TPP 1__ M¡Mp¡ NGER¡

Fantasy Series 19743

Malam itu hujan turun begitu lebat sekali dengan di iringi bunyi ribut petir yang amat menakutkan berdentum-dentum tanpa henti.

"Mummy? Daddy?"

Perlahan-lahan kaki Apel melangkah masuk ke dalam bilik mummy dan daddynya dengan memeluk erat anak patung beruang comelnya.

"Aaaaahh....!!!!"

Apel menjerit sekuat-kuat hatinya kerana merasa teramat takut sekali apabila melihat mayat mummy dan daddynya terbujur di bawah lantai dengan bermandikan darah.

"Apa yang kamu dah buat pada mummy dan daddy Apel?"

Mata Apel terus terkaku apabila melihat kelibat 2 orang lelaki misteri berada di dalam bilik itu di mana salah seorang daripada mereka berdua sedang duduk melutut bersebelahan jasad daddynya.

Kedua-dua belah tangan lelaki itu penuh dengan lumuran darah dan perlahan-lahan wajahnya menoleh ke arah Apel.

Di sebabkan keadaan yang teramat gelap, Apel tidak dapat mengecam wajah lelaki itu. Apel menggigil ketakutan kerana telah melihat sepasang anak mata berwarna merah menyala berdarah menatap tajam tepat ke arah anak matanya.

Kemudian lelaki misteri itu terus bangun dari tempat duduknya tadi dan melangkah perlahan mendekatinya.

"Apel?"

Eiffel kakak sulung kepada Apel memanggil-manggil namanya dari luar dan terus meluru masuk ke dalam bilik itu.

"Aaaaahh....!!!!"

Eiffel juga teramat terperanjat besar melihatnya. Tangannya terus menutup kedua-dua belah mata Apel kerana tidak mahu adiknya itu menyaksikan pemergian orang tuanya yang amat mengerikan itu.

Tanpa pengetahuan Eiffel, Apel tidak memberitahu padanya tentang kewujudan 2 orang lelaki misteri itu yang telah menghilangkan diri hanya dengan sekelip mata sahaja sewaktu kakaknya memasuki ke dalam bilik.

Sejak dari peristiwa malam itu, Apel telah berubah sikap menjadi seorang budak yang pendiam dan tidak seceria dulu lagi di sebabkan Apel telah pun mengalami trauma yang teramat tanpa pengetahuan kakaknya sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience