TPP 12 __ pERTARU|-|AN

Fantasy Series 19743

____DI RUMAH AGAM DANTHER____

"Kenapa dengan kau Rayden?"

Rayden pantas menutup lukanya dengan kain terkejut kerana tidak menyedari Reizen berada di belakangnya sewaktu dirinya leka merawati kecederaan di bahagian pahanya sendiri.

"Reizen? Kau dari mana?"

"Aku tanya, kau kenapa?"

"Kenapa dengan aku? Aku okey je... Kenapa kau tanya aku macam tu?"

"Kau tak boleh bodohkan aku Rayden. Aku tahu kau cuba sembunyikan sesuatu daripada aku. Kau lukakan? Sebab aku kenal bau darah kau Rayden."

Rayden terus terdiam dengan kepalanya tertunduk ke bawah kerana dirinya telah tertangkap.

Dalam keadaan marah Reizen terus duduk di bawah kaki Rayden untuk membantu merawati lukanya tanpa memandang wajah abangnya itu.

Rayden menyedari Reizen hanya mendiamkan diri bengang dengannya kerana cuba merahsiakan kecederaannya itu daripada pengetahuannya.

"Maafkan aku."

"Aku nak kau jauhkan diri kau daripada Eiffel. Dia milik aku. Itu pun kalau kau masih ingat lagi pada perjanjian kau Rayden."

Reizen terus beredar sesudah dirinya membaluti luka Rayden dengan pandangan terperanjatnya Rayden memerhatikannya atas kata-kata kasarnya yang seakan-akan benci padanya.

Malam itu dirinya hanya duduk di atas kerusi rehat dengan termenung kesedihan memerhatikan ungun api dalam ruangan bilik rehatnya seorang diri. Fikirannya tidak berhenti-henti mengingati akan kata-kata Reizen padanya tadi di sebabkan rasa bersalahnya pada adiknya itu.

____KOLEJ HIGH VILLE____

Eiffel berjalan setiap sudut dalam kelas mengawasi pelajar-pelajarnya menjawab kertas soalan yang di berikannya tadi.

Secara tidak sengaja dirinya terkejut kerana matanya telah terpandang sedikit kesan darah pada seluar jeans Rayden di bahagian pahanya.

"Baik kelas, saya harap kamu semua telah buat yang terbaik. Jadi, kita jumpa esok."

____DI LUAR KELAS____

"Reizen tunggu!"

Reizen hanya berdiri membelakangi Rayden tanpa memandang wajahnya.

"Aku tahu kau masih marah lagi pada aku Reizen. Aku mintak maaf, kalau pasal Eiffel kita bergaduh macam ni... Tolonglah jangan salah faham Reizen. Aku cuma nak selamatkan Eiffel, itu je niat aku Reizen percayalah..."

Reizen menoleh ke arah Rayden di belakangnya dan melangkah perlahan mendekati Rayden dengan pandangan tajamnya.

"Aku nak kau buktikan dulu, yang kau sememangnya tak ada apa-apa perasaan langsung pada Eiffel lagi Rayden. Setelah tu, baru aku akan percaya dengan kata-kata kau."

Rayden membalas semula pandangan tajam Reizen kerana rasa ketidak puasan hatinya mendengarnya.

Belum sempat Reizen melangkah ingin beredar.

"Kau dah lupa ke Reizen, aku jugak perlu melindungi orang yang sama?"

"Tapi tak bermakna kau boleh buat sesuka hati kau Rayden sampai kau sanggup langgar perjanjian kita sebelum ni!"

Kerana rasa bersalahnya, Rayden tidak mampu lagi berkata apa-apa kerana itu, Rayden hanya mematung diri memerhatikan Reizen yang pergi dalam keadaan teramat marah padanya.

"Dari mana kau boleh dapat luka di paha kau tu?"

Sapa Apel dari belakang.

____DI TINGKAT ATAS BUMBUNG BANGUNAN KOLEJNYA____

"Kenapa kita perlu cakap dekat sini? Apa yang kau cuba sembunyikan daripada semua orang sebenarnya? So sekarang, boleh kau terus-terang dengan aku, macam mana kau boleh terluka dekat paha kau tu?"

Soal Apel dengan pandangan curiganya pada Rayden.

"Aku, aku dapat... Luka ni dekat..."

Cemasnya Rayden menjawab.

"Rayden dapat luka tu masa dia cuba nak selamatkan kakak daripada kena langgar dengan lori semalam. Kalau Rayden tak ada tepat pada masa tu, kakak sendiri tak tahu apa yang akan jadi pada kakak Apel. Terima kasih Rayden, sebab kamu dah bahayakan nyawa kamu di sebabkan saya."

Kemunculan Eiffel bersama penjelasannya itu memeranjatkan Apel dan lebih-lebih lagi Rayden.

"Sa, sa, sama-sama Mizz..."

Rayden terpinga-pinga memandang Eiffel.

"Kakak hampir-hampir kemalangan semalam tapi kakak langsung tak beritahu Apel! Kenapa kakak?!"

"Kakak mintak maaf Apel. Kakak cuma tak nak buat Apel risau."

Apel terus beredar setelah memberikan pandangan tajam teramat marahnya pada Eiffel dan juga Rayden.

"Kenapa Mizz tolong saya?"

"Sebab 2 kali dah kamu tolong saya sebelum ni Rayden..."

Rayden benar-benar terperanjat mendengarnya.

"Mizz cakap apa ni?"

"Saya tahu, kamukan yang telah selamatkan saya sebelum ni dan buktinya ada pada kesan darah di seluar jeans kamu tu betulkan tekaan saya Rayden Danther?"

Begitu cemasnya Rayden cuba untuk menjawab.

"Sebenarnya saya... Sa, saya..."

"Kenapa kamu nak rahsiakan siapa diri kamu yang sebenarnya pada saya Rayden?"

"Sebenarnya Mizz, saya..."

Rayden tersentak apabila Eiffel menggengam erat tangan kanannya dengan mata Eiffel menatapi lembut anak mata biru aisnya.

"Tolonglah jangan cuba rahsiakan apa-apa lagi daripada saya Rayden..."

Eiffel menyedari wajah teramat sedih Rayden yang hanya mematungkan diri dengan kepalanya tertunduk ke bawah di depannya atas pertanyaannya itu tadi.

"Kita sememangnya mengenali antara 1 sama lain sebelum ni Mizz... Kerana saya bukannya orang lain pada Mizz. Kalau Mizz benar-benar nak tahu siapa saya, saya sebenarnya adalah tunang Mizz sebelum ni... Puteri Eiffel Adrian... My Princess..."

Eiffel terkejut lalu melepaskan pegangan tangannya pada Rayden dengan menjauhkan dirinya daripadanya.

"Saya tak mintak Mizz untuk percayakan saya. Saya cuma nak Mizz tahu, yang saya ada sebab saya sendiri kenapa saya terpaksa lakukan semua ni... Tapi pegang pada janji saya Mizz, walaupun kita tak tidak dapat bersama, saya tetap akan lindungi Mizz. Itu adalah sumpah perjanjian saya pada..."

"Perjanjian? Kamu telah buat perjanjian pada siapa selama ni Rayden?!"

Rayden terkejut Eiffel terus rebah sempat tangannya menahannya dengan memeluknya lalu Eiffel tertidur dalam dakapan Rayden.

Rayden menyedari rupa-rupanya Eiffel telah di sihir oleh seorang lelaki misteri yang jaraknya tidak jauh dari mereka berdua berdiri di belakang Rayden.

"Reizen kau dekat mana?"

Panggil Rayden tanpa tahu di mana kedudukan Reizen sekarang.

"Aku tahu."

Lelaki misteri itu terus melarikan diri sepantas kilat kerana mendengar telepati di antara Rayden dan Reizen yang ingin menangkapnya.

Reizen cuba mengejar sehingga lelaki misteri itu terperangkap di jalan mati tingkat atas bangunan Kolejnya.

"Kau tak dapat lari lagi pengecut!"

"Kau fikir kau boleh tangkap aku? Kau bukan lawan aku Reizen Danther."

"Huh? Kau! Bukan ke kau sepatutnya dah mati aku bunuh sebelum ni?! Tak mungkin..."

Reizen benar-benar terperanjat besar melihat lelaki misteri itu telah mendedahkan wajah sebenarnya pada Reizen.

"Arrrrrrrrrrgh....!!!!"

Leher Reizen di cekik kuat lalu badannya di hempas ke dinding oleh lelaki misteri itu.

"Reizen... Reizen... Kau sememangnya bodoh kerana terlalu percayakan kembar kau yang hipokrit tu."

"Apa yang kau cakap ni?"

Dengan menahan kesakitan di cengkaman lehernya Reizen menyoalnya.

"Mungkin pada kau dia sememangnya abang yang terlalu menyanyangi kau selama ni Reizen. Tapi kau langsung tak sedar apa yang dia dah buat di belakang kau. Dia dah pun langgar perjanjian kau Reizen dengan cuba merampas satu-satunya Puteri kesayangan kau daripada tangan kau sendiri. Dia khianati kepercayaan kau!"

Reizen terus terdiam memerhatikan ketawa besar lelaki misteri itu padanya.

Dengan pandangan kelirunya Reizen cuba untuk melawan tetapi malangnya ternyata lelaki misteri itu lebih kuat daripadanya.

Reizen meraung mengerang kesakitan yang teramat kerana dadanya cuba di robek sedikit menggunakan tangan kanan lelaki misteri itu.

"Aku dah kata kau bukan tandingan aku Reizen."

Tersenyum sinis lelaki misteri itu begitu gembiranya dengan kesakitan Reizen.

"Kenapa dengan badan aku ni? Kenapa aku rasa begitu lemah sangat sampai macam ni sekali?"

Bisik kata hati Reizen dengan menahan kesakitannya.

"Arrrrrgh!"

Tangan lelaki misteri itu telah di tembak dari jarak jauh oleh seseorang.

Muncul Apel dengan memegang pistol cuba untuk mengejarnya tetapi gagal kerana lelaki misteri itu lari sepantas kilat.

"Kau okey?"

Apel membantu Reizen untuk bangun di sebabkan badan Reizen teramat lemah sekali akibat dari pertarungan tadi.

"Apel buat apa dekat sini? Apel tahu tak apa yang Apel buat tadi tu bahaya?"

"Kau siapa nak larang aku macam tu?! Aku tak perlukan orang macam kau untuk jaga aku okey? And sebelum terlupa sama-sama."

Sindir Apel.

"Terima kasih."

Serba-salahnya Reizen menjawab.

"Bagus."

Sebelum Apel beredar meninggalkan Reizen.

"Tolonglah jangan bahayakan nyawa Apel lagi untuk buru lelaki tu!"

"Kenapa kau nak sibuk pasal hal aku?! Aku ada alasan aku sendiri kenapa aku mesti buru dia dan kau langsung tak hak nak halang aku!"

Reizen memerhati risau Apel pergi.

____DI RUMAH ADRIAN____

Rayden membawa Eiffel balik dengan mengangkat badannya dan meletakkannya lembut di atas katil.

"Berabad tahun lamanya Rayden cuba pendamkan, akhirnya baru sekarang Rayden dapat jelaskannya pada Eiffel tentang kita. Rayden gembira sangat-sangat Eiffel dan tak menyangka yang Eiffel dapat rasakan jugak kehadiran Rayden dalam hidup Eiffel... Eiffel tak tahu betapa seksanya Rayden perlu berkorban demi orang paling penting dalam hidup Rayden sebelum ni. Kerana Rayden terpaksa lepaskan Eiffel demi dia. Tapi Rayden tak pernah sesekali pun menyesal dengan takdir Rayden. Cuma 1 permintaan Rayden pada Eiffel... Tolonglah jangan lupakan Rayden, kerana Rayden jugak pernah menjadi sebahagian orang paling penting dalam hidup Eiffel dulu..."

Rayden menatapi wajah comel Eiffel yang masih pengsan tidak sedarkan diri untuk seketika dan akhirnya beredar pergi meninggalkannya.

____RUMAH AGAM DANTHER____

Rayden curiga melihat Reizen seakan-akan sedang menunggunya dalam bilik unggun api sambil duduk di atas kerusi rehat dengan tangan kanannya memegang sebilah pedang.

Perlahan-lahan Rayden melangkah mendekati adiknya itu.

"Reizen...?"

Reizen menoleh ke arahnya dengan menatap tajam anak mata Rayden.

"Bunuh aku Rayden... Bunuh aku!"

Rayden terperanjat apabila Reizen terus bangun dengan memegang kuat tangan kanannya dan memberikan pedang itu padanya.

"Kau buat apa ni Rayden?! Kau dah gila ke?!"

Rayden melepaskan pedang itu jatuh ke lantai.

"Memang aku dah gila! Tergamak kau cuba rampas Eiffel daripada aku Rayden! Pada mulanya aku memang tak percaya! Tapi bila aku cuba lawan dia baru aku sedar yang aku lemah... Sebab apa?! Sebab kau Rayden! Sebab kau aku tak boleh lawan dia!"

"Dia? Siapa yang kau maksudkan ni Reizen?"

"Dia masih hidup! Aku cuba nak lawan dia tapi aku tak mampu... Sebab badan aku terlalu lemah... Kau sepatutnya tahu Rayden yang nyawa dan kelemahan aku ada dalam diri Eiffel! Tapi kenapa kau cuba rampas nyawa aku pada dia Rayden?! Kenapa?!"

Rayden hanya membisu terkilan mendengarnya dengan matanya tidak mampu lagi menatap mata Reizen di atas rasa bersalahnya.

"Biarkan aku mati Rayden, daripada kau buat aku macam ni... Aku tak sanggup nak teruskan semua ni lagi Rayden... Aku dah tak sanggup! Biarlah sumpahan tu memakan diri aku daripada melihat abang kandung aku sendiri cuba untuk bunuh aku..."

"Maafkan aku Rei..."

"Terima kasih atas segala pengorbanan yang kau telah lakukan untuk aku selama ni Rayden... Dan lepas ni aku pastikan yang aku tak akan menyusahkan hidup kau lagi..."

Reizen pergi dengan mengalirkan air mata penuh kekecewaannya pada abangnya.

Rayden terus jatuh melutut ke lantai dengan menangis sepenuh hatinya menjerit sekuat-kuatnya sehingga telah mengeluarkan suara Vampirenya yang begitu menyeramkan berkumandang seluruh kawasan rumah agamnya di dalam hutan tebal itu.

____RUMAH ADRIAN____

"Rayden?"

Eiffel yang pengsan tadi terus terbangun dari posisi baringnya di atas katil kerana terkejut di sebabkan telinganya seakan-akan dapat mendengar suara tangisan kesedihan Rayden.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience