PART 6

Romance Completed 8268

Alyana meluru ke arah keretanya yang diparkir di tempat parkir kereta. dia masuk ke dalam keretanya setelah membuka kunci dan pintu. Kereta itu terus meluncur laju meninggalkan tempat itu.

Tanpa dia sedari, Haikal hanya memerhati Alyana. Entah mengapa terbit rasa kasihan di dalam hatinya. Dia tahu bagaimana rasanya disakiti oleh orang yang kita cintai. Dia turut pernah mengalami nasib yang sama dengan Alyana. Dan itulah antara sebabnya dia tidak mahu berkahwin ataupun mempunyai setiausaha.

ALYANA memberhentikan keretanya di bahu jalan. Air matanya merembes keluar. Dia menangis teresak-esak. Hatinya bagaikan tertusuk dengan pisau yang baru lepas diasah. Sampai hati awak buat saya macam ni, Zakri? Setelah saya serahkan jiwa dan raga saya, ini balasan awak pada saya? Menyesal saya percayakan awak. “I hate you, Muhamad Zakri Irshad! I hate you! I hate you! I hate you!!”

Tangan Alyana menumbuk stereng kereta sekuat hati. Dia membayangkan stereng kereta itu adalah wajah Zakri.

DUA bulan telah berlalu...

Alyana sudah tidak mengingati Zakri. Dia memang sudah berjaya mem'buang' lelaki itu dari hidupnya. Biarlah hanya tinggal kenangan mereka berdua. Mungkin Allah tidak takdirkan mereka bersama. Mungkin Zakri bukan lelaki terbaik untuknya.

Hari itu, Alyana dijemput anak muridnya, Hannah untuk ke rumah gadis itu. katanya, ibunya ada mengadakan sedikit jamuan sempena hari lahirnya.

Alyana memakai blaus bercorak bunga-bunga kecil dipadankan dengan skirt labuh. Dia keluar dari rumah selepas menyalam tangan uminya. Sedang memakai kasut tumit tinggi, Puan Nurin memesan, “Bawak kereta tu elok-elok. Kirim salam pada ibu Hannah, ya?”

Alyana hanya mengangguk. Kemudian dia memandu keretanya keluar dari pagar rumah.

Setibanya Alyana di rumah Hannah berpandukan alamat yang diberi, dia terpaku melihat rumah itu. besarnya rumah anak murid aku ni! “Assalamualaikum!”

“Waalaikumussalam!” balas seseorang dari dalam. Pagar rumah dibuka. Kelihatan Hannah dengan matanya bercahaya meluru kea rah Alyana. “Cikgu!”

“Cikgu apa khabar?” soal Hannah prihatin. Dia menyalam tangan gurunya.

Alyana mengukir senyuman. “I'm fine. Thanks for asking me.”

Hannah mengangguk. Dia menjemput guru kesayangannya masuk ke dalam rumah.

“HANNAH!!!”

Tiba-tiba kedengaran satu suara memanggil nama Hannah. Hannah menyahut, “Iya!”

“Mari sini kejap!!!” balas suara itu dari belakang rumah.

“Cikgu masuklah dulu. Saya nak pergi tengok abang saya kejap,” Hannah meminta diri.

Alyana mengangguk. Tak sampai lima saat, gadis itu sudah lesap. Alyana masuk ke dalam rumah. Aisy, segannya aku!

“Kamu ni, cikgu tuisyen Hannah ya?” satu suara menyoal dari arah belakang Alyana.

Alyana yang terkejut, melatah, “Oh mak kau pocong pocong!” dadanya diurut perlahan.

“Eh, maaf! Aunty tak tahu pulak suara aunty buat kamu terkejut. Maaf ya?”

Alyana berpaling kea rah suara itu. “Eh, takpe, puan. Saya yang terleka.” Dia menghulurkan tangan untuk bersalam.

Puan Sri Azira tersenyum. Dia menyambut tangan Alyana. Dia suka dengan sikap sopan santun Alyana. “Tak usahlah berpuan-puan. Panggil aunty je. Kamu ni cikgu tuisyen Hannah ya?”

Alyana senyum. “Ya, sayalah tu. Nama saya Nur Alyana. Panggil je Alya. Aunty ni ibu Hannah kan?”

Puan Sri Azira menggangguk. “Eh, marilah makan! Makanan dah terhidang. Hannah dengan abangnya kat luar lagi. Nanti diorang masuklah tu. Jom, Alya?”

Alyana mengangguk. Puan Sri Azira berjalan menuju ke dapur. Belum sempat Alyana membuntuti langkah Puan Sri Azira, Hannah dan seorang lelaki 20-an meluru masuk ke rumah.

Hannah menyapa Alyana, “Eh, cikgu kat sini lagi?”

Lelaki itu mengerutkan dahi. Macam pernah tengok je budak ni...

“Abang, nilah Cikgu Alyana yang adik selalu ceritakan tu,” cerita Hannah memperkenalkan diri guru kesayangannya.

Alyana memandang wajah lelaki yang dipanggil abang oleh Hannah itu. lelaki itu turut memandang Alyana. Mata mereka terbeliak. Serentak jari telunjuk Haikal ditunding pada wajah Alyana begitu juga sebaliknya.

“Awak lagi?!” teriak mereka serentak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience