TPP 16 __ C¡UMAN

Fantasy Series 19743

... TAMAN ISTANA DIRAJA ADRIAN...

"Buat apa Eiffel nak bazirkan airmata Eiffel yang berharga tu?" Sapa Rayden yang baru tiba di situ.

Rayden terus turun dari kudanya melihat Eiffel menangis kecil duduk berseorangan atas buaian cantik tergantung di pohon besar dalam tamannya.

"Mungkin Rayden tahu sebab apa Eiffel menangis kalau bukan berebut Donat Coklat lagi dengan Apel, betul tak?" Eiffel terus mencubit-cubit badan Rayden atas usikkannya itu.

"PADAN MUKA RAYDEN SUKA SANGAT KAITKAN EIFFEL DENGAN DONUT COKLAT!"

"Eiffel tahu tak yang Eiffel nampak comel sangat di mata Rayden bila Eiffel marah?" Eiffel terus blushing apabila Rayden memegang kedua-dua belah lengannya dengan menatapi lembut anak matanya.

"H--hey look at me Eiffel, Rayden sebenarnya tahu yang Eiffel menangis di sebabkan Reizen kan?" Eiffel hanya menundukkan wajah sedihnya pada Rayden.

"Rayden mintak maaf atas segala sikap buruk dan kasar Reizen pada Eiffel selama ni. Maafkan Reizen Eiffel, please..."

"KENAPA RAYDEN YANG MINTAK MAAF?! DAN BUKANNYA REIZEN SENDIRI YANG PATUT DATANG SINI JUMPA EIFFEL MINTAK MAAF?!"

"Sebab Rayden tak nak Eiffel terus-menerus bencikan Reizen dan salah anggap tentang diri dia. Entah kenapa naluri Rayden kuat mengatakan ada sesuatu rahsia yang Reizen cuba sembunyikan dari kita semua dan di sebabkan itu la sikap dia berubah."

"Tapi kenapa mesti Eiffel dan apa salah yang Eiffel dah buat pada dia Rayden sampai Reizen benci sangat-sangat pada Eiffel? Kadang-kadang Eiffel terlalu rindukan sangat-sangat Reizen yang dulu. Zaman kanak-kanak kita bersama dulu Rayden."

"Percaya la pada kata-kata Rayden Eiffel yang Reizen tak pernah pun bencikan Eiffel. Cuma dia ada masalah yang kita sendiri tak tahu Eiffel kerana Rayden dapat rasakannya."

"Kenapa Rayden begitu yakin?"

"Eiffel dah lupa ke yang Rayden dan Reizen adalah kembar? Well, walaupun kami berdua kembar tak seiras, tapi naluri adik-beradik kami begitu kuat sekali. Jadi, percayakan Rayden okey?" Kata-kata Rayden telah mengukir semula senyuman di wajah Eiffel.

Rayden mengusap airmata Eiffel dan terus memeluk erat badannya.

Tanpa mereka berdua sedari Reizen telah pun berada di situ dengan menunggang kudanya memerhatikan serius Rayden bersama Eiffel dari jarak jauh yang sedang mesra berpelukan dan akhirnya Reizen beredar meninggalkan tempat itu.

"REIZEN? REIZEN BUAT APA DEKAT SINI?" Begitu terkejutnya Apel terserempak dengan Reizen sewaktu dirinya melalui jalan yang sama dengannya.

Reizen langsung tidak mempedulikan keberadaan Apel di situ malahan dirinya terus pergi dalam keadaan marah dengan menunggang Jerry membawanya begitu pantas meninggalkan Apel di belakang.

"Apa kena dengan Reizen ni marah tak tentu pasal? Tak kan sebab ni kot?" Mata Apel telah terpandang Eiffel dan Rayden yang masih lagi berpelukan daripada jauh.

........................................................

Raja Danther bersama Permaisuri Rian di temani Putera-Puteranya Rayden dan Reizen mereka sedang menantikan ketibaan Permaisuri Eva juga Puterinya Eirin dalam bailarung istana.

"Selamat datang Permaisuri Eva, anakanda Puteri Ravenna."

"Terima kasih, rasanya lama betul kita tak berjumpa kan Yang Mulia Raja Danther?"

"Rasanya begitu la..."

Sedang orang tua mereka rancak berbual Rayden sempat mengusik Ravenna dengan berbisik.

"Ya, memang dah lama tak jumpa Ravenna fatty." Eirin guling mata berpeluk tubuh memandang annoying Rayden atas ejekan Rayden yang masih lagi lekat di mulutnya masa zaman kanak-kanak mereka berdua dahulu.

Reizen pula hanya memerhati pening gelagat mereka berdua yang seperti kebudak-budakkan padanya.

......... DI MEJA PANJANG TEMPAT BERSANTAP ............

Reizen merasa tidak selesa menyedari Ravenna asyik memerhatikan dirinya yang sedang duduk bersantap berdepan mejanya dengan wajah blushing Ravenna memandangnya.

"Kau okey tak ni Reizen?" Rayden duduk bersebelahan Reizen cuba mengusik adiknya dengan menyiku lengan kirinya kerana menyedari gelagat comel mereka berdua.

"Kau cakap apa ni Rayden? Aku okey la..." Mengelabahnya Reizen menjawab.

"Yeke? Aku tengok kau daripada tadi tak senang duduk dekat sebelah aku ni dah kenapa?"

"Aku... Aku..." Tergagap-gagap begitu merah sekali wajah Reizen memandang Rayden atas usikkan itu.

"Tak sangka Putera Rayden dan juga Putera Reizen telah membesar dengan menjadi lelaki dewasa yang sangat tampan. Lebih-lebih lagi anakanda Putera Reizen, bonda Eva suka sangat bermenantukan anakanda dan Puteri Ravenna sememangnya bertuah dapat bakal suami charming macam anakanda."

"BONDA MALU LA ANAKANDA..." Wajah Ravenna makin blushing pada Rayden dan lebih-lebih lagi Reizen.

"Jadi bila agaknya nak tetapkan tarikh pertunangan antara anakanda Puteri Ravenna dengan Putera Reizen Tuanku Raja Danther?"

Rayden terus tersedak sewaktu makan terkejut mendengar perbincangan pertunangan adindanya itu.

"Anakanda tak apa-apa ke anakanda Putera Rayden?" Bonda Rian risau melihatnya.

"Anakanda tak apa-apa bonda, anakanda okey."

"Anakanda Rayden pulak macam mana tak kan masih membujang lagi kot?" Usik Permaisuri Eva menyambung perbualan semula.

"Anakanda... Anakanda sukakan Puteri Eiffel bonda."

"Betul ke anakanda kalau macam tu apa kata kita buat majlis besar-besaran untuk mereka berdua dalam minggu ni. Majlis pertunangan anakanda Putera Reizen dan juga anakanda Putera Rayden." Terujanya Permaisuri Eva membuat kata putusnya.

Berita mengejutkan itu membuatkan Reizen pula tersedak sewaktu minum kerana tidak menjangka atas pertunangan kekandanya bersama Eiffel dengan gelagat mereka berdua di perhati pelik oleh Ravenna.

........... DI LALUAN ISTANA ..............

"REIZEN TUNGGU!" Rayden mengejarnya di belakang.

"Kenapa kau rahsiakan daripada aku tentang pertunangan kau dengan Ravenna dan sejak bila pulak korang berdua bercinta ni aku langsung tak tahu pun?"

"Tak kan semua rahsia aku, aku kena beritahu kau. Dah la aku nak cepat."

"HEI REIZEN KAU NAK PERGI MANA TU? AKU BELUM HABIS CAKAP LAGI! REIZEN!" Reizen terus berjalan laju meninggalkan Rayden ke belakang.

..... DI KAWASAN TINGGI AIR TERJUN ......

Eiffel berhenti di tebing curam untuk mengambil air sebagai minuman kuda coklat tunggangannya bersendirian.

"AAAAARGH....!!!!" Menjerit Eiffel dengan kuatnya jatuh tergelincir lemas kerana paras air sungai begitu dalam dan dirinya tidak pandai berenang.

Sedang Eiffel bergelut dengan maut dirinya menyedari satu susuk tubuh seorang lelaki telah terjun ke dalam dan terus memeluk erat badannya lalu lelaki itu mencium lembut bibirnya semata-mata untuk memberikan bantuan pernafasan iaitu cpr padanya di dalam air seketika.

Setelah itu badan Eiffel di angkat keluar dari permukaan air lalu Eiffel terbaring separa sedar atas tanah dengan kedua belah anak matanya cuba mengecam wajah lelaki itu tetapi hanya samar-samar.

"TUNGGU!" Panggil Eiffel kerana lelaki itu terus menghilang dengan melarikan diri daripadanya setelah Eiffel bangun sedar dari pengsannya tadi dengan terbatuk-batuk begitu kuatnya sebelum sempat Eiffel mengenali wajahnya.

"Kenapa dengan aku ni? Kenapa aku rasa begitu selesa dan selamat sekali berada bersama dengan dia tadi walaupun hanya sekejap? Adakah dia sememangnya orang yang aku kenal?" Bicara Eiffel kebingungan dalam keadaan dirinya basah kuyup berseorangan di tempat itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience