PART 9

Romance Completed 8268

Haikal dan Alyana menunggu makanan yang telah dipesan. “Ermm... Why not kita berkenalan balik? I mean, awak kenalkan diri dan saya kenalkan saya. Awak tahukan pertemuan pertama kita...”

Alyana mengangguk. “You go first.”

Haikal menghela nafas. “Okey, saya Haikal Asyraff bin Tan Sri Hazqiel. Saya adalan pembantu pengarah urusan di syarikat bapa saya. I'm 27 and single.”

Alyana mengerutkan dahi. Perlu ke single tu? “Baiklah, saya Nur Alyana binti Fauzi. Saya guru Sejarah dan Matematik di sebuah pusat tuisyen. I'm 24.”

Haikal bertanya, “Berapa orang adik-beradik awak? Siapa dan berapa umur mereka?”

Alyana mengerutkan kening. Perlu ke tahu pasal tu? “Seorang abang, Muhamad Azwan yang berusia 29 tahun dan tiga orang adik lelaki. Muhamad Akmal, Muhamad Aizat, dan Muhamad Afwan. Berusia 20, 17 dan 16 tahun.”

Haikal terkejut sedikit. “Tak sangka awak seorang saja perempuan dalam adik-beradik awak. Abang awak dah kahwin ke?”

Alyana mengangguk. “Awak kenapa asyik tanya pasal keluarga saya je?”

“Awak dah tahu pasal keluarga saya, kan? Apa salahnya, saya nak tahu pasal awak pulak?” soal Haikal.

Alyana mengeluh. “Okey, fine.”

Makanan mereka sudah pun tiba. Mereka menikmati makanan itu. Sesekali Haikal menyoal.

“Awak memang minat mengajar ya?”

Alyana mengangguk lagi.

“Ermm... lelaki yang haritu tu, your fiancé?” soal Haikal teragak-agak.

Alyana menegaskan, “Ex-fiance. Saya putuskan pertunangan saya depan mata awakkan?”

Haikal mengetap bibir. “Dia tu... pilihan keluarga awak atau...”

“He's my first love. Kami bercinta dari zaman universiti lagi. Kami bersama selama hampir empat tahun. Selepas tamat belajar, keluarganya datang meminang saya dan kami bertunang. Pada awal usia pertunangan kami, kami seronok dan setia menanti hari bahagia itu tiba. Sepatutnya tempoh kami bertunang hanya enam bulan. Tetapi, Zakri asyik menangguh-nangguh.

Sejak itu, kawan-kawan saya semua cerita, Zakri pernah keluar dengan perempuan dekat shopping mall, dekat cinema, dekat restoran. Berbeza-beza perempuannya. Saya tak tahu nak buat apa lagi. Bila saya tanya, dia jawab, klien, kawan, staff. Macam-macam alasan dia. Saya sendiri tak tahu nak percaya statement yang mana satu. Tapi, Zakri tunang saya, jadi, saya cuba untuk percayakan dia. Selagi saya tak nampak depan mata, selagi itulah saya akan terus percayakan Zakri.”

Alyana mengukir senyuman puas hati. “Dan akhirnya, Allah makbulkan juga doa saya. Allah tunjukkan sikap Zakri yang sebenar-benarnya. Dan saya amat bersyukur kerana saya sempat memutuskan pertunangan kami.”

Haikal senyum. “Mungkin ada hikmah di sebalik semua yang terjadi. Mungkin Zakri bukan lelaki yang terbaik untuk awak.”

Alyana mengangguk.

Usai sahaja makan tengah hari, Alyana dan Haikal berjalan beriringan menuju ke parkir kereta.

“Haikal, terima kasih sekali lagi tolong saya tadi,” ucap Alyana.

Haikal senyum. “Takde hal. Lagipun memang tanggungjawab kita sebagai manusia supaya saling bantu-membantu. Kalau Zakri ada kacau awak lagi, just call me. Saya akan datang tolong awak.” Dia menghulurkan kad namanya kepada Alyana.

Alyana mengangguk. “Tapi, kalau waktu itu, awak sibuk?”

Haikal mengerutkan kening. Dia berfikir sejenak. “Saya tak pasti bila saya akan sibuk dan bila saya tak sibuk. So, macam nilahh... Kalau saya tak angkat phone, you just text me your location. Saya akan datang secepat yang mungkin.”

Alyana mengangguk lagi. Hari ini dia berasa seperti menjadi seekor burung belatuk pula. Asyik angguk je dari tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience