PART 16

Romance Completed 8268

Alyana berjalan mundar-mandir di dalam biliknya. Dia masih berfikir patutkah dia berkahwin dengan orang yang tidak dikenali? Atau dia lari saja?

Alyana geleng laju. Langkahnya terhenti. “Lari? Dah macam dalam drama pulak! Tapi... macam mana aku nak kahwin dengan orang lain sedangkan hati aku terpaut pada orang lain? Aduh, kusut kepala aku!” Kepalayang tidak gatal itu digaru.

Tiba-tiba pintu dikuak dari luar. Kelihatan Reena dan Hannah berdiri di muka pintu. “Ya Allah, Alya! Kau tak siap lagi. Majlis akad nikah dah nak mula. Pihak lelaki pun dah sampai dah tu! Kau ni, make up pun belum, baju pun tak tukar lagi!” Bebel Reena.

Alyana membuat muka simpati. “Aku tak nak kahwin!”

Reena bercekak pinggang. “Kau jangan nak mengada-ngada Alya! Pihak lelaki dah sampai pun kau nak buat perangai lagi!”

Hannah yang dari tadi berdiam diri, memujuk, “Cikgu, jangan lah macam ni cikgu. Mungkin dah tersurat jodoh cikgu dengan abang saya...”

“Kejap, abang awak?” Potong Alyana. Dia menggaru kepala. Berapa banyak abang Hannah ni ada?

Hannah mengangguk. Dia pula yang keliru. “Ye lah abang saya. Abang saya kan Haikal Asyraf namanya?”

Alyana ternganga.

HAIKAL meramas tangannya. Walaupun dia tidak mencintai Nur, bakal isterinya, tapi dia tetap berasa gemuruh. Dia mengeluh perlahan. Alyana, saya cintakan awak. Tapi mungkin sudah takdir Allah, kita tidak berjodoh.

Tiba-tiba terasa getaran di dalam poket menandakan ada panggilan masuk. Memang Haikal sengaja set telefonnya kepada mod silent. Dia mengeluarkan telefonnya dari dalam poket. Keningnya berkerut.

Alyana

Haikal menjawab panggilan itu. “Hello?”

“Hai, abang!” Kedengaran suara Hannah di talian.

Makin berkerut dahi Haikal. Kenapa pulak adiknya pegang telefon Alyana? “Ada apa?”

“Sorry, adik call abang pakai telefon Cikgu Alyana sebab telefon adik ada pada mama. Adik nak cakap, walau apapun, tolong jangan batalkan pernikahan abang ni. Sebab abang akan menemui kebahagiaan bersama your future wife. In shaa Allah. Itu je, bye!”

Belum sempat Haikal ingin bertanya lebih lanjut, talian dimatikan. Dia mengeluh. Kebahagiaan?

AKHIRNYA, Haikal selamat bergelar suami kepada Nur Alyana binti Muhd Fauzi. Dan tanpa disangka, Nur, isterinya itu adalah Alyana, wanita yang dicintainya.

Haikal mengucapkan syukur kepada Ilahi kerana dia berjodoh dengan Alyana.

Haikal menghampiri Alyana yang sedang melihat bulan dan bintang di balkoni. Perlahan-lahan dia melangkah agar isterinya itu tidak menyedari akan kehadirannya.

“BAAA!!!” Jerit Haikal.

Alyana yang terkejut, menjerit sekuat hati. Tangannya menumbuk-numbuk Haikal yang ketawa. “Eeee... Awak ni saja buat saya terkejut!” Marahnya.

Haikal hanya tertawa.

Alyana memeluk tubuh. Wajahnya mencuka. Dia berjalan menuju ke kamar. "Awak tidur luar malam ni!" Pintu bilik ditutup.

Haikal masih tertawa. Tiba-tiba tawanya terhenti. Eh, dia ada kata tidur luar ke tadi? Haikal terus berjalan ke bilik. Dia cuba membuka pintu namun tak berjaya keranaintu itu dikunci dari dalam. Pintu bilik diketuk. “Alyana sayang, jangan lah macam ni! Saya janji saya tak buat lagi. Alyana!”

Sementara itu, di dalam bilik, Alyana ketawa terkekeh-kekeh mendengar rayuan suaminya. Padan muka! Siapa suruh terkejutkan aku? Ini lah padahnya, rasakan!

Alyana berjalan ke katil. Dia melabuhkan punggung di birai katil. Bibirnya terukir senyuman lebar. Terima kasih, Ya Allah kerana Engkau jodohkan aku dengan lelaki baik seperti Haikal. Alyana merebahkan diri. Matanya dipejam.

Haikal yang berada di luar bilik, sudah berputus asa. Dia pergi ke bilik tetamu. “Hmm... Apa lah nasib malam pernikahan aku kena tidur luar. Padan muka kau Haikal! Terkejutkan isteri kau lagi! Taubat, aku tak nak kenakan dia dah!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience