PART 15

Romance Completed 8268

Haikal terasa kusut. Dirinya langsung tidak terurus pada hari itu. Kemeja tidak dimasukkan ke dalam seluar sepenuhnya. Tali leher juga tidak diikat dengan kemas. Rambut tidak disisir rapi.

Sejak mengetahui dirinya akan dikahwini pada hujung minggu hadapan, dirinya terus jadi sebegitu. Kata mama, dia kenal siapa bakal isterinya itu. Namun, bagaimana dia mahu tahu siapa sedangkan dia sendiri tidak tahu nama penuh perempuan itu. Haikal cuma tahu, bakal isterinya itu ada nama Nur. Kalau ikutkan ramai juga orang yang dikenalinya bernama Nur.

Tambah-tambah lagi hati Haikal sudah terpaut pada Alyana, guru tuisyen adiknya. Bagaimana dia mahu berkahwin dengan orang lain sedangkan hatinya penuh dengan nama Alyana?

Sungguh Haikal buntu. Dia menyandar pada kerusinya. Dia mengambil telefon pintarnya di atas meja. Dia membuka telefonnya. Terpapar wajahnya bersama Alyana yang ditetapkan sebagai wallpaper.

Sudah hampir sebulan Haikal tidak bersua muka dengan Alyana. Semuanya gara-gara perkahwinan yang diatur ini. Tolong lah! Ingat ni novel ke apa? Sampai nak jodohkan aku dengan Nur yang entah siapa-siapa tu?!

Haikal mengeluh. Dia mengusap wajah Alyana di skrin telefon. Alyana, I miss you so much!

SEHARI sebelum hari pernikahan, Haikal baru selesai berjumpa dengan kliennya. Kebetulan kafe tempat dia bertemu dengan klien itu berdekatan dengan pusat tuisyen tempat Alyana bekerja. Haikal berjalan menuju ke keretanya. Telefon pintar dibelek. Dia sedang memeriksa jadual kerjanya.

Almaklum lah, orang takde secretary macam dia ni, semua kerja kena buat sendiri. Siapa suruh tak nak ambil setiausaha, kan?

PADA masa yang sama, Alyana turun untuk makan tengah hari. Hari ni dia hanya lunch seorang diri. Kebiasaanya dia akan pergi bersama Widya dan Tania ataupun duduk sahaja dalam pejabat.

Tetapi hari ni, Alyana berasa dia ingin berseorangan tanpa peneman. Sambil melangkah turun, dia menyelak buku rujukan.

Tiba-tiba Alyana terlanggar dengan seorang lelaki. Buku rujukan di tangannya tercampak ke bawah. Bagaikan dipukau, Alyana berdiri kaku

Lelaki itu mengutip buku rujukan milik Alyana. “I believe this is yours, Alyana,” ujar Haikal seraya menghulurkan buku itu.

Alyana menyambut teragak-agak. Apabila buku itu kembali di tangannya, dia mengucapkan terima kasih.

Haikal merenung wajah gadis yang dirinduinya saban hari. Alyana segan apabila menyedari dirinya ditenung oleh lelaki yang dicintainya dalam diam. Baru sahaja Haikal mahu membuka mulut, Alyana pantas meminta diri, “Ermm... saya kena pergi. Maaf!”

Haikal cuba menahan tetapi Alyana lebih laju melangkah. Dia hanya mampu melihat dari jauh. Alyana, please don't go!

Alyana menahan air matanya dari terjatuh. Maafkan saya, Haikal.

HANNAH mengerutkan kening. Dia pelik melihat abangnya yang termenung di balkoni. Dia sedar bahawa abangnya tidak banyak bercakap sejak dapat tahu dia kena kahwin pada esok hari.

“Abang!” Panggil Hannah.

Haikal tidak menunjukkan sebarang respon.

Hannah menggaru kepala yang tidak gatal. Abang aku ni kenapa? Orang panggil pun tak dengar. “Abang!” Hannah memanggil sekali lagi.

Haikal tetap tidak menunjukkan respon.

Hannah mengeluh berat. Sejak bila entah abang aku ni jadi pekak bin badak! “Haikal Asyraf bin Hazqiel!”

Haikal tersentak. Dia mengurut dada. Kepala ditoleh. “Lahaii, adik rupanya! Buat terkejut abang saja! Ada apa sampai panggil nama penuh abang ni?”

Hannah memeluk tubuh. “Abang ni kenapa? Berpuluh kali adik panggil abang, tak dengar pun!”

Ceh, hiperbola betul Hannah ni! Iya-iya kata bepuluh kali, padahal baru dua kali dia panggil!

Haikal menjungkitkan kening sebelah. Tak lama kemudian dia geleng. “Tak de apa-apa lah! Abang saja tengok bulan. Dah la abang nak tidur. Esok kena salam tok kadi!”

Haikal terus berlalu menuju ke biliknya. Hannah yang ditinggalkan seorang diri di balkoni terpinga-pinga. Betul ke tu abang aku? Jangan-jangan alien tak? Setahu aku, abang aku ni mulut macam murai, bising memanjang. Ni, diam aje...

Hannah pula yang terasa rindu dengan sikap abangnya yang kecoh tak ingat dunia tu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience