Lagipun Haikal tak rasa nak tidur lagi.”

Puan Sri Azira mengangguk faham. “Hmm... Boleh mama tanya sesuatu?”

Haikal tergelak kecil. “Sejak bila pulak mama minta izin sebelum bertanya?”

Puan Sri Azira tersenyum kecil. Dia dapat lihat di mata Haikal. Ada cahaya cinta di situ. “Haikal ada teman wanita? Kawan perempuan yang rapat ke?”

Haikal mengerutkan kening. Dia menggeleng. “Kenapa mama tanya?”

Puan Sri Azira menjawab, “Mama tanya sebab mama rasa macam anak sulung mama ni jatuh cinta dengan seseorang.”

Haikal terdiam seketika. Adakah mamanya sudah tahu bahawa dirinya telah jatuh hati pada Alyana? Haikal gelak bagi menghilangkan rasa gementar. “Takde lah ma. Merepek aje.”

Puan Sri Azira membuat muka serius. “I know you lie to me. Please be honest with me, my son. I know you're in love. I can see it through your eyes.”

Haikal terkedu. Dia tau kalau mamanya sudah berkata dalam bahasa inggeris, dia tidak boleh mengelak lagi. Haikal menghela nafas panjang. Matanya kembali memandang ke langit.

“Haikal...”

Haikal mengeluh. “Yes. I admit it. Haikal memang dah suka kat seseorang.”

Puan Sri Azira berdiri di sebelah anaknya. “Who is it?”

Haikal mengetap bibir. Dia menoleh memandang wanita yang melahirkannya itu. “Alyana. Guru tuisyen Hannah.”

ALYANA memandang langit yang terbentang luas yang ada bintang-bintang dan bulan. Bibirnya mengukir senyuman secara tiba-tiba. Dia teringat akan Haikal, lelaki yang dikenalinya disebabkan coklat KitKat.

Walaupun baru sahaja mengenali, dia yakin bahawa Haikal lelaki yang baik. Pernah sekali lelaki itu mengajaknya solat di masjid sebaik sahaja terdengar bunyi azan.

Alyana menggeleng tiba-tiba. Apahal aku ni? Macam angau je... Takkan la aku jatuh cinta pada Haikal kot? Tapi masa aku dengan Zakri dulu, takde la teruk macam ni.

Alyana geleng lagi. Hisy, boleh jadi gila aku macam ni!

WIDYA berjalan menghampiri meja Alyana. Dia berhenti apabila dia sampai di hadapan meja Alyana.

Alya yang sedang menanda buku anak muridnya mengangkat wajah. Keningnya berkerut. Dia mengangkat sedikit dagu tanda bertanya, ‘apa?’

Widya membetulkan kaca matanya. “Alya, ni aku nak tanya ni. Lelaki yang selalu datang sini, lunch dengan kau tu, tunang kau ke?”

Dahi Alyana makin berkerut. Dia geleng laju. “Tak... TaklaH. Dia tu kawan aje.”

Widya mengangguk faham. Bibirnya terbentuk huruf O. “Tunang kau tak marah ke kau keluar dengan lelaki tu setiap hari?” soal Widya pelik. Takkan la tunang Alyana ni tak jealous tengok Alyana dengan lelaki lain? Alien ke apa mamat tu?

Alyana tersenyum pahit dengar soalan Widya. Iyalah kan, bagaimana tunangnya nak cemburu jikalau mereka sendiri telah putus pertunangan? “Actually Widya, aku dah lama putus tunang.”

Widya terkejut. “Are you serious?”

Alyana mengangguk.

“Siapa putuskan?”

Alyana menarik nafas dalam-dalam. “Aku. Sebabnya, kau tak perlulah tau. Aku malas nak bukak kisah lama.”

Widya mengangguk tanda berkata okey. “Eh, tapi kan, aku tengok kau dengan lelaki tu sama padan. Secocok! Suka aku tengok.”

Alyana tergelak. “Ish, ada-ada je lah kau ni, Widya!”

Widya berkata lagi, “Betullah apa yang aku cakap.”

Alyana senyum. Widya turut sama senyum. Dia tahu bahawa Alyana sudah jatuh cinta pada lelaki itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience