PART 1

Romance Completed 8268

Haikal Asyraf bertungkus-lumus mengemas meja kerjanya. Dia sungguh tidak terurus pada ketika itu. Rambutnya tidak lagi kemas seperti waktu awal dia masuk ke pejabatnya. Ah, serabutnya otak aku! Sudahlah meeting start nak dekat...

Mata Haikal hampir tersembul keluar. Tak lebih dari lima minit?! Oh tidak! Mampuslah aku!

Haikal terus mengambil fail dan segala yang diperlukan untuk mesyuarat nanti. Dia melangkah keluar dari biliknya. Langkahnya laju menghampiri bilik mesyuarat. Dia masuk ke dalam bilik mesyuarat.

Belum sempat Haikal membuka pintu, Tan Sri Hazqiel menghalang. Dia mengeluh. Ni mesti nak marah aku datang lewatlah tu! Rungutnya dalam hati.

“Sebelum jumpa klien ataupun bermesyuarat atau seangkatan dengannya, make sure penampilan elok dipandang orang.”

Haikal mengerutkan kening. Dia keliru mendengar kata-kata lelaki separuh umur itu. Ni apa ke hal pulak, cakap pasal penampilan ni?

Seakan memahami apa yang berlegar di fikiran jejaka itu, Tan Sri Hazqiel menunding jari ke arah rambut Haikal. Kemudian, dia melangkah masuk ke dalam bilik mesyuarat tanpa berkata apa-apa.

Haikal melopong. Apa pasal pulak pergi tunjuk rambut aku? Dia meramas rambutnya. Baru dia faham. Allah! Rambut aku tak betul rupanya!

Haikal pantas mengeluarkan sikat yang sentiasa dibawanya di dalam poket. Dia menyisir rambutnya rapi sebelum melangkah masuk ke dalam bilik mesyuarat.

Tan Sri Hazqiel Amar, pemilik syarikat itu tersenyum memandang Haikal yang baru sahaja masuk, “Haikal dah sampai? Baguslah. Boleh kita mulakan perbincangan sekarang? Memandangkan semua orang sudah berada di sini.”

Semua orang di dalam bilik mesyuarat itu mengangguk setuju.

USAI sahaja mesyuarat tamat, Haikal berjalan ke bilik Tan Sri Hazqiel. Dia mengetuk pintu. Tatkala mendengar suara lelaki berusia itu mengarahnya supaya masuk, barulah Haikal menguak pintu.

“Ada apa papa panggil Haikal masuk ni?” soal jejaka itu. Dia melabuhkan punggung di atas kerusi berhadapan dengan bapanya.

Tan Sri Hazqiel menghela nafas. “Sampai bila kamu nak jadi macam ni? Meeting, jumpa klien lambat. Uruskan masa tu betul-betul. Itulah, papa suruh ambil setiausaha tak nak. Kan dah susah.”

Haikal mengeluh perlahan. Dia bermain dengan jari-jemarinya. “Bukan Haikal tak nak, pa. Tapi... Haikal tak sukalah. Bagi Haikal, selagi Haikal rasa boleh handle sendiri, Haikal tak perlukan secretary mahupun PA.”

“Isteri?”

Haikal menggeleng, “Juga Haikal tak mahu.”

Tan Sri Hazqiel menyoal lagi dengan kening sebelah kiri terjungkit, “Jadi kamu tak mahu berkahwin? Tak teringin nak ada keluarga sendiri?”

Haikal memandang wajah bapanya. “Ehh... Takde lah sampai macam tu! Papa ni pun... Siapa tak nak kahwin, pa? Cuma, Haikal belum bersedia lagi nak berumah tangga ni.”

Tan Sri Hazqiel terdiam. Dia sebenarnya teringin juga melihat anaknya berkahwin. Teringin juga menimang cucu. Namun apa kan daya, Haikal ni, kalau dia kata A. Maka, A lah yang akan dilakukan. Kalau dia kata B, B lah jawabnye. Nak kata umur baru masuk 20-an tak juga. Haisy... Nak tunggu adik si Haikal ni pulak. Dia pun baru je habis sekolah. Takkan nak disuruh kahwin pulak?

Tan Sri Hazqiel menggeleng kecil. “Terpulanglah pada kamu. Papa dah malas mahu berkata hal ini lagi. Jangan sampai dah tua bangka masih tak bersedia sudahlah...”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience