PART 7

Romance Completed 8268

“Awak lagi?!” teriak mereka serentak.

“DAH takde perempuan lain ke yang saya boleh terjumpa? Asyik muka awak aje... Bosan tau tak?” soal Haikal.

Alyana mengetap gigi geram. “Eh, awak fikir saya nak sangat tengok muka awak. Macam hensem je... Anak lelaki mamak kat gerai hujung jalan rumah saya tu lagi hensem tau?!”

Hannah yang melihat abangnya bergaduh dengan guru tuisyennya berasa bingung. “Err... Cikgu dengan abang dah berkenalan ya?”

“Ehh... siapa entah kenal dengan dia?” sindir Haikal dan Alyana serentak.

Mereka berdua merenung tajam antara satu sama lain. “Jangan ikut apa yang saya cakap!”

Sekali lagi mereka bercakap dengan serentak. Kemudian serentak lagi, mereka mendengus. Mereka berdiri membelakangi antara satu sama lain.

“Abang dengan cikgu boleh tak berhenti bergaduh?”

“Tak boleh!” teriak mereka serentak lagi.

Hannah yang semakin buntu menggaru kepalanya. Aduih, macam mana nak leraikan pergaduhan diaorang ni ehh? Ermm...

Tiba-tiba di kepala Hannah seakan ada satu mentol besar. “Kalau abang dengan cikgu tak nak berhenti gaduh, takpe lahh... Hannah baru ingatkan nak bagi coklat KitKat kat abang dengan cikgu. Nampaknya, coklat tu, Hannah makan seorang diri sajalah,” umpannya.

Dan umpannya mengena! Serentak itu, Haikal dan Alyana memandang Hannah. Mata mereka bercahaya. “Nak KitKat!!!”

HAIKAL sedang menyiapkan kerjanya di dalam bilik. Dia begitu sibuk pada hari itu. dia sedang mengendalikan satu projek besar. Kebolehannya dalam mengendalikan projek itu juga akan menjadi tiket untuk dia naik pangkat dan mengambil alih syarikat papanya.

Tiba-tiba pintu biliknya diketuk perlahan sebelum dikuak dari luar. Kelihatan kepala Hannah terjengul memandang abangnya. “Abang sibuk ke? Adik nak cakap dengan abang kejap boleh?”

Haikal menjawab, “Sibuklah jugak. Masuklah. Adik nak cakap apa?”

Hannah melangkah masuk ke dalam kamar abangnya. Dia duduk di birai katil. “Macam mana abang boleh kenal Cikgu Alyana eh?” soalnya ingin tahu.

Haikal menghela nafas. Dia memusingkan badannya menghadap adiknya. “Kita orang pernah berebut KitKat.”

Hannah terkejut. Dia cuba membayangkan kejadian perebutan kitkat di antara abangnya dengan cikgunya. Kemudian, dia menggeleng. Susah betul nak bayangkan! Kalau terjadi pada budak-budak kecil logiklah jugak! Ini wanita yang berusia 24 tahun dan lelaki berusia 27 tahun. agak-agaknya apalah yang berlaku ehh?

“Adik!”

Hannah tersentak mendengar panggilan abangnya. “Apa?”

Haikal merengus. “Ish, adik ni! Penat abang cakap, adik mengelamun pulak. Dah bercita-cita nak jadi macam Mat Jenin ke?” sindirnya.

Hannah memuncung. “Sindirlah, ejeklah! Adik tak nak bagi KitKat...”

Haikal membuntangkan matanya luas. “Alaaa, adik! Okey, okey! Abang tak ejek atau sindir dan seangkatan dengannya lagi.”

Hannah menyembunyikan senyumannya. Senang sangat nak ugut abangnya. Dia memandang Haikal atas bawah. “Boleh percaya ke?”

“You can trust me, dear. I'm not the man that isn't keeping his promises.” Haikal mengeluarkan kata-kata manis.

Hannah memeluk tubuh. Dia memutarkan bebola matanya. “Haisy, menyampah! Siapa punya abanglah ni? Dasar sweet talker betul!”

Haikal tersengih. “Abang adiklah. Abang siapa lagi?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience