PART 11

Romance Completed 8268

Malam itu...

Haikal menghempaskan punggung di atas sofa empuk. Dia menyandarkan tubuhnya.

Tan Sri Hazqiel menghela nafas. “Kamu ke mana tadi? Pagi keluar, petang baru nampak muka..”

Haikal tidak menjawab sebaliknya dia menggaru belakang leher. Akalnya mencari jawapan.

“Ni lagi satu, apahal cakap pada Mukhriz kamu ada kat rumah? Tapi sebenanrnya kamu bukan ada pun kat rumah. Kenapa nak tipu dia?”

Haikal meraup wajah. “Kan Haikal dah cakap, Haikal pergi jumpa kawan. Yang pasal Mukhriz tu, Haikal dah on the way nak balik, cakap ajelah kat rumah.”

Tan Sri Hazqiel mengangguk. “Siapa kawan kamu tu? Perempuan ke lelaki?” soalnya ingin tahu.

Haikal mengetap bibir. Pelik juga tiba-tiba papanya tanya perihal kawannya. “Kenapa papa nak tahu?” soalnya tanpa menjawab soalan yang diajukan.

“Haikal anak papa, mesti papa nak tahu.”

“Kalau lelaki kenapa? Perempuan pun kenapa?”

Tan Sri Hazqiel mengeluh, “Ish, anak aku ni lah... banyak pulak tanya, jawab je lah!”

Haikal tersengih. “Takde la, pa. Pelik tetiba papa tanya banyak ni.”

“Nak jawab ke tidak? Kalau tak nak, tak payahlah, papa gi solat. Isyak dah nak masuk ni, ingat nak sembahyang jemaah.”

“Ha, boleh jugak tu! Papa nak pergi masjid ke? Haikal ikut sekali eh?” laju saja anak muda itu mengalihkan topik perbualan.

Tan Sri Hazqiel hanya mampu geleng kecil. Anak lelakinya itu memang pandai saja nak lari dari topik utama.

HAIKAL merebahkan diri di atas katil. Dia terus masuk ke biliknya sebaik sahaja pulang dari masjid untuk menunaikan solat Isyak secara berjemaah. Malas dia mahu berehat di ruang tamu. Dia tahu pasti bapanya akan menyoalnya lagi seperti tadi.

Mata Haikal merenung siling biliknya. Di fikirannya terbayang wajah Alyana. Dia tersenyum sendirian. Dia sendiri keliru dengan perasaannya. Adakah dia sudah mula mencintai wanita muda itu?

ALYANA baru sahaja mahu masuk ke dalam kereta, tiba-tiba ada seseorang menghulurkan sejambak bunga ros untuknya. Dia tersenyum lalu menoleh Senyumannya mati. Zakri!

“Awak nak apa lagi, Zakri?”

Zakri menjungkitkan kening sebelah. ‘Saya nak bagi awak bunga pun tak boleh ke?”

Alyana merengus perlahan. “Bukanlah macam tu. Maksud saya, boleh tak jangan kacau hidup saya lagi? Saya rimaslah!”

Zakri menghela nafas perlahan. “Saya minta maaf Alyana. Saya tahu saya salah. Tapi please forgive me, sayang?”

Alyana mengetap gigi. “Stop calling me sayang and please leave me alone!” Alyana terus membuka pintu keretanya lalu membolos masuk. Cepat-cepat dia menutup pintu dan menguncinya. Dia memandu keluar dari parkir meninggalkan Zakri.

Zakri menggigit bibir bawah melihat bekas tunangnya meninggalkan dirinya. Bunga ros tadi dicampaknya ke bawah. “Arghhh!”

“HAI!” Sapa Alyana.

Haikal yang membaca surat khabar mendongak. Dia memberikan senyuman buat wanita itu. “Hai! Duduklah.”

Alyana duduk bertentangan dengan Haikal. “Maaf saya lambat. Lama ke tunggu?” Soal Alyana. Dia bimbang sekiranya dia membuat lelaki itu menantinya lama.

Haikal memandang jam di tangan. Dia geleng. “Tak lama mana lah. Lagipun saya sanggup tunggu awak walaupn memakan masa bertahun-tahun.” Ayat terakhirnya ditutur dengan nada sangat perlahan. Haikal tidak mahu Alyana mengetahui bahawa dia sudah menyimpan perasaan terhadapnya.

Alyana senyum. “Awak dah order ke belum?”

Haikal tersenyum lega. Dia lega apabila Alyana tidak mendengar ayat terakhirnya tadi. “Belum. Saya tunggu awak.” Haikal menggamit seorang pelayan lelaki untuk mengambil pesanan mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience