TPP 5 __ SEkA|_¡ |_AG¡

Fantasy Series 19759

____DI CAFE____

"Maaf, lama tunggu?"

"Tak adalah lama sangat. Duduklah."

"Eiffel order semua makanan ni?"

"Hhmm.. Khas untuk Shawn."

"Tak sangka yang Eiffel masih ingat lagi Shawn sukakan Kek Chess bersama air Mocha panas?"

"Tentulah.. Shawn pulak, ingat lagi tak Eiffel suka apa?"

"Um....?"

Melihat wajah merajuk comel Eiffel padanya, dirinya terus bangun dari kerusinya dan berjalan ke arah kaunter pembayaran untuk membuat pesanan sambil dirinya di perhatikan pelik oleh Eiffel.

Setelah Eiffel menunggunya untuk beberapa minit.

"Nah, makanlah.."

Shawn tersenyum comel pada Eiffel kerana menyedari Eiffel begitu terkejut sekali memandangnya.

"Mana mungkin Shawn lupa Eiffel. Shawn tahu yang Donut Coklat dan Tea panas adalah your favorite. Betul tak Mizz Eiffel Adrian?"

Mereka berdua berpandangan mata antara 1 sama lain dan terus ketawa mesra bersama-sama kerana geli hati dengan situasi itu.

____DI RUMAH ADIK-BERADIK ADRIAN____

"Masuklah Shawn."

"Mana Apel?"

"Kejap, Eiffel panggil dia. Apel! Apel! Tengok siapa yang datang!"

"Rasanya macam dia tak ada dekat rumah je?"

"Tapi motorbike dia ada."

"Mungkin Shawn tahu dia ada dekat mana sekarang ni.."

Eiffel hanya mendiamkan diri memandang Shawn.

____DI HUTAN BELAKANG RUMAHNYA____

Sedang Apel berlatih bermain pedang kesayangannya seperti biasa, dirinya di kejutkan dengan kemunculan seorang lelaki misteri telah menyerangnya dari arah belakang.

Lelaki misteri itu memakai topeng berwajah tengkorak yang begitu menyeramkan dan menggunakan sekuat tenaganya untuk memukulnya.

"Abang Shawn?"

"Gotcha!"

"Abang Shawn!"

Jerit Apel kegembiraan yang teramat dengan memeluknya begitu mesra sekali.

"Macam mana Apel tahu abang yang serang Apel tadi?"

"Bukan ke abang Shawn jugak yang ajar pada Apel teknik seni mempertahankan diri abang tu pada Apel sebelum ni? Dah tentulah Apel tahu. Bila abang balik?"

"Semalam lagi.."

"Kenapa abang tak call je Apel, boleh Apel jemput abang dekat airport."

"Tak naklah! Lagi pun beg abang banyak, nanti Apel jemput abang naik motorbike Apel pulak."

"Abang Shawn ni, Apel tahulah.. Tak akanlah Apel nak kenakan abang macam tu.."

"Abang gurau jelah.. Sebenarnya abang nak buat kejutan pada Apel dan jugak...."

"Orang paling istimewa buat abang Shawn iaitu Kak Eiffel. Betul tak?"

Usikkan Apel membuat pipi Shawn berubah merah.

Apel mengetawakan Shawn melihat wajah malu comel Shawn padanya.

"Kenapa Apel ketawakan abang? Apa yang kelakarnya?"

"Abang Shawn? Abang tahu tak selama abang tinggalkan kak Eiffel, kakak selalu tanya pasal abang. Abang buat apa? Abang makan apa dekat sana? Sampai Apel naik boring dengar."

"Kak Eiffel risau pasal abang?"

"Abang Shawn? Sampai bila abang nak sembunyikan perasaan abang pada Kak Eiffel? Pada Apel, dah tiba masanya abang kena terus-terang jugak dengan kakak. Sebelum kak Eiffel jatuh ke tangan orang lain."

"Kenapa Apel cakap macam tu? Orang lain? Siapa yang Apel maksudkan ni? Abang tak faham."

Apel terus berjalan laju meninggalkan Shawn di belakang dengan wajah jengkelnya.

"Apel beritahulah abang!"

"Tak nak!"

"Apel?"

Shawn terus mengejarnya tanpa henti.

****

Eiffel sedang sibuk menyiapkan makan malam untuk mereka bertiga di dapur berseorangan.

"Boleh Shawn tolong?"

"Shawn? Mana Apel?"

"Ada dalam bilik dia, tengah bertelefon dengan kawan dia. Eiffel tahu siapa kawan Apel?"

"Oh, tu Warren. Kawan sekelas Apel."

"Boyfriend ke?"

Usik Shawn sambil memotong sayur.

"Apel? Boyfriend? Entahlah Shawn, perangai Apel dari dulu sampailah sekarang kasar macam lelaki. Mana nak ada boyfriend. Katanya dia tak perlukan lelaki dalam hidup dia. Pada hal kalau tak ada daddy, tak adalah dia. Pening kepala Eiffel di buatnya."

"Tapi Eiffel sebagai kakak dia, mesti Eiffel tahu kenapa Apel jadi macam tu?"

Eiffel tersentak mendengar pertanyaan Shawn.

"Dah tentu Eiffel tahu Shawn. Sejak dari peristiwa ngeri malam tu, Eiffel perasan perubahan diri Apel. Dia jadi pendiam, asyik termenung dan suka menyendiri. Paling Eiffel tak boleh terima sekali, bila Apel cuba seakan-akan seksa diri dia sendiri dengan bermain senjata-senjata merbahaya dia tu 24 jam tanpa berhenti. Eiffel langsung tak faham apa yang Apel nak lakukan sebenarnya."

Shawn terus memeluk erat badan Eiffel kerana merasa simpati pada Eiffel yang seakan-akan ingin berputus asa terhadap adiknya sendiri.

"Hey.. Janganlah stress sangat sampai macam ni sekali Eiffel. It's okay.. Shawn percaya yang 1 hari nanti, pasti ada keajaiban yang akan merubah diri Apel. Trust me.."

"Eiffel betul-betul risau sangat dengan keadaan Apel Shawn. Dan Eiffel perasan, hanya Shawn je yang boleh buat Apel tersenyum. Tolong jangan tinggalkan kami berdua lagi Shawn.."

Shawn menatapi wajah Eiffel dan mengusap air matanya.

"Maafkan Shawn Eiffel kerana tinggalkan kamu berdua dengan begitu lama sekali.. Maafkan Shawn.."

Eiffel menangis kesedihan di dalam dakapan pelukan Shawn.

____DI MEJA MAKAN____

"Wow! Banyaklah lauk nampak sedap pulak tu!"

"Yang ni abang masak, cuba rasa."

Shawn mengambilkan lauk untuk Apel.

"Thank u abang."

Melihat gelagat mesra begitu gembira sekali di antara Apel dan juga Shawn benar-benar menyentuh perasaan Eiffel. Pada Eiffel setelah sekian lama, itulah kali pertama Apel tersenyum.

____DI LUAR BERANDA RUMAHNYA____

Shawn sedang menikmati suasana malam begitu cantik sekali dengan berdiri bersandar di tiang beranda berseorangan.

"Teringatkan buah hati dekat sana ke?"

Dirinya terkejut apabila Eiffel menyapanya dari belakang.

"Buah hati? Manalah orang macam Shawn ni ada buah hati. Lainlah orang tu, cantik, comel mesti ramai peminatkan dekat Kolej?"

Wajah Shawn tertunduk malu atas usikkan Eiffel tadi padanya.

"Sejak bila pulak Shawn Walker seorang yang merendah diri ni? Tak akanlah lelaki setampan Shawn masih single lagi kot? Terus-terang dengan Eiffel, Shawn dah ada buah hatikan dekat sana?"

Eiffel terkaku apabila Shawn terus memegang kedua-dua belah tangannya dan berkata dengan penuh perasaan.

"Mana mungkin buah hati Shawn ada dekat sana sedangkan buah hati Shawn sekarang berada dekat sini."

Shawn menyeluk poket seluarnya dengan mengeluarkan sesuatu lalu di berikan pada Eiffel.

"Apa ni Shawn?"

"Bukaklah...."

Shawn tersenyum comel menatapi wajah kehairanan Eiffel.

Eiffel benar-benar terkejut rupa-rupanya Shawn telah memberikannya bekas comel di dalamnya terselit sebentuk cincin emas putih yang begitu cantik sekali.

"Shawn harap masih belum terlambat lagi untuk Shawn katakan pada Eiffel yang, Shawn cintakan Eiffel. Kahwin dengan Shawn Eiffel?"

Eiffel terus melepas kasar pegangan tangan Shawn tanpa memandang wajahnya setelah mendengar luahan isi hatinya.

"Kenapa ni Eiffel? Eiffel dah ada orang lain ke atau, Eiffel anggap Shawn selama ni, hanya sebagai abang angkat? Shawn mintak maaf kalau lamaran Shawn tadi buat Eiffel rasa tak selesa. It's okay Eiffel kalau Eiffel nak teruskan hubungan kita sebagai adik-beradik Shawn terima Eiffel. Tapi tolonglah jangan rosakkan hubungan kita sebelum ni di sebabkan lamaran Shawn tadi... Please Eiffel..."

"Tak Shawn! Tak! Jangan salah faham. Eiffel sebenarnya risaukan Apel. Selagi Apel belum kawin, Eiffel tak boleh kawin Shawn. Jadi, tolonglah faham situasi Eiffel sekarang. Maafkan Eiffel atas sikap kasar Eiffel pada Shawn tadi. Eiffel tak ada niat pun nak sakitkan hati Shawn. Maafkan Eiffel Shawn.. Yang sebenarnya, Eiffel jugak cintakan Shawn."

Shawn terus memeluk dengan mengangkat badan Eiffel berpusing-pusing kegembiraan bersamanya.

"Terima kasih Eiffel kerana beri Shawn peluang untuk menjadi sebahagian daripada keluarga Adrian. Kerana Shawn terlalu sayangkan Eiffel dan jugak Apel. Shawn janji pada Eiffel yang Shawn akan jaga dan lindungi kamu berdua walau nyawa Shawn sebagai ganti."

"Apa yang Shawn cakap ni? Eiffel tak nak dengar lagi Shawn cakap macam tu."

Shawn mengusap lembut air mata kegembiraan Eiffel yang mengalir menatapi wajahnya.

"Betul ke abang Shawn akan jadi abang ipar Apel lepas ni Kak Eiffel? Seronoknya!"

Kemunculan Apel di situ membuatkan Shawn dan Eiffel terkejut memandang wajah sesama sendiri.

"Sejak bila Apel dah ada dekat sini?"

Soal Shawn malu dengan situasi tadi.

"Dari masing-masing sama-sama jual mahal tadi.."

Eiffel juga tersipu malu memandang wajah Shawn atas usikkan adiknya itu.

"Abang ipar?"

Apel menyiku-nyiku lengan Shawn dengan senyuman nakalnya kerana menyedari wajah merah Shawn yang tertunduk ke bawah menahan malu atas usikkan tanpa henti Apel itu.

Mereka bertiga berbual begitu rancak dan mesra sekali dengan penuh gelak ketawa kegembiraan bersama-sama sambil menikmati suasana indah di waktu malam.

____DI DALAM BILIK APEL____

Bunyi tingkap terbuka dan tertutup sendiri akibat dari angin yang begitu kuat sekali pada malam itu telah mengganggu tidur Apel.

"Apel...."

Apel terkejut dan terus bangun dari posisi baringnya tadi kerana dirinya telah di datangi suatu suara bisikan lelaki misteri menyeru-nyeru namanya dengan nada amat menyeramkan tanpa henti.

"Apel...."

"Siapa kau?! Apa yang kau nak daripada aku?!"

Berhati-hati kaki Apel melangkah mengikuti suara bisikan itu.

Apel melihat pintu bilik kakaknya Eiffel terbuka dengan sendirinya seolah-olah di tolak oleh seseorang dari luar.

"Kak Eiffel? Kakak?"

Perasaan Apel bertukar cemas apabila mengetahui kakaknya tiada di dalam biliknya. Dengan terburu-buru Apel terus keluar dan berlari meluru masuk ke dalam bilik Shawn.

"Abang Shawn!"

Jerit Apel panik kerana Shawn juga tiada di dalam biliknya.

"Abang Shawn! Abang! Mana korang berdua ni?! Tolonglah jangan takutkan Apel macam ni! Ianya tak kelakar langsung!"

Jerit Apel trauma seketika dengan menangis teresak-esak.

"Aaaaahh....!!!!"

Apel terdengar bunyi jeritan suara ketakutan Eiffel di hutan belakang rumahnya.

Apel terus berlari ke arah suara kakaknya itu tetapi kakinya terhenti setengah jalan apabila Apel melihat Eiffel sedang berdiri membelakanginya dengan keadaan badannya mengeletar. Apel cuba memberanikan diri mendekati Eiffel perlahan-lahan.

"Kak Eiffel? Kenapa ni kakak?"

Mengeletar suara Apel menyoalnya kerana Apel juga dalam ketakutan.

Apel merasa begitu pelik sekali kerana Eiffel hanya mendiamkan diri, mata Eiffel seolah-olah sedang memerhatikan sesuatu dengan tangan kanannya di angkat perlahan-lahan dan mengarahkan ke suatu tempat.

"Aaaaahh....!!!!"

Terperanjatnya Apel melihat Shawn berdiri membelakanginya dengan baju Shawn basah bermandikan darah dan suara Shawn mengerang lemah menahan kesakitan lalu Shawn rebah ke tanah.

"Aaaaahh!!!!"

Apel dan Eiffel menjerit-jerit sekuat-kuat hatinya kerana melihat rupa-rupanya Shawn telah di serang oleh seorang lelaki misteri bermata merah menyala berdarah dengan merobek hatinya begitu kejam sekali.

Lelaki misteri itu mendengar sahaja jeritan mereka berdua, dirinya terus menghilangkan diri masuk ke dalam hutan gelap.

"Shawn!"

"Abang Shawn!"

Mereka berdua terus berlari mendapatkan Shawn. Eiffel memangku badan Shawn dengan perasaan penuh menyayat hatinya melihat keadaan Shawn sebegitu. Eiffel dan Apel menangis teresak-esak tanpa henti.

"Maafkan Shawn Eiffel.. Sebab Shawn terpaksa.. Mungkir janji pada kamu berdua.. Jagalah diri Eiffel.. Dan jugak Apel baik-baik.. Shawn.. Terlalu sayangkan kamu berdua.."

Kata Shawn dengan menahan kesakitannya yang teramat.

"Jangan tinggalkan Eiffel Shawn!"

"Abang Shawn!"

"Apel..? Jagakan.. Kak Eiffel untuk abang.. Kerana abang percaya.. Hanya Apel je.. Yang boleh lindungi kak Eiffel.. Janji.. Pada abang Apel..?"

"Apel janji abang! Apel janji...."

Shawn menatapi mata Eiffel dan menyentuh pipi kanannya untuk kali yang terakhirnya.

"Shawn.. Terlalu.. Cintakan Eiffel.."

Akhirnya Shawn menghembuskan nafas terakhirnya di pangkuan Eiffel dengan di saksikan Eiffel dan juga Apel. Malam itu mereka berdua menangis sekuat-kuat sepenuh hati kerana merasa teramat terkilan sekali melihat pemergian Shawn di sebabkan Shawn juga merupakan orang yang paling penting dalam hidup mereka berdua selepas pemergian mummy dan daddy mereka berdua.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience