TPP 15 __ B|_Aq MAyA

Fantasy Series 19743

Kehilangan Reizen benar-benar memberikan tamparan hebat pada diri Rayden. Rasa bersalah yang di rasainya kerana gagal melindungi adik kandungnya sendiri telah membuatkan Rayden berputus asa untuk hidup. Rayden hanya termenung sedih berseorangan di atas bumbung bangunan usang lama juga amat menyeramkan.

"Rayden?"

Sapa Apel lembut cuba mendekati Rayden bersama Eiffel.

"Tolonglah terus-terang Rayden. Eiffel dan Apel perlu tahu apa yang berlaku sebenarnya."

Rayden menatap serius wajah Eiffel dan Apel.

"Eiffel dan Apel betul-betul dah bersedia ke untuk mengetahui kebenaran yang sebenar tentang asal-usul kamu berdua?"

"Setelah apa yang berlaku pada Reizen, ianya telah menyedarkan Apel dan kak Eiffel. Sekarang dah tiba masanya Apel dan jugak kak Eiffel terima takdir kami berdua Rayden. Jadi jawapannya ya, kami berdua dah bersedia."

Rayden menghembuskan nafas gemuruhnya untuk meneruskan kata-katanya dan dirinya menyambung semula.

"Baiklah. Semuanya bermula dalam dunia yang di namakan Blaq Maya."

____DUNIA BLAq MAYA____

Rayden sedang leka membersihkan bulu Kaylan kuda kesayangannya berseorangan di dalam bangsal.

"Aku nampak kau Reizen. Jadi jangan cuba-cuba kau nak kenakan aku lagi."

Reizen terkejut Rayden menyedari dirinya yang cuba ingin menyimbahnya dengan air baldi.

"Mana kau tahu aku ada dekat belakang kau?"

"Kau dah lupa, yang aku ni kembar kau? Dah tentu aku boleh rasa kehadiran kau jugak bau kau Reizen."

"Kau tahu tak Rayden yang kau adalah kanda aku paling tampan dalam kerajaan ni?"

"Huh! Dan kau tahu tak Reizen yang kau akan cakap macam tu bila kau nakkan sesuatu daripada aku. Apa dia?"

"Macam biasalah... Tolong cover aku daripada ayahanda dan bonda?"

"Kau masih lagi ke dengan hobi gila kau tu? Kalau bonda tahulah, lebih-lebih lagi ayahanda, habislah kau Reizen."

"Please Rayden tolong aku?"

"Mungkin daripada ayahanda dan bonda aku masih lagi boleh cover kau Reizen. Tapi tak daripada adik-beradik Adrian tu! Kau tahu tak mereka berdua buat aku jadi gila di sebabkan kau! Aku dah tak boleh nak sorok lagi daripada mereka berdua. Sebabnya Eiffel dan Apel dah perasan yang kau asyik hilangkan diri setiap kali diorang datang sini. Lebih-lebih lagi Apel. Kau sendiri tahukan perangai Apel tu lain macam sikit kalau dia marah. Selagi apa yang dia nak tak dapat. Habislah aku kalau diorang tahu aku tipu diorang!"

Reizen terus menunggang Jerry kuda berbulu putih kesayangannya sewaktu
Rayden sedang membebel.

Reizen menutup kepala dan wajahnya menggunakan jubah coklat di pakainya cuba menyembunyikan identiti kerabat dirajanya.

"Aku tahu aku boleh harapkan kau Rayden. Aku pergi dulu!"

"Kalau hari-harilah macam ni, boleh mati berdiri aku kau buat Reizen."

Merungut pening Rayden dengan perangai gila adiknya itu.

****

Semasa Reizen dalam perjalanan, kudanya Jerry meragam dengan berhenti secara mengejut.

"Hey buddy, kenapa ni? Kamu okey ke?"

Reizen turun dari kudanya dan memeriksa keadaannya.

"Oh no... Kamu luka rupanya. Hey it's okay. C'mere... Beta akan rawat luka kamu okey? Kamu tahan sikit ye buddy?"

Reizen menarik keluar secara perlahan serpihan kaca yang tercucuk di telapak kaki Jerry dan terus membalutnya.

"Easy Tiger... Gud boy..."

Reizen mengusap lembut bulunya sambil tersenyum gembira melihat Jerry tidak lagi kesakitan.

"Kita teruskan perjalanan okey buddy? Let's go!"

Sahut Jerry dengan suara gahnya seakan-akan faham dengan arahan tuannya.

"Kanda? Itu bukan Reizen ke kanda? Reizen nak pergi mana tu?"

Soal terkejut Apel terserempak bersama Eiffel yang sedang menunggang kuda masing-masing memerhatikan Reizen dari jauh.

"Entahlah Apel. Nampak macam ke arah kota besar. Tapi apa yang dia buat dekat sana seorang diri agaknya?"

Eiffel dan Apel hanya memerhatikan risau Reizen dari jauh.

****

"Kaylan? Pelik. Bukan kuda aku ada dalam bangsal ke tadi? Mana pulak dia pergi?"

Rayden mencari-cari kudanya di dalam bangsal dan memasuki salah satu bilik tempat kurungan kudanya.

Seseorang telah menutup pagar dan menguncinya daripada luar tanpa di sedarinya.

"Bukak pagar ni! Siapa yang berani-berani kurung beta dalam ni?! Beta kata bukak pagar ni! Pengawal dengar tak?!"

Rayden menggegar-gegarkan pagar begitu marah.

"Padan muka! Tengok tu Kaylan tuan kuda kena kurung?"

Apel muncul bersama Eiffel dengan membawa kuda milik Rayden yang telah mereka berdua sembunyikan daripadanya tadi dan gurauan nakal Apel itu membuatkan Eiffel ketawa kecil pada Rayden.

"Bukak pagar ni Apel! Ianya tak kelakar langsung!"

"Apel tak ketawa pun.."

Rayden menjeling pening melihat wajah selambanya seakan-akan Apel tidak rasa bersalah langsung mempermain-mainkannya.

"Kenapa Apel kunci Rayden dalam ni?!"

"Kenapa Rayden tipu Apel dengan kanda Eiffel pasal Reizen sebelum ni?!"

"Tipu? Tipu apa? Apa yang Apel cakap ni Rayden tak faham?"

"Oh.. Rayden tak nak mengaku ye... Tak apa. Rayden duduklah dalam tu sampai ada orang yang akan bukakkan pagar untuk Rayden."

"No! Apel let me out! Please..."

"Okey. Apel bagi Rayden peluang sekali lagi. Cakap, mana Reizen pergi?"

"Rayden tak tahu! Tak akan Rayden nak jaga dia siang malam? Apa Apel fikir Reizen tu masih budak 5 tahun lagi ke?"

"Baik. Kalau macam tu Rayden duduk dekat situ. Jom kanda Eiffel kita pergi tanya ayahanda Danther mungkin ayahanda Danther boleh beritahu kita Reizen mana?"

"Okay, okay i tell u! Happy?! So let me out! Now!"

Apel membukakan pagar melepaskan Rayden.

"So...?"

Ugut Apel dengan pandangan mautnya pada Rayden.

"Tapi sebelum tu, Apel dengan Eiffel kena janji dulu yang kamu berdua tak akan beritahu sesiapa pun pasal hal ni termasuklah ayahanda dan bonda kita berdua. Promise?"

"Okey-dokey."

Apel tersenyum nakal.

****

TING TING TING!

"Eww... Busuknya! Tempat apa ni?"

Soal Apel terkejut.

Rayden telah membawa Eiffel dan Apel secara rahsia dengan menyembunyikan identiti mereka bertiga ke sebuah tempat yang di penuhi ramai orang sedang bersorak teruja menyaksikan sesuatu.

"Kita buat apa dekat sini Rayden?"

"Reizen ada dekat sini."

Eiffel pelik memandang Rayden.

"Apa?! Reizen buat apa dekat tempat kotor macam ni?!"

"Shusshhh... Janganlah cakap kuat-kuat, Apel nak diorang semua tahu ke siapa kita. Apel tengok je nanti. Tengok, itu pun Reizen."

"Reizen?"

Eiffel terkejut Reizen memakai pakaian serba coklat menutup keseluruhan tubuh badannya juga wajahnya seperti seorang ninja dan tangannya memegang sebatang kayu begitu panjang.

"Fight! Fight! Fight!"

Jerit para penontonnya.

"Round 4!"

Kata salah seorang lelaki merupakan pengadilnya memulakan pertandingan.

Begitu cekap dan pantas Reizen memijak batang-batang kayu yang telah di cacakkan sebagai tempat laluan dirinya untuk bergerak menyerang pihak lawan. Di bawah kayu itu juga penuh dengan tahi-tahi lembu semata-mata mengalahkan dan mengenakan pihak lawan jika terjatuh.

Kehebatan Reizen dalam seni mempertahankan diri akhirnya telah membuatkan pihak lawan jatuh ke atas tahi lembu itu dengan begitu mudahnya.

"Wah... Hebatnya Reizen kanda!"

Apel bersorak kagum dengan melonjak-lonjak kegembiraan bersama-sama Eiffel.

"Betul tu Apel. Kanda sendiri pun tak sangka yang Reizen sehebat tu..."

"Kanda? Mana Rayden?"

"Tadi dia ada dekat sebelah kanda."

TING TING TING TING!

"Round 5!"

"Kanda, kanda dah nak mula! Tapi... Kanda itu bukan..."

"Rayden?"

Rayden telah menjadi pihak lawan bagi Reizen tanpa di sedari Reizen.

"Fight! Fight! Fight!"

Jeritan penonton yang tidak berhenti-henti begitu obses menyaksikannya.

"Mula!"

Pengadil memberi isyarat.

Reizen memulakan serangannya untuk menjatuhkan Rayden tetapi gagal kerana Rayden juga sama hebat sepertinya dalam mempertahankan diri. Dalam mereka berdua masih berlawan sesama sendiri, Reizen seakan-akan mengecam dan mengenali cara pengerakan Rayden kerana itu Reizen terus menghentikan serangannya pada Rayden.

Rayden menatap tajam mata Reizen kerana Rayden menyedari mata Reizen seolah-olah sedang membaca kedua-dua belah anak matanya.

"Rayden?"

Akhirnya Rayden tertangkap kerana itu Rayden membuka sedikit kain yang menutupi wajahnya untuk Reizen mengenalinya dan menutupnya semula.

Rayden mengeyitkan mata kanannya pada Reizen dan terus menoleh ke arah Eiffel jugak Apel memberikan pandangan isyarat untuk memberitahu pada Reizen bahawa adik-beradik Adrian juga ada di situ. Kerana itu Reizen terkejut melihat kemunculan Eiffel juga menunjukkan sedikit wajahnya yang tertutup kain padanya.

"Ohh, shit!!!!"

Kejutan itu membuatkan Reizen cuai, Rayden telah menggunakan kesempatannya dengan melibas kuat bahagian kakinya sehingga Reizen hilang timbangan badan lalu jatuh mengenai tahi lembu. Begitu mudah dan bangganya Rayden akhirnya dapat mengalahkan adiknya itu.

"Oops... Sorry lil bro. Need help?"

Rayden menghulurkan tangan kanannya untuk membantu Reizen bangun.

"Yeah sure."

"Whooahhh....!!!!"

Reizen menyambutnya dan menariknya kuat sehingga Rayden juga jatuh mengenai tahi lembu.

"Payback big bro!"

****

"Aku tak sangka yang kau boleh bawak Eiffel dan jugak Apel datang ke tempat macam ni Rayden!"

"Kau sendiri tahukan yang aku langsung tak boleh nak cakap no pun pada diorang. Lebih-lebih lagi Apel."

"Huh! Really Rayden?"

Reizen menggeleng kepala pening tidak mempercayai kelemahan abangnya itu yang begitu takutkan Eiffel dan lebih-lebih lagi pada Apel.

"Stop!"

Apel menahan mereka berdua dengan menghadang menggunakan badan dan tangannya seperti patung di sawah padi.

"Sejak bila Reizen boleh terlibat dalam pertarungan haram ni? Dan Apel betul-betul tak percaya yang Rayden jugak boleh berpakat dengan Reizen rahsiakannya daripada kitorang berdua sebelum ni!"

"Reizen tahu tak apa yang Reizen buat tu bahaya. Sebabnya Reizen boleh tercedera semasa bertarung."

Pujuk risau Eiffel.

"Dan sebab alasan inilah, yang buatkan Reizen tak nak Eiffel dan Apel tahu! Eiffel dan Apel terlalu banyak sangat fikir benda yang bukan-bukan! Dahlah pergi balik! Jangan campur urusan Reizen!"

"Ugh! Jerk! Jom kita balik kanda! Kanda Eiffel...?!!!!"

Sebelum pergi, Rayden menyedari Eiffel memandang sedih wajah Reizen di atas sikap dingin adiknya itu terhadapnya dan terus menunggang kuda masing-masing meninggalkan mereka berdua.

____REIZEN DAN RAYDEN DALAM PERJALANAN PULANG BERSAMA-SAMA KE KOTA ISTANANYA____

"Kali ni aku akan kalahkan kau Reizen."

"Huh... Kau selalu cakap benda yang sama Rayden. Tapi akhirnya aku jugak yang menang."

"Tak kali ni aku betul-betul serius."

"Baik. Aku terima cabaran kau."

Rayden tersenyum nakal tanpa di sedari Reizen yang sedang menunggang kuda bersebelahannya.

"Argh!!!! Reizen tolong aku kaki aku tersepit dekat tempat pemijak kaki kuda ni!!!!"

Jeritan kesakitan Rayden memeranjatkan Reizen lalu Reizen terus terjun turun daripada kudanya berlari cemas mendapatkan Rayden.

"Rayden kau okey ke?"

Rayden ketawa begitu nakal.

"Kau terkena lagi lil bro! Aku pergi dulu!"

"Apa?! Hei Rayden tunggu! Tak guna!"

Tergesa-gesa Reizen berlari ke arah kudanya semula dan terus naik di atas badan Jerry cuba mengejar Rayden dari belakang.

"My Prince!"

"Sorry...."

Jerit Reizen dengan rendah dirinya pada rakyat jelatanya.

"Too much. Hey Rayden stop!"

"Make me!"

Kenakalan kejar-mengejar mereka berdua telah membuatkan suasana pasar yang begitu sibuk sekali dengan pelbagai jenis gerai di dalam kota kerajaannya menjadi riuh-rendah juga huru-hara sebaik saja mereka berdua melalui tempat itu.

____KOTA ISTANA DIRAJA DANTHER____

"Rayden tunggu!"

Rayden turun daripada kudanya dan cuba melarikan diri daripada Reizen.

"Hahaha... Loser!"

Reizen juga turun dan terus mengejarnya sepantas mungkin sehinggalah mereka berdua berhenti di kolam air pancut dalam taman istananya kerana masing-masing tercungap-cungap kepenatan.

"Wait, wait, wait! Okey aku mengalah okey!"

"No. Take this!"

"Woohhh!"

Reizen menolak Rayden jatuh masuk ke dalam kolam air pancut itu.

Melihat Reizen mengetawakannya Rayden menarik tangan dan badannya masuk bersama-samanya ke dalam kolam. Rayden menggenakan Reizen dengan gurauan nakalnya dan tanpa mereka berdua sedari bondanya Rian sedang ketawa geli hati memerhatikan gelagat comel kedua putera kesayangannya itu.

"Ahem! Apa yang anakanda berdua sedang buat ni?"

Bondanya cuba berpura-pura dingin di depan puteranya.

"Bonda? Sejak bila bonda ada dekat situ?"

Rayden menyoal takut melihat wajah serius bondanya.

"Dari tadi bonda perhatikan anakanda berdua gembira betul main dalam kolam air pancut bonda tu. Kemari anakanda berdua."

Wajah takutnya Rayden dan Reizen mendekati bondanya.

"Apa yang bau busuk sangat ni anakanda Putera Rayden, Putera Reizen? Anakanda berdua main dekat mana ni? Pakaian anakanda berdua comot dan kotor betul!"

"Sebenarnya bonda, anakanda berdua baru je lepas bersihkan bangsal kuda anakanda berdua tadi. Tu yang bau. Betulkan Rayden?"

"Betul bonda, kalau bonda tak percaya bonda boleh tanya Kaylan dan Jerry. Right buddy?"

Kedua kuda kesayangan mereka berdua berdengus mengangguk-anggukkan kepala tanda faham kata tuannya.

Bondanya yang melihat gurauan comel Rayden menggeleng pening kepalanya pada mereka berdua.

"Ada-ada sajalah anakanda berdua ni. Sudahlah anakanda berdua pergi bersiram sekarang nanti kalau ayahanda nampak keadaan anakanda berdua macam ni, teruk anakanda nanti."

"Baiklah bonda tapi bonda tak akan beritahu ayahanda kan?"

Soal Reizen comel pada bondanya.

"Anakanda sememangnya bertuah sebab bonda terlalu sayangkan anakanda berdua lebih daripada suami bonda sendiri. Sudah pergi cepat! Bonda sebenarnya tengah mencari ayahanda anakanda berdua ni. Entah ke mana pulak ayahanda anakanda ni menghilangkan diri lepas habis je bersantap dengan bonda tadi. Bonda pergi dulu."

Bondanya terus beredar tergesa-gesa.

"What?"

Soal pelik Rayden kerana Reizen memandangnya dengan cuba menahan ketawanya.

"Tanya Jerry dengan Kaylan? Really Rayden?"

"Oh.. Come on... Kau ada alasan lain ke waktu-waktu genting macam tu? Kau sendiri nampak wajah bonda macam nak telan kita hidup-hidup tadi."

"Yeah right..."

Perli Reizen ketawa nakal.

Reizen berjalan ke arah kudanya Jerry dengan di perhatikan Rayden.

"Reizen boleh aku tanya sikit? Apa masalah kau sebenarnya dengan Eiffel?"

"Masalah apa yang kau maksudkan ni?"

"Aku tahu kau faham maksud aku Reizen. Aku nak tahu, kenapa kau benci sangat dengan Eiffel sampai kau buat dia macam tu tadi? Aku bukan apa Reizen. Kita semua dah berkawan lama daripada kita semua masih kecik lagi. Dulu kau tak macam ni.. Tapi sekarang kau dah berubah. Aku jugak kecewa dengan sikap kau di sebabkan cara kau layan Eiffel tadi. Apa yang kau cuba nak rahsiakan sangat daripada aku selama ni Reizen? Cuba kau terus-terang dengan aku, mungkin aku boleh tolong."

"Manusia ni hati boleh berubah-ubah dengan sekelip mata Rayden. Walau apa pun, aku tetap adinda kandung kau yang sama. Sebab sikap aku pada kau tak pernah berubah sedikit pun Rayden. Itu yang paling penting. Jadi, tak perlulah kau nak risau sangat pasal aku."

"Tak Reizen, adinda kandung aku yang aku kenal dah banyak berubah. Kau bukan Reizen yang dulu lagi."

Reizen terus terdiam tersentak sedih mendengar luahan hati Rayden yang benar-benar menyanyangi dirinya.

Perbualan mereka berdua terus terhenti apabila muncul 2 orang pengawal istana datang dengan menunggang kuda.

"Ampunkan patik tuanku kerana mengganggu tuanku berdua. Patik berdua datang dengan membawa pesanan yang telah di titahkan oleh ayahanda tuanku Yang Mulia Raja Danther untuk Tuanku Putera Reizen."

"Apa dia pengawal cakaplah?"

"Ayahanda tuanku ingin berjumpa dengan tuanku. Katanya ianya benar-benar penting tuanku."

"Kenapa agaknya ayahanda nak jumpa dengan kau Reizen?"

Reizen hanya mendiamkan diri memandang Rayden.

Rayden merasa pelik memerhatikan wajah risau Reizen kerana dirinya merasai Reizen cuba menyembunyikan sesuatu daripadanya.

____DALAM KAMAR AYAHANDA DAN BONDANYA____

"Ada apa ayahanda nak jumpa dengan anakanda?"

"Macam mana anakanda, ayahanda nak tahu keputusan daripada anakanda sekarang, apa jawapan anakanda?"

"Berapa kali anakanda perlu fahamkan ayahanda yang anakanda tak nak kawin dengan dia ayahanda! Tolonglah jangan paksa anakanda macam ni!"

"Anakanda tak ada pilihan lain anakanda! Sama ada anakanda suka atau pun tidak, keputusan ayahanda muktamad! Ayahanda tetap akan kawinkan anakanda dengan Puteri Ravenna! Puteri Ravenna dan bondanya Permaisuri Eva akan datang ke istana kita untuk menetapkan hari pertunangan antara anakanda berdua tak lama lagi! Jadi, perintah ayahanda adalah ayahanda mahu anakanda menyambut baik kedatangan mereka! Faham anakanda?!"

"Bonda tolong anakanda bonda... Macam mana anakanda nak kawin dengan Puteri Ravenna, kalau anakanda sendiri tak cintakan dia? Anakanda merayu tolonglah bonda jangan paksa anakanda..."

Rayuan putera bongsu kesayangannya itu benar-benar melemahkan hati Permaisuri Rian.

"Kanda?"

"Tolong jangan cuba masuk campur dinda. Ini urusan antara kanda dengan Putera Reizen."

"Baik. Kalau ayahanda tetap jugak paksa anakanda, ayahanda akan menyesal ayahanda."

"Putera Reizen! Anakanda sedar tak anakanda sedang bercakap dengan siapa sekarang?! Ayahanda adalah ayahanda kandung anakanda sendiri! Jadi jangan cuba anakanda berani-berani nak ugut ayahanda!"

"Anakanda bercakap perkara yang benar ayahanda. Kalau ayahanda masih paksa anakanda, ayahanda tak akan jumpa dengan anakanda lagi lepas ni ayahanda!"

"Anak kurang ajar!!!!"

"Kanda!!!!"

Permaisuri Rian terperanjat besar apabila suaminya itu menampar kuat pipi kanan Reizen di depan matanya.

"Itu yang ayahanda nak kan?"

Reizen terus keluar dari dalam kamar dengan menghempas pintu begitu kuat.

"Kenapa kanda begitu kejam sekali pada anakanda kita kanda? Apa salah Putera Reizen sampai kanda sanggup buat anakanda kita macam tu?"

"Dinda tak akan faham masalah kanda dinda."

Jawab Raja Danther penuh serba-salah pada mereka berdua.

"Cubalah kanda terus-terang dengan dinda supaya dinda faham apa masalah kanda yang sebenarnya?"

"Dinda tolonglah kanda pujuk anakanda kita Putera Reizen supaya kawin dengan Puteri Ravenna. Kalau kanda tak kawinkan mereka berdua, hidup keluarga kita akan mendapat susah nanti dinda."

"Kenapa kanda cakap macam tu?"

Raja Danther terus terdiam memandang isterinya dengan perasaan teramat risaunya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience