PART 13

Romance Completed 8268

Alyana mencampakkan diri ke atas katil. Dia bergolek-golek di atas katil.

“Oi, pergi mandi! Bergolek pulak anak dara sorang ni atas katil.” Suara Azwan kedengaran.

Alyana buat tidak dengar.

Azwan hanya menggeleng kepala. Dia melangkah keluar dari bilik adiknya.

Alyana duduk bersila di atas katil. Dia turun dari katil lalu berjalan ke meja solek. Dilabuhkan punggung di atas kerusi. Pin-pin tudung yang tersemat di tudung dibuka. Usai membuka semua pin, dia menanggalkan tudung shawlnya. Tuala yang tergantung di penyidai dicapai. Langkah diatur ke bilik air.

Usai mandi, Alyana memakai baju. Kemudian, dia menyikat rambutnya yang panjang separas pinggang. Rambutnya diikat ekor kuda.

Alyana keluar dari bilik dan turun ke tingkat bawah. Dia lihat adik-adiknya, Aizat dan Afwan mengulangkaji pelajaran. Aizat bakal menduduki peperiksaan SPM pada bulan November nanti manakala Afwan pada tahun hadapan.

Adik Alyana yang bernama Akmal pula tinggal di rumah sewa berdekatan dengan Universiti Teknologi Petronas di Perak.

Alyana menarik satu kerusi lalu duduk. Dia melihat Aizat dan Afwan mengulangkaji.

“Angah, tolong acu. Acu tak fahamlah apa yang soalan ni nak,” ujar Afwan. Jarinya ditunding pada soalan lapan belas subjek Matematik Moden.

Alyana membaca soalan itu. Dia senyum tepi. Hmm... ni soalan selesaikan masalah! Padanlah adik aku ni tak boleh nak jawab. Kemudian, Alyana mengajar adiknya cara untuk menyelesaikan masalah Matematik.

Puan Nurin muncul dari dapur dengan pinggan yang terisi cucur udang. Pinggan itu diletak di atas meja. “Angah, umi ada benda nak cakap. Acu, Achik, pergi main kat luar.”

Aizat melihat jam di dinding. “Tapi, umi, awal lagi. Baru pukul 4 petang. Kita orang selalu keluar pukul 5.”

Puan Nurin mengeluh.

“Banyak pulak cakap. Umi dah bagi kamu keluar awal tu dah kira baik dah, dari tak bagi keluar langsung?” Marah Alyana.

Aizat mengalah. “Yalah. Acu, jom!” Ajaknya. Tangan sibuk mengemas buku-buku. Afwan turut sama mengemas. Usai mengemas, mereka keluar bermain.

Alyana mengambil satu cucur udang lalu disuap ke dalam mulut. “Ada apa yang umi nak cakap?”

Puan Nurin menghela nafas perlahan. “Ada orang datang semalam. Katanya nak meminang angah.”

Alyana terkejut. Siapa pulak yang nak pinang aku ni? “Siapa, umi? Umi terima ke?”

Puan Nurin tersenyum kecil. “Namanya Asyraf. Baik budaknya. Kalau angah tak kisah, umi nak terima. Umi tunggu jawapan dari angah.”

Alyana mengetap bibir. Mahu terima atau tidak?

ALYANA duduk termenung di meja belajar. Dia sedang memikirkan siapa gerangan Asyraf yang meminangnya itu. Kata umi, Asyraf mengenalinya begitu juga dirinya. “Siapa pulak Asyraf tu?”

I'm so glad you made time to see me
How's life tell me how's your family
I haven't seen them in a while

Alyana menoleh memandang telefonnya yang berbunyi di atas katil. Dia mengambil gadget itu. Terpapar nama Reena di skrin telefon. Alyana menyentuh skrin untuk menjawab panggilan tersebut.

“ALYAAA!!!!!”

Alyana menjauhkan telefon dari telinga. Pekak telinga aku macam ni! “Ya, ada apa Cik Reen? Kot ya pun hang tak payah lah menjerit! Pekak telinga aku nanti. Dah la dengan tak bagi salamnya, terus terjah. Heiii, orang Islam apa la kau ni? Salam pun tak reti nak bagi,” bebel Alyana.

Kedengaran suara tawa di talian. “Maaf, Cik Nur Alyana Muhd Fauzi. Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam. Hah, ada apa hang telefon aku ni?” Soal Alyana.

“Kau nak tau tak, Fakhrul ajak aku kahwin!!” beritahu Reena dengan rasa teruja.

Alyana terkejut mendengar berita gembira dari kawan baiknya itu. “Seriously? Wow... aku tumpang gembira, babe!”

Reena tergelak kecil. “Eh, kau tu, takde apa-apa berita ke?”

Alyana mengetap bibir. Patutkah aku beritahu? “Ermm... Reena, dekat sekolah kita dulu, ada tak lelaki nama Asyraf?”

Reena terdiam. Mungkin sedang berfikir. “Ada. Tapi kenal macam tu je la... Awat?”

Alyana menghela nafas. “Ada orang pinang aku. Namanya, Asyraf.”

Reena terkejut. “Serious ke? Apa nama penuh dia? Gambar dia ada bagi tak?”

Alyana baru teringat tentang nama penuh. “Haah la, aku lupa nak tanya nama penuh kat umi aku tadi.Gambar? Takde lah pulak. Kalau ada bagi, mesti umi aku tunjuk.”

Reena mengangguk faham. “Hmm...”

Alyana mengeluh. “Aku nak tau sangat siapa dia tu.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience