TPP 17 __ RA|-|S¡A

Fantasy Series 19743

......... ISTANA DIRAJA ADRIAN .........

Eiffel duduk menatapi cermin dalam kamarnya dengan jari-jemari halus kanannya menyentuh lembut bibir mungilnya mengingati akan kejadian dirinya lemas dan di cium oleh seorang lelaki misteri sewaktu cuba melakukan cpr padanya semata-mata untuk menyelamatkan nyawanya.

"Kanda Eiffel? Kita ada tetamu istimewa..." Sergah Apel memasuki kamarnya.

"Tetamu istimewa?" Toleh Eiffel pelik.

"AAAAARH....!!!! RAVENNA BILA RAVENNA SAMPAI?" Terujanya Eiffel kegembiraan dengan kemunculan Ravenna di belakang Apel sebagai teman sepermainan mereka berdua sejak kecil lagi.

"Semalam lagi... Maaf la baru hari ni Ravenna berkesempatan nak jumpa dengan korang berdua."

"Tak apa. Berapa lama Ravenna akan berada di sini?"

"Sampai selesai pertunangan Ravenna dengan Reizen."

"Pertunangan Ravenna dengan Reizen?" Soal Eiffel terkejut dengan berita itu.

"Kenapa kitorang langsung tak tahu yang korang berdua bercinta sebelum ni?" Apel mencelah.

"Kalau korang nak tahu, Eiffel pun akan di tunangkan dengan Rayden tak lama lagi. Jadi, kita tunang sama-sama..." Balas Ravenna penuh gembira sebaliknya Eiffel hanya terdiam sedih memandangnya.

......... DI PADANG LATIHAN DALAM ISTANA DIRAJA DANTHER ...........

"Kau pergi mana semalam?" Reizen menyoal Rayden sambil dirinya fokus bermain pedang bersama kandanya sebagai lawannya.

"Kenapa tiba-tiba je, kau berminat nak tahu? Sebelum ni kau tak pernah pun tanya ke mana aku pergi tiap-tiap malam tapi kenapa hari ni?" Balas Rayden seraya dengan gerakan pantas tangannya yang begitu cekap sekali dalam menguasai teknik bermain senjata.

"Cuma nak tahu... Lagi pun aku kan adinda kau tak akan tanya pun salah?"

"Tak salah cuma pelik."

"Soo...?"

"Macam biasa, aku pergi jumpa Eiffel, happy?"

"Kau ada apa-apa ke dengan dia?" Penasaran Reizen memandang wajah cool Rayden.

"No. Tapi jujurnya aku memang ada perasaan pada dia."

"Bagaimana pulak dengan Eiffel adakah dia pun mempunyai perasaan yang sama macam kau?"

"Maybe... Cuma dia malu kot. I guess..."

"Aku tumpang gembira untuk kau Rayden."

"W--what? Aku salah dengar ke Reizen cuba kau ulang sekali lagi, aku tak berapa nak dengar tadi?"

"HA HA HA... Very funny Rayden."

"Tak aku serius. Betul kau tak kisah aku dengan Eiffel?"

"Kenapa tidak? Kau sememangnya layak untuk Eiffel Rayden."

"Terima kasih Reizen kalau kau rasa macam tu. Dan terima kasih jugak kerana sentiasa ada dengan aku bila aku perlukan kau. Kau tahu tak Reizen yang kau adalah adinda aku paling terbaik sekali dalam kerajaan ni?"

"Adakah kau benar-benar maksudkannya Rayden?"

"Noo... Pada aku kau adalah adinda aku paling annoying sekali dalam kerajaan ni yang selalu buat kepala aku pening dengan perangai gila kau tu."

"Aku dah agak yang kau akan cakap macam tu Rayden. Well, sekurang-kurangnya aku bukan coward."

"COO--O WHAT?!"

"Takut dengan perempuan lebih-lebih lagi pada Apel."

"AKU BUKAN TAKUT TAPI RESPECT PEREMPUAN OKEY! TARIK BALIK KATA-KATA KAU TADI REIZEN!"

"COWARD." Ejekkan Reizen membuatkan Rayden terus mengejarnya tanpa henti.

Mereka berdua berlari berkejaran menghuru-harakan tempat itu sehingga mengganggu askar-askarnya menjalani latihan senjata mereka dengan gurauan comel Reizen bersama kandanya Rayden dan tanpa pengetahuan mereka berdua ayahandanya Raja Danther sedang memerhatikan gelagat nakal putera-puteranya sambil ketawa geli hati melihatnya dari jendela kamar istana.

"Apa yang kanda ketawa sorang-sorang tu?" Mengusik Permaisuri Rian pada suami tercintanya dari belakang dan turut mencelah bersebelahan suaminya di jendela.

"Kanda tahu kan kebahagian orang tua apabila melihat anak-anak mereka tersenyum. Dinda rasa seronok sangat kanda dapat melihat putera-putera kita gembira macam tu. Istana ni sememangnya sunyi tanpa telatah putera-putera kita. Jadi, dinda merayu pada kanda, tolonglah jangan rampas senyuman putera-putera kita lagi daripada dinda kanda?" Pujukan lembut isterinya benar-benar melemahkan hati Raja Danther.

"Janganlah dinda menghukum kanda sebegitu berat sekali dinda dengan kata-kata dinda pada kanda tadi. Seakan-akan di mata dinda kanda ni begitu kejam sekali pada putera-putera kita. Kanda jugak terlalu sayangkan Putera Reizen dan jugak Putera Rayden. Cuma apa yang kanda lakukan pada Putera Reizen adalah demi untuk..." Kata-kata Raja Danther terhenti kerana rasa bersalahnya yang teramat-amat pada isterinya kerana cuba berahsia dengannya.

"Untuk apa kanda? Dinda langsung tak faham apa yang kanda cuba ingin katakan pada dinda." Tegas Permaisuri Rian memaksa suaminya untuk bercakap benar.

"Yang sebenarnya..."

............ WAKTU YANG SAMA ............

"Gantikan tempat beta." Arah Reizen pada salah seorang askarnya.

"Give up?"

"Aku nak pergi bersiram."

"Kamu rasa siapa paling hebat dalam bermain pedang tadi beta ke atau old man tu?"

"I HEARD THAT RAYDEN!" Balas Reizen dari jauh yang masih lagi berjalan meninggalkan Rayden di belakang dengan senyuman seksi nakal Rayden padanya.

............ DI LALUAN ISTANA .........

"KANDA DAH BERTUNANG?!" Jeritan marah bondanya Rian membuatkan kaki Reizen terhenti di muka pintu kamar orang tuanya.

"Kalau dinda nak tahu bonda Eirin iaitu Permaisuri Eva sebenarnya adalah tunang kanda dulu sebelum kanda menikahi dinda lagi. Maafkan kanda kerana telah merahsiakannya daripada dinda selama ni... Maafkanlah kanda dinda."

"Kenapa kanda mengahwini dinda dan bukannya Permaisuri Eva?"

"Kerana kanda telah tertarik dengan kebaikan hati dinda sejak pandangan mata pertama kita bertemu lagi sewaktu di dalam hutan. Di mana dinda sanggup mempertaruhkan nyawa dinda untuk menyelamatkan kanda dengan menghisap keluar bisa racun patukan ular tedung pada kaki kanda. Sedangkan dinda tak kenal pun siapa kanda tapi dinda tetap sanggup bahayakan nyawa dinda demi kanda. Dinda bukan saja cantik luaran malahan jugak dalaman. Cantik dengan keikhlasan hati dinda pada kanda. Kerana peristiwa itulah yang membuatkan kanda telah jatuh hati pada dinda."

"Tapi kanda tahu tak yang kanda curang pada tunang kanda sendiri di sebabkan orang ketiga iaitu dinda kanda?!" Begitu kecewanya Permaisuri Rian pada suaminya apabila mengetahui kebenarannya.

"Kanda tahu dan sampai sekarang kanda tak pernah pun menyesal memilih dinda sebagai isteri kanda jugak ibu kepada Putera Rayden dan Putera Reizen."

"Kanda tak rasa bersalah langsung ke kanda pada Permaisuri Eva atas apa yang kanda dah buat pada dia?"

"Buat apa kanda perlu rasa bersalah pada orang sekejam dia yang sanggup membiarkan rakyatnya menderita di sebabkan pemerintah seperti dia?"

"Maksud kanda?"

"Kalau dinda nak tahu Permaisuri Eva sebenarnya adalah merupakan ahli sihir terkejam dalam Kerajaan Blaq Maya. Ramai rakyatnya mati di sebabkan kerakusannya dalam memerintah tanpa rasa belas kasihan. Kerajaan kanda juga telah di musnahkan oleh Permaisuri Eva. Setiap hari askar-askar kanda telah menjadi mangsa korban kerana kanda tidak mahu menuruti setiap kemahuannya. Kanda tak sanggup menahannya lagi dinda kerana itu kanda lari daripada dia tanpa menoleh ke belakang dan dinda adalah orang pertama yang telah menjumpai kanda di dalam hutan."

"Dinda masih tak faham kanda kalau betul Permaisuri Eva seperti apa yang di katakan kanda tadi kenapa kanda masih tetap nak kawinkan putera kita dengan puterinya kanda?"

"Kanda tak ada pilihan lain dinda jika kanda tak kawinkan mereka berdua Permaisuri Eva akan gunakan sihirnya untuk musnahkan keluarga kanda. Keluarga kita dinda."

"Kanda kena ugut dengan Permaisuri Eva?"

"Kanda ingatkan dengan membenarkan puterinya rapat dengan putera-putera kita Permaisuri Eva akan lepaskan kanda dan lupakan semua kisah silam kami berdua sebelum ni tapi ternyata tidak. Rupa-rupanya dia telah menjadikan anakanda kita Putera Reizen sebagai pertukarannya kerana Puterinya Ravenna benar-benar mencintai anakanda kita dinda."

"Kanda percaya ke dengan mengahwini anakanda kita Permaisuri Eva akan memaafkan kanda begitu sahaja?"

"Jujurnya kanda langsung tak percayakan dia dinda kerana kanda tahu ini adalah salah satu muslihatnya untuk menghancurkan kanda. Katakan la pada kanda dinda apa saja cara untuk kanda selamatkan anakanda kita Reizen, keluarga kita dinda. Kanda akan turut segala kata-kata dinda."

"ANAKANDA AKAN KAWIN DENGAN PUTERI RAVENNA!" Reizen terus mencelah memasuki kamar orang tuanya.

"Anakanda?" Terkejutnya bondanya melihat Reizen di pintu.

"Anakanda dah dengar semuanya dan anakanda terima lamarannya ayahanda, bonda."

"Anakanda sedar tak apa yang anakanda sedang katakan sekarang ni?"

"Anakanda sedar ayahanda. Ayahanda dan bonda tak perlulah risau lagi pun anakanda lakukannya demi keluarga kita ayahanda, bonda. Dan keputusan anakanda muktamad." Naluri ibu Permaisuri Rian dapat membaca bahawa dari renungan anak mata biru ais Reizen anaknya itu sedang menangis di dalam hatinya dan akhirnya Reizen terus keluar.

"Kita sememangnya adalah orang tua yang paling teruk sekali dalam dunia ni kanda kerana telah memperlakukan anakanda kandung kita sendiri sekejam itu." Raja Danther hanya terdiam sedih dengan memeluk mendakap erat isterinya yang menangis begitu pilunya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience