TPP 7 __ |_UkA

Fantasy Series 19743

____RUMAH AGAM DANTHER____

Hujan turun dengan lebatnya juga petir sambung-menyambung di iringi ribut begitu kencang sekali.

"Aaaaarrrrrrrrrrgh....!!!!"

Reizen meraung sekuat-kuatnya menahan kesakitannya di sebabkan Rayden cuba sedaya-upayanya untuk mencabut keluar batang pedang yang telah menusuk belakang badan Reizen dengan penuh berhati-hatinya. Dan akhirnya Rayden telah berjaya menyelamatkan nyawa adiknya itu.

Keadaan menyedihkan Reizen yang terbaring lemah di atas katilnya itu benar-benar membuatkan hati Rayden begitu sebak sekali. Rayden duduk di atas katil bersebelahan Reizen dengan menatapi wajah pucatnya.

"Kenapa kau masih lagi buat semua kerja gila kau ni Reizen? Cukuplah Reizen, tolong hentikan semua ni.. Aku sebagai abang kandung kau, aku dah tak sanggup nak tengok keadaan kau macam ni lagi Reizen."

Rayden menitiskan air mata kesedihannya tanpa pengetahuan Reizen.

____KEESOKKANNYA____

Rayden melihat Reizen berdiri tegak membelakanginya di jendela dengan termenung jauh. Dirinya yang berkeadaan badannya berbalut-balut di sebabkan kecederaannya malam tadi.

"Macam mana dengan keadaan kau sekarang Reizen?"

Reizen hanya membisu dengan mematungkan dirinya tanpa menoleh ke arahnya.

"Terus-terang dengan aku Reizen, siapa orang yang nak cuba bunuh kau semalam?"

Pertanyaan marah Rayden memaksanya untuk berterus-terang.

"Apel... Yang nak bunuh aku semalam."

"Apa?!"

Reizen terus menarik tangan kiri Rayden menahannya.

"Kau nak pergi mana Rayden?"

"Aku tak boleh berdiam diri lagi Reizen setelah apa yang Apel dah buat pada kau! Dia dah melampau!"

"Jangan Rayden! Aku tak nak kau apa-apakan dia."

"Kau masih lagi nak pertahankan dia Reizen?!"

"Lepaskan dia Rayden! Tolonglah jangan sentuh dia kalau kau masih anggap lagi aku sebagai adik kandung kau Rayden.."

Rayden menatap tajam mata sedih rayuan Reizen.

"Kau tetap tak boleh halang aku Reizen kalau keadaan memaksa!"

Rayden melepas kasar pegangan tangan Reizen dan terus keluar dari dalam biliknya dengan wajah risau Reizen memandangnya.

____KOLEJ HIGH VILLE____

Warren menunggu kedatangan Apel di parking kereta dan akhirnya Apel telah muncul dengan memberhentikan motorbikenya bersebelahannya.

"Macam mana dengan keadaan Kak Eiffel okey?"

Apel membuka helmetnya.

"Kak Eiffel sihat. Cuma...."

"Cuma apa maksud Apel?"

"Kak Eiffel, masih lagi berkeadaan macam yang Warren tengok hari tu.."

"Sabarlah Apel.. Berikan kak Eiffel ruang untuk kak Eiffel ubati kesedihan dia di atas kehilangan Abang Shawn. Warren percaya, kak Eiffel seorang yang sangat kuat. Jadi, Apel jugak kena percayakan kakak Apel sendiri okey?"

"Thanks Warren sebab ambik berat sangat-sangat pasal Apel dan jugak kak Eiffel."

"Kamu berdua jugak sangat penting pada Warren. Jadi, Warren tak nak dengar lagi Apel berterima kasih dengan Warren okey?"

Sedang mereka berdua berbual, muncul Rayden yang juga meletakkan keretanya tidak jauh dari tempat mereka berdua.

Rayden memerhatikan begitu tajam wajah Apel sebaik saja Rayden keluar dari dalam keretanya berjalan lalu melepasi mereka berdua. Apel pula sentiasa memberikan pandangan curiganya terhadap adik-beradik Danther itu.

____DI RUMAH ADRIAN____

Eiffel duduk termenung berseorangan di atas katilnya dan kedengaran bunyi pintu rumahnya di ketuk dari luar oleh seseorang.

"Reizen?"

Eiffel benar-benar terkejut besar melihat kemunculan Reizen di muka pintunya.

"Mizz Eiffel apa khabar? Boleh Reizen masuk?"

____DI MEJA MAKAN____

"Minumlah Reizen.."

"Terima kasih Mizz."

"Nah! Untuk Mizz Eiffel."

Reizen memberikan 1 bungkusan beg kertas berisi Donut Coklat dan Tea panas pada Eiffel.

"Macam mana Reizen tahu yang saya sukakan semua ni?"

"Tentulah.. Bukan ke.. Um.... Tak, maksud Reizen tak sangka kebetulan kesukaan kita sama Mizz macam tak percaya. Nampaknya kita memang ada jodoh."

Reizen cuba mengawal rasa mengelabahnya setiap kali dirinya bersama Eiffel.

"Apa yang aku mengarut ni.."

Kata Reizen lagi tanpa di dengari oleh Eiffel.

"Ikut Reizen."

Eiffel terkejut apabila Reizen memegang tangan kanannya dan terus menariknya membawanya keluar dari dalam rumahnya.

____DALAM HUTAN TEBAL____

"Kamu nak bawak saya pergi mana ni Reizen? Kita nak buat apa dekat sini? Saya takutlah Reizen.."

Eiffel menyembunyikan diri di belakang badan Reizen dengan memegang kuat lengan kanannya.

Gelagat comel Eiffel itu membuatkan Reizen hanya tersenyum memandangnya.

"Kita dah nak sampai pun.."

Reizen menarik tangan kiri Eiffel dan membawanya berjalan bersamanya.

Eiffel menyedari Reizen membawanya ke arah di mana Eiffel melihat 1 cahaya putih begitu bersinar-sinar menyilaukan anak matanya sehingga Eiffel memejam rapat kerana sakit untuk menatapnya lagi.

"Mizz boleh bukak mata Mizz sekarang.."

Bisik penuh lembutnya Reizen di telinga kanan Eiffel.

Setelah kedua belah matanya terbuka secara perlahan, Eiffel begitu malu sekali kerana Reizen yang berada di belakangnya, dirinya menyedari betapa rapatnya badan Reizen dengan badannya. Eiffel cuba mengawal rasa malunya pada Reizen kerana juga merasai nafas Reizen di tengkuknya.

Eiffel memerhatikan keadaan sekeliling. Dirinya terus terpegun dan begitu terpesona sekali melihat keindahan pemandangan petang tempat itu.

Tempat itu di penuhi pokok-pokok besar begitu rendang dan salah satunya telah tergantung 1 buaian cantik berada betul-betul di atas bukit. Dan sekeliling bukit itu juga di kelilingi dengan pokok-pokok bunga ros putih berduri.

Reizen memegang lembut kedua-dua belah lengan Eiffel dari belakang dan berkata.

"Selamat datang ke dalam dunia Blaq Maya."

Reizen menarik semula tangan Eiffel dan membawanya lari bersama-samanya naik ke atas bukit menuju ke arah salah satu pokok yang mempunyai buaian itu.

Tiba di buaian, Reizen memegang kedua belah lengan Eiffel menyuruhnya untuk duduk di atas buaian itu.

"Pegang tali buaian ni kuat-kuat Mizz."

Eiffel melihat Reizen menghayunkan buaian itu hanya dengan 1 tolakkan saja tetapi lama-kelamaan Eiffel menyedari buaian itu sedikit demi sedikit makin naik ke atas dengan sendirinya.

Reizen mengukir senyuman comelnya memerhatikan Eiffel dari bawah buaiannya.

"Reizen!"

Jerit Eiffel dari atas.

"Kenapa Mizz?!"

"Saya nak turun!"

Jeritnya lagi.

"Aaaaahh....!!!!"

Buaian itu terus turun ke bawah dengan sendirinya begitu laju.

Reizen berlari mendapatkan Eiffel kerana menyedari wajah Eiffel cemas memandangnya.

"Mizz Eiffel? Mizz okey? Kenapa Mizz menjerit tadi?"

"Kamu tanya saya kenapa saya menjerit?! Kamu tak nampak ke, buai ni laju jatuh ke bawah tadi Reizen?!"

Wajah marah Eiffel padanya membuatkan Reizen ketawa memandangnya.

"Kenapa kamu ketawa?"

"Sebab Mizz comel sangat bila marah.. Mizz tahu tak kenapa buai ni turun dengan sendirinya?"

Eiffel mendiamkan diri dengan memberikan pandangan tajam masam-mencukanya pada Reizen.

"Mizz sepatutnya tak perlu menjerit tadi, tapi Mizz kena cakap baik-baik dekat buaian ni."

Reizen menyambung ketawanya lagi.

"Apa buaian ni pun ada perasaan ke? Kamu jangan nak mengarutlah Reizen! Dahlah malas saya nak layan kamu!"

Eiffel terus bangun dari buaian dan berjalan ke arah pokok bunga ros yang berada berhampirannya di situ.

"Cantiknya...."

Eiffel memetik sekuntum lalu menghidu harumannya.

Gelagat comelnya itu di perhatikan oleh Reizen dari jauh kerana Reizen teramat terpikat sekali dengan senyuman manis Eiffel yang begitu menarik dan menawan hatinya.

Mereka berdua duduk bersama-sama di rumpunan bunga-bunga ros putih itu. Tanpa Eiffel sedari, mata Reizen langsung tidak berhenti-henti memerhatikan wajahnya yang masih lagi sedang leka membelai-belai kuntuman bunga ros putih di petiknya tadi.

"Reizen? Boleh saya tanya kamu sikit?"

Eiffel pelik Reizen tidak menjawab tetapi hanya memandangnya.

"Reizen?"

Eiffel melambai-lambaikan tangannya pada wajahnya.

"Huh! Mizz cakap dengan saya ke tadi?"

Reizen terus tersedar dari angaunya pada Eiffel.

"Saya nak tanya kamu, kenapa kamu bawak saya datang ke sini?"

"Sebab Reizen tengok Mizz Eiffel sedih sangat tadi, jadi Reizen bawaklah Mizz datang sini. Dan sekarang Reizen dah pun berjaya buat Mizz Eiffel tersenyum semula."

"Terima kasih Reizen. Saya sekarang rasa tenang dan happy sangat-sangat bila berada dekat sini. Tapi saya masih lagi betul-betul tak percaya yang kamu ada tempat rahsia secantik ni Reizen."

Tersenyum Eiffel memandang Reizen yang duduk bersebelahannya.

"Sebenarnya Reizen jadikan tempat ni sebagai pelepas rindu Reizen pada orang yang sangat penting dalam hidup saya Mizz."

"Adakah orang tu, girlfriend kamu Reizen?"

Reizen tersenyum kecil memandang wajah Eiffel.

"Kamu bertuah Reizen, sebab orang yang kamu sayang tu masih ada lagi dalam dunia ni jika nak di bandingkan dengan saya. Mereka semua pergi tinggalkan saya buat selama-lamanya."

"Siapa kata Reizen bertuah Mizz? Mizz langsung tak tahu apa-apa pun pasal saya. Kalau Mizz nak tahu, beza Mizz dengan Reizen, Mizz dapat bersama dengan mereka ketika mereka masih hidup. Sedangkan Reizen sampai sekarang pun, Reizen masih tak boleh bersama dengan dia Mizz."

Eiffel memandang wajah begitu kecewa Reizen dengan perasaan teramat simpatinya mendengarnya.

"Tapi kenapa Reizen, apa yang menghalang kamu sebenarnya?"

"Sebab...."

"Ahh!"

Jari telunjuk kanan Eiffel berdarah di sebabkan tercucuk duri bunga ros putih yang di pegangnya tadi.

"Sakitnya...."

Mata Reizen terus terkaku melihat darahnya.

Eiffel yang sedang leka menilik jari lukanya itu, perasaannya merasa pelik kerana Reizen duduk dengan kepalanya tertunduk ke bawah.

"Reizen?"

"Mizz? Hari dah nak malam, apa kata Mizz balik sekarang."

Reizen bercakap tanpa memandangnya.

"Kenapa kamu tak balik sekali dengan saya Reizen?"

"Pergi Mizz. Dan ikutlah laluan arah sana."

Reizen menunjukkannya menggunakan tangan kanannya dan apabila Eiffel menoleh semula padanya, Reizen telah menghilangkan diri dari penglihatan matanya.

"Reizen? Reizen! Kamu dekat mana?!"

Eiffel ketakutan kerana Reizen meninggalkannya berseorangan di situ dan secara tiba-tiba cahaya putih telah datang semula dengan menyilaukan anak matanya.

"Kak Eiffel? Kakak bangun kakak!"

Eiffel membuka matanya dan terkejut dirinya tertidur dalam posisi duduk dengan meletakkan kepalanya di atas meja makan rumahnya.

"Kenapa kakak tidur dekat sini? Tadi kakak keluar pergi kedai ke? Kenapa kakak tak kirim je dekat Apel boleh Apel belikan untuk kakak."

"Tadi kakak memang ada keluar, tapi kakak bukan pergi kedai. Kakak pergi...."

"Kakak pergi mana?"

Eiffel terdiam seketika kerana keliru memikirkan situasi tadi.

"Kak Eiffel? Apel tanya ni kakak pergi mana siang tadi?"

"Tak adalah Apel. Kakak tak pergi mana-mana pun."

"Jom! Apel bawak kakak masuk dalam bilik tidur."

"Tak apa Apel. Kakak masih nak duduk dekat sini lagi. Nanti kakak masuk okey?"

"Okey. Tapi jangan lama-lama kakak."

"Baiklah adik kakak.."

Apel terus masuk ke dalam bilik.

"Rasanya tadi aku tak bermimpi."

Eiffel telah terpandang beg kertas berisi makanan yang di berikan oleh Reizen untuknya siang tadi dan menyedari bekas luka di jarinya.

"Memang betul aku tak mimpi. Tapi mana Reizen pergi dan kenapa dia boleh hilang macam tu je? Pelik betul."

Tanpa pengetahuan Eiffel, Reizen memerhatikan dirinya dari luar tingkap rumahnya dengan mata merah menyala berdarahnya menatap tajam wajah Eiffel.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience