TPP 18 __ JEA|_0US

Fantasy Series 19743

......... DI GELANGGANG KUDA .........

Eiffel, Ravenna juga Apel sedang menyaksikan Reizen bersama Rayden dalam perlumbaan menunggang kuda mereka berdua.

"KALAHKAN REIZEN RAYDEN!!!!" Teriak Apel memberi semangat dari jauh.

"Apel sokong siapa ni? REIZEN KALAHKAN RAYDEN!!!!" Mencelah Ravenna dengan gelagat mereka berdua memeningkan kepala Eiffel di belakang.

........ DALAM WAKTU YANG SAMA ......

"WANNA BET?" Cabar Rayden sambil menunggang pantas Kaylan bersebelahannya.

"WHAAAT?!"

"KITA BERTARUH!"

"KAU NAK BERTARUH APA PULAK KALI NI?"

"EIFFEL!"

"KENAPA MESTI EIFFEL?!"

"KENAPA TIDAK BUKAN KE DARIPADA KECIK LAGI KITA MEMANG SELALU JADIKAN EIFFEL SEBAGAI TARUHAN! MACAM MANA SETUJU?!"

"GAME ON, BRO!" Berkata Reizen sambil matanya menoleh tajam ke arah wajah Eiffel daripada jauh dan Eiffel yang menyedarinya juga membalas serius pandangan Reizen padanya untuk seketika.

Rayden terus menunggang lebih laju kudanya sambil tersenyum nakal pada Reizen.

"Wish me luck buddy." Reizen mencium kepala Jerry dan terus cuba memintas kuda Rayden sepantas mungkin dan sedang mereka berdua bersaing bersama Reizen mengeluarkan sebiji buah epal merah dari dalam poket seluarnya lalu di berikan pada kuda Rayden iaitu Kaylan dengan bersiul untuk memanggilnya.

"HEY BUDDY?! AMBIK NI!" Reizen berjaya memancingnya hanya menggunakan makanan kegemarannya itu.

"KAMU SANGGUP BELOT DENGAN BETA HANYA SEMATA-MATA KERANA SEBIJI BUAH EPAL MERAH KAYLAN?!" Rayden mengeluh pening kerana dirinya telah berjaya di kalahkan oleh Reizen dengan begitu mudahnya.

"Kelakar sangat Reizen, buah epal merah?"

"Anggap la itu sebagai balasan kau kenakan aku dengan tahi lembu tempoh hari." Rayden mengguling mata mendengar jawapan annoying Reizen.

..................................................

Sedang Ravenna berjalan masuk ke dalam gelanggang menuju ke arah Rayden yang sedang leka melayani karenah kudanya.

"Ravenna?" Reizen yang dari mengambil air minuman untuk kandanya Rayden dirinya menyedari kudanya Jerry telah terlepas dari ikatannya pada palang kayu dan kudanya itu berlari laju ke arah Ravenna seakan-akan cuba untuk melanggarnya.

Kerana tahu Ravenna dalam bahaya Reizen sepantas mungkin berlari ke arahnya cuba untuk menghentikan kudanya.

"KE TEPI RAVENNA!!!!" Mendengar jeritan cemas Reizen wajah Ravenna terus menoleh ke arah Jerry dengan renungan mata begitu tajam sekali padanya tanpa merasa panik atau pun takut dengan situasi itu.

Reizen terus berlari ke tengah menjadi benteng untuk melindungi Ravenna daripada tercedera dengan menggunakan badannya sendiri tetapi malangnya Reizen telah mengenai hentaman kuat daripada Jerry sehingga mengakibatkan tangan kanannya patah.

"REIZEN!" Ravenna memangku badan Reizen yang terbaring lemah menahan kesakitan teramat-amat di atas tanah.

"KITA KENA BAWAK REIZEN BALIK KE ISTANA SEKARANG UNTUK RAWAT KECEDERAAN DIA!" Tegas Rayden dengan mengangkat badan Reizen lalu meletakkannya di bahu kanannya.

Apel hanya mendiamkan diri di belakang memerhati cemas keadaan Reizen lebih-lebih lagi Eiffel yang begitu risaukan keselamatannya.

......... DALAM KAMAR REIZEN .........

"AAAAAAAAAARRRGHHH SAKIT BONDA!!!!" Meraung-raung Reizen menahan kesakitan kerana kecederaannya telah di pegang oleh Permaisuri Eva cuba untuk merawatnya.

"Macam mana adinda kamu boleh jadi sampai begini teruk sekali anakanda Putera Rayden?"

"Semua ni sememangnya salah anakanda ayahanda jadi hukumlah anakanda." Berkata Rayden penuh rasa bersalahnya pada Reizen kerana tidak mampu melindunginya sebagai kekandanya.

"Tidak ayahanda Danther! Apa yang terjadi pada Reizen bukannya salah Rayden tapi salah anakanda sendiri ayahanda kerana Reizen telah cuba menyelamatkan anakanda daripada kudanya yang ingin mencederakan anakanda. Jadi hukumlah anakanda ayahanda Raja Danther anakanda terima." Jelas Ravenna.

"Sudah la ayahanda maafkan lagi pun dalam hal ni tiada siapa yang patut di persalahkan. Cuma ayahanda berharap lain kali anakanda-anakanda semua lebih berhati-hati kerana ayahanda tidak mahu perkara sebegini berulang lagi. Bagaimana sekarang Permaisuri Eva adakah kecederaan Putera Reizen dapat di sembuhkan?"

"Tenang saja Tuanku Raja Danther serahkan pada patik." Permaisuri Eva memegang lembut pada kecederaan Reizen dengan tangannya mengeluarkan cahaya berwarna merah iaitu kuasa sihirnya untuk merawat Reizen sambil dirinya di perhati begitu risaunya oleh Rayden, Eiffel, Ravenna, Apel, Raja Danther juga Permaisuri Rian.

....... BEBERAPA MINIT KEMUDIAN .........

Dengan kuasa sihir Permaisuri Eva akhirnya kecederaan Reizen telah kembali sembuh dan menyedarkannya dari pengsannya yang separa sedar tadi.

"Apa anakanda rasa sekarang?" Soal Permaisuri Eva dengan senyuman kecilnya pada Reizen.

"Apa yang berlaku bonda?" Fikiran Reizen terganggu seketika dengan situasi itu.

"Anakanda?" Bondanya Rian terus terduduk bersebelahan Reizen dengan memeluknya penuh rasa lega di hatinya.

"Anakanda tak ingat apa-apa?" Mencelah risau ayahandanya Raja Danther.

"Anakanda cuma ingat anakanda ingin menyelamatkan Eirin dari Jerry yang hilang kawalan cuba mencederakan Ravenna ayahanda dan lepas daripada tu anakanda langsung tak ingat apa-apa."

"Macam mana anakanda rasa sakit lagi ke anakanda?"

"Anakanda tak pernah rasa sebaik ini bonda."

"Syukurlah... Terima kasih Permaisuri Eva kerana telah menyembuhkan putera beta."

"Perkara kecil je ni tuanku. Patik sememangnya dah anggap Putera Reizen macam anakanda patik sendiri dan bukannya menantu patik. Bonda juga percaya Putera Reizen pun berfikiran sama macam bonda betulkan anakanda?"

"Bee--tul tu bonda..." Tergagap Reizen menjawab kerana menyedari pandangan marah Eiffel padanya.

......... DI LALUAN LUAR ISTANA .........

"Kenapa ni kanda?" Apel menyedari wajah marah Eiffel padanya.

"Tak ada apa-apa la Apel." Eiffel cuba mengelak.

"Ini mesti pasal Reizen bukan?" Teka Apel.

"Apel cakap apa ni?"

"Kanda tak boleh berahsia lagi dengan Apel sebab Apel dah pun tahu yang kanda sukakan Reizen betulkan?"

"Tak ada gunanya Apel kalau kanda je mempunyai perasaan pada Reizen sedangkan Reizen sendiri anggap kanda ni macam tak wujud dalam hidup dia." Luah Eiffel kerana tertangkap.

"Kanda betul-betul yakin ke yang Reizen tu sememangnya tak ada perasaan pada kanda?"

"Kenapa Apel cakap macam tu?"

"Kanda tahu tak yang Reizen telah datang ke istana kita malam kanda berpelukan dengan Rayden dekat buaian tu dan dia nampak macam jealous sangat kanda."

"REIZEN DATANG KE ISTANA KITA?" Begitu terkejutnya Eiffel mendengar.

"Kanda dah tahu kan jawapannya. So, pergi dapatkan lelaki kesayangan kanda sekarang sebelum terlambat." Apel memberi semangat pada kandanya.

"KANDA SAYANG SANGAT PADA APEL! APEL LA ADINDA TERBAIK BUAT KANDA. TERIMA KASIH APEL." Eiffel memeluk Apel begitu terujanya seperti teddy bear.

"Apel cuma nak tengok kanda tersenyum." Balas Apel juga dengan pelukan sayangnya pada kandanya.

Eiffel akhirnya terus berlari laju penuh kegembiraannya menuju ke kamar Reizen dan tiba di muka pintu Eiffel melihat Reizen sedang berdiri membelakanginya dengan termenung jauh ke arah luar tingkap berseorangan.

"Reizen?" Panggil Eiffel dengan penuh rasa cintanya terhadapnya.

"Eiffel? Eiffel buat apa dekat sini?" Reizen menoleh penuh terkejutnya dengan kehadiran Eiffel dalam kamarnya.

Eiffel hanya merenung lembut anak mata biru ais Reizen dan perlahan-lahan kakinya melangkah merapati Reizen lalu Eiffel memberikan kucupan lembut di bibir comel Reizen dengan penuh rasa cinta yang telah lama di pendamnya terhadapnya untuk seketika.

"It's you..."

"Whaaat?"

"Reizen la lelaki misteri yang telah selamatkan Eiffel daripada lemas tempoh hari. Eiffel kenal ciuman ni Reizen. Ciuman Reizen pada Eiffel tadi sama betul dengan ciuman lelaki misteri tu. Dan Eiffel yakin orang tu adalah Reizen kan?"

"TOLONG JANGAN CAKAP PERKARA YANG BUKAN-BUKAN EIFFEL SEBAB REIZEN TAK NAK RAVENNA DENGAR DAN SALAH FAHAM ATAS APA YANG DI KATAKAN EIFFEL TADI! REIZEN MINTAK TOLONGLAH KELUAR DARIPADA KAMAR REIZEN SEKARANG EIFFEL!"

"Eiffel tahu Reizen cintakan Eiffel. Sebab Reizen langsung tak tolak Eiffel masa Eiffel cium Reizen tadi. Kerana apa? Kerana Reizen jugak dapat rasakan apa yang Eiffel rasa pada Reizen selama ni. Betulkan Reizen?" Reizen terus terdiam.

"Apa yang sedang berlaku ni Reizen? Kamu berdua bergaduh lagi ke?" Tiba Ravenna di kamar Reizen.

"Eiffel akan buktikan yang orang itu sememangnya adalah Reizen." Bisik Eiffel pada sisi kanan Reizen sebelum beredar keluar.

"Eiffel pergi dulu." Ravenna memerhati begitu curiganya dengan sikap pelik Eiffel dan Reizen terhadapnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience